Kalau nak cerita perjalanan saya sendiri kurus, memang rasanya sampai bila-bila saya tak pernah alami kecuali dari mengandung bila berat pernah naik 20kg, dan kembali kepada asal berat sebelum berkahwin. Eh! Kira pernah lah tu kan? Hihihi
Tapi kali ni nak cerita tentang perjalanan suami tercinta, Yusri yang memang alami berat badan yang berlebihan (obese), pernah cecah lebih 100kg, dari saiz XL hingga berjaya turun ke saiz M! Menariknya, Yusri nekad untuk buat diet dengan kaedah Intermittent Fasting setelah berat plateau (tak reti nak turun dah).
Ceritanya macam ni. Macam biasa lah, ramai orang kebanyakannya menyalahkan PKP sebagai asbab semua berat badan naik. Yelah kan, asyik makaaannn je dan duduk rumah. Kurang pergerakan yang menyebabkan (alasan) masing-masing menggemukkan diri dan perasan comel. Hahahaha
Macam tu jugaklah dengan Yusri. Makan sedap, kurang bergerak keluar rumah, berat naik dengan jayanya.
Semasa PKP, walaupun kita tengok ramai yang jatuh sakit, hilang kerja, gaji kena potong, bisnes melingkup, tapi syukur alhamdulillah bisnes Shaklee sangat melonjak naik! Dia punya lonjakan tu boleh kata, lahirnya Master Coordinators (tangga kejayaan tertinggi) setiap bulan, dan kami tidak terkecuali.
So apa kaitan dengan Set Kurus Shaklee pulak kan?
Yusri start trigger nak kurus bila pihak Shaklee Management nak buat event Master Celebrations untuk kami. Haaa waktu tu memang kena berdepan dengan ramai orang termasuklah team kami di MIND Empire. Tak cukup dengan tu, kami juga dikehendaki untuk buat LIVE Recording untuk event Master Celebrations (MasCel) tu.
Bila fikir pasal nak kena berdepan dengan ramai orang, siap nak kena rekod video (Shaklee hire professional videographer & team). Takkan nak bam bam kan? Langsung tak hensem! Nampak tua tau bila gemuk ni. Masa tu lah bermulanya perjalanan diet Intermittent Fasting Yusri dengan bantuan Set Kurus Shaklee.
Sebelum ni, Yusri memang beberapa kali dah amalkan Intermittent Fasting (IF) ni. Tapi biasalah ikut mood juga. Ikut suka dia lah. Dan biasa lah orang lelaki ni suka ambik mudah je. Kita guide untuk makan supplements Set Kurus Shaklee cara betul, dia main-main. So results biasa biasa je lah. Yusri ada masa sebulan lebih je untuk turunkan berat sebelum event Master Celebrations tu.
NEKAD INTERMITTENT FASTING DENGAN SET KURUS SHAKLEE
Kali ni, memang Yusri nekad nak patuh betul-betul cara pengambilan SET KURUS SHAKLEE yang terbukti berkesan turunkan berat badan. Paling penting apa tau?
✅ Badan tak menggeleber
✅ Kulit tegang (tak berkedut macam orang tua)
✅ Badan bertenaga sebab cukup nutrisi (taklah lemah tak bermaya)
Macam mana nak dapat kesan macam ni? Haa teruskan membaca. Saya cerita lagi.
Betul. Memang kita boleh kurus. Tapi adakah kita kurus dengan sihat dan bertenaga?
PERANAN SUPPLEMEN UNTUK KURUSKAN BADAN SEMASA INTERMITTENT FASTING
Kalau kita tak buat dengan cara yang betul, Intermittent Fasting ni boleh menyebabkan kekurangan zat makanan & nutrisi. Lagi-lagi kalau kita lakukan dalam tempoh jangkamasa yang lama. Berbulan-bulan bahkan bertahun-tahun.
Apabila kekurangan zat dan nutrisi berlaku, ia akan mengakibatkan komplikasi kesihatan yang lain.
Inilah salah satu sebab kenapa kita sangat perlu untuk mengambil diet yang lengkap dan berkhasiat sepanjang mengamalkan Intermittent Fasting.
Berdasarkan pengalaman & ilmu nutrisi yang Allah pinjamkan ni, pengambilan Set Kurus Shaklee semasa mengamalkan Intermittent Fasting mempunyai banyak kebaikan. Antaranya:
- Membantu membina & mengekalkan otot
- Membantu memberi tenaga kepada tubuh badan & kekal aktif
- Membantu melengkapkan kelompongan nutrisi badan
SET KURUS SHAKLEE PELENGKAP NUTRISI HARIAN DISAMPING SEBAGAI BOOSTER SEMASA INTERMITTENT FASTING
Sejak dari Yusri nekad nak kuruskan badan demi event Master Celebrations tu (kita ni memang perlukan push factor jugak kan untuk nak mula?), inilah Set Kurus Shaklee yang Yusri amalkan.
Jom fahami satu persatu.
1. Vivix
Vivix ni jadi komponen penting dalam proses penurunan berat badan. Kalau sebelum ni kita selalu dengar, baca feedbacks pengguna Vivix untuk masalah kesihatan yang lain, tapi Vivix ni lah kunci kepada macam mana Yusri dapat turunkan berat badan dengan sangat effisien.
Vivix merupakan campuran sempurna polifenol dan resveratrol. Selain buah anggur Muscadine yang amat berkuasa, ia juga dicampurkan dengan Rejuvetrol™ yang dipatenkan iaitu campuran Ekstrak Knotweed Jepun, Ekstrak Lobak Ungu dan Ekstrak Eldeberi Eropah untuk meningkatkan keberkesanan dan memberikan spektrum perlindungan yang lebih luas.
Shaklee menggunakan proses ekstrak yang dipatenkan untuk mengekalkan kuasa antioksidan dan polifenol supaya anda boleh hidup sihat dan bertenaga dengan minuman botani yang sangat sedap ni.
Jom tengok apa kebaikan Vivix untuk kuruskan badan.
Vivix mempunyai anti diabetic effects
Membantu pulihkan semula pankreas. Bila pankreas sihat, insulin sensitivity dan metabolisme gula akan normal. Ya, mungkin anda kata, "Saya bukan diabetic.", tapi percayalah ia ada kaitan.
Bersifat anti auto-genesis
Merupakan proses memotong atau menghancurkan salur darah yang tak normal yang ada pada sel-sel tak normal termasuk sel kanser, tumor. Berita baiknya ialah, dalam sel lemak juga ada salur darah. Bila kita makan polifenol yang ada khasiat anti autogenesis, ia akan bantu potong salur darah tu terus.
Elakkan craving gula
Polifenol ada khasiat sebagai “brain protective property“, yang dapat memulihara otak kita jadi berfungsi dengan baik (tak ada lah asyik teringat makanan atau tak puas makan). Bila kita lambat rasa kenyang, dan tak puas makan, inilah puncanya kita makan berlebihan dan menyebabkan kita makan berkali-kali akibat craving.
Pernah dengar tak orang selalu nasihat untuk
Makan sesudah lapar, BERHENTI SEBELUM KENYANG.
Ni kerana, otak kita biasanya akan hantar signal kenyang selepas 20 minit kita makan. Jadi bila kita makan Vivix yang ada kandungan polifenol ni, otak kita akan lebih cepat hantar signal tu. Ia membantu kita berhenti makan lebih cepat.
2. Cinch Shake Shaklee
Sepanjang proses penurunan berat badan dengan kaedah intermittent fasting, paling penting untuk kita jaga pengambilan protein. Protein adalah sangat perlu bagi mengelakkan kehilangan otot. Kita nak hilang lemak, bukan otot.
Cinch Shake Shaklee merupakan pengganti makanan (meal replacement) yang mana, ia mengandungi tinggi zat protein, sedikit karbohidrat, dan lemak baik, disamping 21 jenis vitamin dan mineral termasuk
- Vitamin A, B1, B2, B3, B5, B6, B7, B9, B12
- Vitamin C, D3, E
- Mineral seperti Kalsium, Zat Besi, Fosforus, Magnesium, Zink, Selenium, Tembaga, Mangan, Natrium, Potasium
- Karbohidrat dan kaya dengan protein
- Tinggi serat, dengan 6gram setiap hidangan
- Diperkayakan dengan leucine yang membantu pembentukan otot dan membakar lemak badan bagi mencapai berat badan yang lebih sihat
- Vitamin B: penting untuk memberi tenaga, mengurangkan keletihan dan melegakan tekanan
- Mineral: mengandungi elektrolit untuk pengaliran bendalir dalam dan luar sel justeru memastikan kita terhidrat. Mineral seperti zat besi, mangan dan tembaga membantu proses intermittent fasting
- Vitamin D: membantu memperbaiki fungsi pankreas (organ yang mengawal atur hormon termasuk hormon insulin)
- Vitamin A: turut membantu memperbaiki fungsi pankreas
- Meningkatkan Metabolism
Selain memberi badan kekuatan, bentuk, dan ketegapan, otot boleh membakar sehingga 50 kalori setiap hari. Semakin banyak otot yang anda miliki, lebih banyak kalori yang anda bakar dalam sehari. Pengambilan protein yang rendah menurunkan metabolisme anda. Bila metabolisme rendah, ia menghalang usaha penurunan berat badan anda.
- Lebih Banyak Senaman Dapat Dilakukan
Sumber protein yang baik membantu membina tisu yang sihat dan pembentukan otot anda. Menambah senaman rintangan, anda akan membina jisim otot, meningkatkan metabolisme semulajadi supaya anda mencapai matlamat kecergasan anda dengan cara yang lebih berkesan.
- Leucine membantu mengekalkan dan membina otot
Pilih protein yang boleh membantu mengekalkan jisim otot dalam proses penurunan berat badan . Gabungkan leusina ke dalam diet anda kerana:
• Leucine adalah asid amino penting yang membantu anda mengurangkan berat badan dengan cara yang betul.• Leucine membantu tubuh mengekal dan membina otot tanpa lemak.• Leucine menyokong metabolisme yang sihat dengan memelihara otot.
3. Herblax
Herblax merupakan campuran proprietari termasuk daun senna, yang digunakan secara tradisional untuk kesihatan usus. Pernah dengar daun Senna? Ia turut tergolong dalam tumbuhan yang sangat baik sejak zaman berzaman.
Apabila kita mengamalkan Herblax, ia dapat membantu melegakan masalah sembelit yang dihadapi semasa berpuasa / intermittent fasting disebabkan kekurangan pengambilan cecair dan serat. Ia turut membantu buang segala kekotoran pada dinding usus (flush out).
Penting untuk jaga kesihatan usus kerana apabila usus sihat, segala nutrisi dari makanan dan supplements lebih murah menyerap dan berkesan.
4. Lecithin
Lecithin merupakan bahan berlemak yang penting dalam sel-sel badan dan boleh didapati dalam makanan seperti kuning telur, kacang soya dan organ haiwan. Lecithin mengandungi kolin.
Fungsi Lecithin khususnya untuk kuruskan badan dengan,
- Membantu mempercepatkan proses pemecahan lemak dan meningkatkan metabolisma.
- Melindungi kesihatan hati yang merupakan sejenis lipid khas yang mencegah lemak daripada terkumpul di dalam hati
- Bersama-sama dengan kolin, mereka mengawal aliran keluar masuk nutrien dan membantu
- Menyingkirkan toksin daripada hati bagi mengelakkan sebarang kemudaratan kepada tubuh badan
- Menghasilkan asetilkolin, iaitu bahan yang terlibat dalam pembelajaran, daya ingatan, fungsi otot, tidur, rangsangan seksual, rembesan dan peredaran hormon
- Menggalakkan penggunaan lemak sebagai tenaga
Ingat! Salah satu faktor dalam penururnan berat badan adalah kesihatan hormon. Hormon memainkan peranan yang sangat penting. Inilah juga salah 1 kelebihan lecithin.
5. Omega Guard
Biasa kita dengar orang kaitakan Omega dengan manfaat kesihatan lain seperti jantung, kolesterol, malah perkembangan IQ kanak-kanak. Sebenarnya, Omega juga sangat membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan apabila disertai dengan senaman yang berkala dan pemakanan yang seimbang.
Antara peranan Omega Guard:
- Mengawal Atur Tahap Lemak Badan Yang Sihat
Simpanan lemak yang berlebihan dalam badan merupakan salah satu faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan berat badan. Kajian menunjukkan bahawa Omega-3 dapat membantu kita mencapai tahap lemak badan yang sihat.
Omega membantu meningkatkan kadar metabolik, meningkatkan kadar pembakaran lemak, meningkatkan peredaran darah ke otot-otot badan semasa bersenam, menambahkan keupayaan tubuh untuk membakar lebih banyak lemak, mengawal paras lemak yang sihat yang terkumpul dari pemakanan harian kita. - Rasa Kenyang dan Membantu Intermittent Fasting Lebih Lama
Dua hormon utama, iaitu ghrelin, dan leptin, berperanan mengawal rasa lapar dan kenyang. Gabungan diet yang seimbang dan pengambilan Omega-3 didapati bermanfaat untuk mengawal atur dua hormon ini dan meningkatkan rasa kenyang. - Meningkatkan Paras Insulin yang Sihat
Insulin menukarkan karbohidrat di dalam makanan kepada tenaga. Tahap insulin yang sihat adalah penting untuk mengekalkan berat badan yang sihat. Di sini lah peranan Omega-3 dalam membantu meningkatkan kepekaan insulin badan.
Semakin peka sel-sel badan kita terhadap insulin, semakin rendah kemungkinan makanan yang kita makan disimpan sebagai lemak. - Mengurangkan Tekanan.
Tekanan atau stress antara faktor berat badan naik. Omega-3 membantu mengawal atur tahap kortisol yang sihat, kortisol ialah adalah hormon tekanan yang menyebabkan anda menyimpan lemak, bukannya membantu membakar kalori-kalori yang degil.
Boleh faham sekarang, kenapa penting untuk kita ambil Set Kurus Shaklee ketika melakukan Intermittent Fasting?
Inilah yang Yusri amalkan sepanjang Intermittent Fasting journey tu. Of course dengan bimbingan nutritionist bertauliah. Bila ada bimbingan, cara pengambilan akan berdasarkan tahap kesihatan dan lifestyle individu.
Akhirnya, Yusri berjaya turun berat badan dari 103kg ke 90kg.
13kg penurunan dengan Set Kurus Shaklee!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Affni Shahida
Shaklee Certified Product Trainer
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!
Tiada ulasan :
Catat Ulasan