Assalamualaikum…
Hari ni saya nak berkongsi pengalaman saya sepanjang saya
berjinak-jinak dengan Shaklee.
Siapa yang faham dengan tajuk entry kali ini?
Apa yang saya maksudkan dengan ‘RUMAH’? Maksud ‘RUMAH’ di sini ialah TEAM / GROUP / MENTOR.
Mengikut pengalaman saya, ramai yang datang kepada saya
bertanyakan pelbagai persoalan mengenai bisnes Shaklee.. “Affni, macam mana nak beli barang online?”, “Affni, macam mana kita
nak set target?”, “Affni, macam mana cara nak makan vitamin-vitamin ni?”, “Affni,
apa fungsi Omega Guard?”, “Affni….”, “Affni…”. Semua pun tanya saya. Tapi,
mereka bukan customer saya atau ahli dalam group saya. Ke mana perginya
individu yang bertanggungjawab membawa mereka masuk ke ‘alam’ Shaklee?
Point saya di sini, bukan saya kedekut ilmu, mengeluh, atau
berkira.. Cuba tanya mereka yang bertanyakan soalan-soalan ini kepada saya.
Adakah saya tidak memperdulikan mereka? Saya tetap layan persoalan mereka dan
bantu. Saya hanya berdoa agar Allah ganti dengan individu-individu hebat lain
yang ingin majukan diri dan boleh saya bantu dengan masuk ke ‘RUMAH’ saya.
Apabila saya tanya semula kepada mereka kenapa mereka tidak
hubungi saya daripada awal supaya tidak tersalah pilih ‘RUMAH’? Sekurang-kurangnya
tidaklah mereka terumbang ambing. Boleh saya bantu dan consult dari mula. Tidak
kira sama ada dari segi pengambilan vitamin mahupun bisnes. Ramai rupanya
mempunyai jawapan dan tanggapan yang sama, iaitu masalah LOKASI:
Kisah 1:
Kak Iza: “Akak ingat sebab Affni jauh dari akak.. Akak kat
negeri A, Affni kat negeri B. Nanti susah akak nak minta tolong apa-apa..”
Affni: “Jadi siapa yang ajak akak masuk Shaklee?”
Kak Iza: “Jiran sebelah rumah. Tapi dia macam tak tahu semua
yang akak tanya.”
Saya kasihan dengan kakak ni. Sebab kakak ni kenalan lama
saya. Saya bantu juga lah mana yang saya boleh bantu.
Kisah 2:
Cik Nor: “Sekarang ok lah Kak Affni kat KL, dekat dengan
saya. Nanti kalau Kak Affni pindah Sarawak, macam mana?”
Affni: Dalam hati.. “Bila pulak la saya ada cakap nak pindah
Sarawak? Tiada dalam perancangan pun! Hehe..”
Dan kemudian saya terangkan kepadanya apa yang akan saya
terangkan sebentar lagi.
Tapi hakikatnya, siapa yang mereka hubungi sekarang? AFFNI!
Ye, saya!
TAHUKAH ANDA di dalam group ini, kami datang dari seluruh
pelusuk negara? Semuanya tiada halangan. Bukankah dunia hari ini tiada
sempadan? Teknologi semakin canggih. Kebanyakannya kami lalukannya secara
online. Tambahan lagi, aktiviti luar kami seperti Magic Class, coaching, dan sebagainya tidak terhad untuk sesiapa di KL sahaja.
Kami turut mengadakan aktiviti di negeri-negeri lain termasuk Sabah dan
Sarawak! Ada di antara kami yang menetap di Sarawak (untuk makluman tiada
branch Shaklee di Sarawak) tetapi tetap dapat menjana pendapatan 5 angka
sebulan! Tiada yang mustahil.
~ We Work Together as a TEAM Wherever We Are ~
Jadi pesanan saya kepada anda di luar sana, sebagai
customer, anda harus berhati-hati dengan siapa anda membeli vitamin. Biarlah
yang boleh memberi konsultasi yang betul kepada anda. Kepada yang ingin menjana
pendapatan dengan Shaklee, pemilihan ‘RUMAH’ sangat penting! Pilihlah yang
boleh membimbing anda untuk berjaya di dalam Shaklee. Bak kata mentor saya, “FOLLOW
rapat-rapat dengan orang yang dah berjaya.. DUPLICATE apa yang telah mereka
buat..”. InsyaAllah, anda juga akan BERJAYA seperti mereka.. malah lebih lagi!
Saya ingin berkongsi kepada sesiapa yang masih belum pernah
membaca eBook “Sorry Boss, Saya ‘Terpaksa’ Berhenti Kerja”, download dan dapatkan ia secara PERCUMA di sini. Ia
mrupakan kisah benar. Kisah seorang yang dekat dengan saya. Semoga ia memberi
inspirasi kepada anda.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan