Intermittent Fasting? Apa tu?

By: Master Aff

Macam selalu je kan kita dengar orang sebut IF. Ada tak yang tertanya-tanya apa benda IF ni? Sejenis diet ke? Dia satu lagi jenis diet macam atkin, keto, dan seumpamanya ke? IF ni nama panjang dia adalah INTERMITTENT FASTING.

“Fasting? Fasting tu puasa kan?”

Intermittent fasting atau IF merupakan salah satu rutin yang sangat bagus untuk kesihatan kita.

IF ada banyak cara atau peringkat. Untuk permulaan, biasanya kita sarankan untuk buat 16-8. Iaitu 16 jam berpuasa, 8 jam makan. Tapi bukanlah bermaksud sepanjang 8 jam tu sentiasa makan je keje nye!


Antara rutin biasa untuk Intermittent Fasting ni adalah:

  • 16 jam berpuasa, 8 jam makan (16-8)
  • 18 jam puasa, 6 jam makan (18-6)
  • 20 jam puasa, 4 jam makan (20-4)

Ni contoh kalau kita buat IF 16-8

Ada orang kata, "Baik puasa sunat je terus. Kenapa nak kena buat intermittent fasting pulak?"


Betul lah tu. Puasa/puasa sunat sepertimana ajaran Islam memang the best. Bezanya dengan Intermittent Fasting ni kita boleh minum air, digalakkan minum air walaupun diwaktu tempoh berpuasa.


Dalam kaedah IF ni, tempoh kita berpuasa kita panggil FASTING WINDOW

Contoh kalau 16 jam puasa, maksudnya 16 jam tak makan apa-apa, hanya boleh minum air sahaja.


Tempoh kita boleh makan dan minum, kita panggil EATING WINDOW.

Dengan kaedah Intermittent Fasting ni, menu agak fleksible cuma kita nasihatkan untuk ambil pilihan yang lebih sihat & jaga pengambilan kalori bagi mereka yang nak turunkan berat badan.


Sebenarnyakan, IF ni bukan semata untuk orang yang nak kurus tau. Orang yang sedia ada kurus, orang yang nak maintainkan berat sedia ada, juga orang yang nak reverse tahap kesihatan kepada yang lebih baik pun sangat sesuai buat Intermittent Fasting ni.


EAT CLEAN


Biasa tak dengar orang selalu kata, "Kalau nak kurus, eat clean. InshaAllah kurus."
Actually eat clean ni, bukanlah semata-mata untuk kurus, tapi lebih kepada menjalani gaya hidup yang sihat. Kurus ke gemuk ke, sihat ke sakit ke, eat clean ni memang sangat disarankan. Kiranya ia sebahagian daripada rutin di dalam Intermittent Fasting.


Mungkin bagi sesetengah orang, bila kita sebut tentang Intermittent Fasting dan Eat Clean ni, orang beranggapan dan terbayangkan hanya sayur & buah. Sebenarnya, banyak sangat makanan yang sedap sedap kita boleh makan tau.


KELEBIHAN INTERMITTEN FASTING (IF)


Ramai orang tanya, "Kenapa guna teknik berpuasa cara Intermittent Fasting ni bagus?"



Ok. Jom tengok gambar ni. Ramai orang fokus tentang nak kurus kalau buat sesuatu jenis diet termasuklah Intermittent Fasting ni, betul tak? Sebenarnya, kurus tu bonus je dari hasil kita amalkan IF ni. Tapi apa yang lebih penting, kita dapat kesihatan yang lebih baik. 

Kita dapat improve tahap kesihatan, yang kadang-kadang kita tak sedar pun yang sebenarnya tahap kesihatan kita tak lah baik mana pun. Kiranya, sihat dapat, kurus dapat, cantik dapat, confidence level pun mengingkat. Best kan?

Personally, ramai orang sekeliling saya yang amalkan Intermittent Fasting ni termasuklah suami saya sendiri. Alhamdulillah dapat bantu ramai orang lebih sihat, dapat berat badan yang ideal dengan cara yang sangat seronok dan tak stress langsung.


InshaAllah saya akan lebih banyak menulis tentang Intermittent Fasting ni dari semasa ke semasa. Boleh follow mamacilik.com untuk ilmu-ilmu kesihatan yang lebih santai dan menarik selepas ni.


Kalau anda rasa nak mulakan journey anda dengan rutin Intermittent Fasting, tapi tak pasti macam mana nak mula, boleh terus WhatsApp saya di 012-2207966 ya. Saya cuba bantu sebaiknya khas untuk pembaca mamacilik.com 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~








Affni Shahida
Shaklee Certified Product Trainer
Ingin dapatkan supplement semulajadi yang selamat, halal, terbukti berkesan?

Ingin jana pendapatan 4-5 angka setiap bulan dari rumah?

Hubungi untuk:-
KONSULTASI PERCUMA,
HARGA PRODUK TERBAIK DAN
PELUANG BISNES BERSAMA SHAKLEE!

CONTACT : CALL (012-2207966)
Click to WHATSAPP
FACEBOOK : Affni Shahida
INSTAGRAM : affni.shahida

Your Certified Shaklee Mini Nutritionist:-
FREE CONSULTATION,
AFFORDABLE PRICE, 
&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!



Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

No comments :

Post a Comment