AKU YANG DULU BUKANLAH YANG SEKARANG - PART 1

Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar semua? Semoga para sahabat sekalian sentiasa dirahmati Allah s.w.t.

Hari ini saya terasa nak berkongsi kisah diri saya SEBELUM dan SELEPAS saya mengenal Shaklee. Kenapa saya berbisnes Shaklee? Kenapa saya sayangkan Shaklee?


“Saya Tidak Sangka Mampu Kecapi Apa Yang Saya Ada Sekarang”


Hari ini, saya bersyukur dengan Allah atas segala nikmat yang telah Allah berikan kepada saya. Apa yang saya doa dan inginkan dari dulu lagi semakin jelas di depan saya sekarang. Impian saya adalah untuk mendapat kerjaya yang terbaik untuk diri saya, keluarga saya, di masa kini, di masa akan datang, dunia dan akhirat. Itulah yang sering menjadi doa setiap kali lepas solat.

Hidup saya hari ini sangat berbeza dengan hidup saya yang dahulu. Tidak kira dari aspek duniawi dan ukhrawi.

Hari ini, saya masih merupakan seorang pekerja sepenuh masa di sebuah syarikat teknologi yang terkenal di Malaysia, juga merupakan seorang yang telah memiliki bisnes sebagai sumber pendapatan sampingan. Kini disamping pendapatan tetap saya sebagai System Engineer, saya telah berjaya memperoleh pendapatan sampingan sebanyak 5 angka sebulan dengan Shaklee. Saya rasa sangat bersyukur kerana beban kewangan diri sendiri dan keluarga semakin berkurangan. 



Jika dahulu, bonus hanya diberikan setahun sekali sahaja. Tapi dengan bisnes Shaklee yang saya ada kini, saya memperoleh bonus setiap bulan! Lebih mengujakan lagi adalah, bonus yang saya terima setiap bulan kini adalah lebih berkali ganda daripada gaji pekerjaan tetap saya dan ia meningkat setiap bulan! 




Bukan itu sahaja, sekarang ini duit ansuran bulanan kereta saya dan suami pun Shaklee yang tolong bayarkan. Saya mendapat Car Bonus daripada Shaklee disamping bonus jualan setiap bulan.

Lagi? Dengan izin Allah, kini saya juga sudah mampu untuk memiliki rumah sendiri. Kalau nak diharapkan gaji kerja hakiki semata-mata, memang sempit! Sekarang alhamdulillah, dengan duit bonus Shaklee lah saya membayar duit ansuran rumah.

Amalan Rohani

Saya bersyukur, sejak akhir-akhir ini hubungan saya dengan Allah semakin terpelihara.   Walaupun sebenarnya saya semakin sibuk, tapi Alhamdulillah, saya semakin berasa cukup masa saya untuk kesemuanya, masa untuk beribadah, masa untuk fokus pada kerjaya, dan masa untuk keluarga dan anak-anak. Magik memang magik! 



Saya dapat bertahajud sekurang-kurangnya 2 kali seminggu, dan dapat menunaikan Solat Sunat Dhuha setiap hari. Selain daripada itu, sekarang ni saya akan rasa resah dan bersalah jika saya lewat mengerjakan solat sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Saya akan pastikan untuk solat di awal waktu kerana seorang sahabat pernah berkata kepada saya, “Solatlah pada awal waktu, nescaya Allah akan cukupkan waktu untuk kamu melakukan segala urusan”. Ia ternyata benar!

Jika diikutkan, sepatutnya hidup saya akan semakin sibuk sejak menjalankan bisnes secara part-time. Tambahan lagi bila anak- anak yang masih kecil perlukan perhatian yang lebih daripada saya. Tapi dengan kehendak Allah, saya dapat menguruskan masa saya untuk semua tanggungjawab dan urusan saya. Allah cukupkan masa saya, Alhamdulillah.

Zakat, Sedekah, Infaq

Setiap pertengahan bulan, iaitu waktu di mana bonus Shaklee akan dikreditkan ke akaun saya, saya akan membahagi-bahagikan peruntukan bonus untuk di infaq, di sedekah, dan dizakatkan. Itulah yang diajarkan kepada saya. Tangan saya lebih ringan untuk mengeluarkan sejumlah wang jika ada peminta sedekah, atau badan-badan kebajikan datang kepada saya. 


Kemudian dipanjangkan pula kepada kedua ibubapa dan mertua saya. Saya akan pastikan kesemua mereka akan dapat bahagian masing-masing. Sekarang saya dapat berikan sejumlah wang yang agak besar pada pandangan saya sebelum saya berbisnes, yang mana sebelum ini tidak pernah saya beri kepada mereka setiap bulan. Impian saya selepas ini untuk memberikan mereka dengan jumlah yang lebih besar pula. Dengan itu tidaklah perlu lagi mereka bekerja. Seronok saya melihat kegembiraan terpancar diwajah mereka.

Tidak lupa juga bahagian untuk bantu suami dalam menstabilkan ekonomi rumah tangga dan bahagian untuk anak-anak. Sudah tentu ada bahagian untuk mereka. Merekalah asbab untuk saya memajukan diri, yang banyak berkorban untuk saya. Saya rasa sangat seronok apabila dengan mudahnya saya dapat menguruskan kewangan seperti mana yang saya impikan. Tiada yang menghalang. Tiada lagi perasaan takut tak cukup belanja. Saya dapat lebih banyak memberi. Beri, beri, dan terus memberi. 


Muzik Kepada Zikrullah


Sejak saya berbisnes, saya dapati saya jarang mendengar lagu-lagu di radio terutama ketika saya memandu pergi dan pulang dari pejabat. Saya lebih suka manfaatkan waktu saya memandu dengan zikrullah. Saya rasa lebih tenang. Apabila dah tak dengar lagu, solat saya pun rasa lebih kusyuk kerana tiada lagi lagu-lagu yang terngiang-ngiang di telinga.

Hidup saya kini lebih bermakna. Saya jadi seorang yang lebih positif dan memandang segala perkara dari pelbagai aspek. Cara saya berfikir dah lain. Lebih luas!
 
“Dulu, Hidup Saya Tidak Begini”

Suatu ketika dulu sehingga setahun yang lalu hidup saya tidak seperti sekarang ini. Saya ada terlalu banyak masalah!

Kerjaya sebagai seorang System Engineer yang terlibat dalam projek yang berprofil tinggi menuntut saya untuk memberikan komitmen yang tinggi lebih-lebih lagi dari aspek masa dan waktu. Setiap hari, saya terpaksa keluar rumah seawal jam 6.45 pagi untuk pergi kerja. Dengan keadaan lalulintas yang sesak lagi. Terpaksa pula menghantar anak-anak ke taska terlebih dahulu. 



Kesan Kepada Anak-anak

Pernah anak-anak tanya kenapa mereka kena pergi taska sedangkan hari masih malam. Hari masih gelap selepas subuh, disangka mereka hari masih malam. Luluh hati saya. Apakan daya, demi membantu suami mencari nafkah untuk keluarga. Perjalanan sehala dari rumah ke tempat kerja sejauh lebih kurang 35km yang sepatutnya hanya setengah jam tetapi mengambil masa sehingga 1 jam 30 minit. Selesai waktu pejabat, saya hanya sampai ke rumah pada jam 7.00 – 7.30 malam.

Itupun jika saya dapat pulang ke rumah tepat pada waktu habis kerja. Tapi selalunya saya terpaksa kerja lebih masa bagi menyelesaikan sesuatu kerja yang urgent. Pernah juga saya pulang ke rumah sebelum azan Subuh! Allahuakhbar. 

Itu belum lagi apabila diarahkan untuk outstation. Paling kritikal waktu saya masih menyusukan anak yang masih bayi. Terpaksa pula outstation setiap bulan. Saya sangat stress. Stress dengan kerja di pejabat, stress kerana terpaksa tinggalkan anak untuk outstation, dan yang paling stress adalah kerana tidak dapat mengimbangi di antara keluarga dan kerjaya. 

Saya stress sehingga seringkali saya menyatakan hasrat untuk berhenti kerja kepada suami saya. Namun apakan daya, tuntutan nafkah untuk keluarga masih perlu dipenuhi dan dilaksanakan. Nak berniaga tapi tak tahu berniaga apa dan bagaimana. Namun, setiap kali lepas solat, saya akan berdoa kepada Allah. 


"Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah aku kerjaya yang terbaik untukku, untuk keluargaku, untuk agamaku, di masa kini dan masa akan datang, dunia dan akhirat."

Dulu memang liat sangat nak bangun jam 4 pagi. Sebabnya nak kena keluar rumah sesudah subuh. Itupun kalau sempat, buatkan sarapan. Kalau tak memang tak ada lah. Hanya harapkan makanan yang disediakan cikgu di taska. Dengan nak siapkan anak-anak lagi. Kalau tengahari, memang confirm lah anak-anak makan di taska. Memang sah tak rasa air tangan mama. 

Malam pula, kalau dah namanya balik lambat, sampai rumah pun dah nak habis Maghrib, bila pulak nak masak? Memang beli je la makanan jawapannya. Dah selesai makan malam, masa yang berkualiti untuk anak-anak pun terhad. Masing-masing dah penat dan mengantuk.

Kos Sara Hidup menINGKAT


Kos sara hidup yang semakin tinggi, bilangan anak pun bertambah saban tahun. Pendapatan keluarga memanglah cukup-cukup makan. Tidak dapatlah nak berlebih-lebih, contohnya seperti nak pergi melancong pun mesti berkira-kira. Kalau pergi juga melancong, terpaksalah sekat perbelanjaan lain. Catu sana catu sini. 


Seringkali saya bawa bekal dari rumah semata-mata nak jimatkan duit untuk sarapan dan makan tengahari. Ataupun saya akan beli sarapan pagi untuk makan tengahari kerana selalunya sarapan lebih murah. 

Belum lagi dengan nak bayar hutang terutamanya hutang kad kredit. Sebanyak mana pun saya dapat bayar waktu itu, banyak juga yang saya perlu gunakan untuk kegunaan harian. Aliran kewangan waktu itu memang sangat teruk! Saya sedar cuma saya tak tahu apa yang perlu saya lakukan. 

Apabila banyak berhutang, hati juga turut tak tenang. Asyik terfikirkan bagaimana nak selesaikan. Hidup jadi semakin resah, gelisah, dan akhirnya stress pun bertambah. Tambah lagi dengan hutang PTPTN. Saya dan suami dulu menuntut di sebuah universiti swasta yang yuran pengajian selama 5 tahun mencecah RM 65K! Bayangkan berapa yang saya terpaksa bayar kepada PTPTN semula selama 20 tahun! 

Saya terfikir, dalam keadaan macam ni sampai bila lah saya boleh bertahan. Di manakah titik noktah untuk kerunsingan ini? Nak cari kerja lain, sama saja nanti. Di mana-mana pun saya kerja selagi makan gaji memang beginilah keadaannya. 


Hanya Angan-angan Mat Jenin

Teringin nak buat bisnes tapi tak tahu nak bisnes apa, tak tahu bagaimana nak mula. Tiada ilmu, tiada mentor. Apa yang saya tahu waktu itu, bila nak bisnes, perlukan modal yang besar. Apabila modal besar, terpaksa buat pinjaman bank. Takkan nak berhutang lagi? Jadi, saya buntu. Rasa macam pasrah sajalah apa pun yang ditentukan untuk saya. Makan gaji pun makan gaji lah. Sampai bila, saya pun tak tahu. 


Keluarga pula semuanya berlatarbelakangkan kerja makan gaji. Bila saya usulkan untuk berhenti kerja dan buat bisnes, memang confirmlah keluarga tak setuju. Katanya, makan gaji lebih stabil dan ada kerja tetap.

Sibuklah Sangat! Ratu Alasan!

Disebabkan kesibukan bekerja dan rutin sehari-hari, hubungan dengan Allah waktu dulu hanya biasa-biasa sahaja. Saya hanya lakukan yang wajib. Itupun seringkali solat saya ‘pakejkan’ Zohor dan Asar. Astagfirullahalazim!! Berdosanya saya. Dulu boleh dikira dengan jari hanya berapa kali saya pernah solat dhuha sepanjang hidup saya. Apatah lagi untuk bertahajud dan amalan sunat lain. Agaknya, kali terakhir saya solat dhuha dan tahajud pun waktu belajar dulu. Betapa ruginya saya. 

Dulu terus terang saya tidak memberikan duit belanja bulanan kepada ibu bapa dan mertua. Bukan saya tidak mahu, tapi tidak mampu. Waktu untuk saya berbelanja untuk mereka dan menghulurkan sejumlah wang hanyalah ketika hari raya.

Nak bersedekah memang jarang. Dulu berkira-kira nak menderma, sebab takut yang menerima derma tu terlibat dengan sindiket, bukan benar-benar tak mampu. Padahal itu sebenarnya alasan nak sedapkan hati sendiri. Fakta sebenarnya, takut tak cukup duit belanja. Teruknya saya waktu itu!



Kalau dulu saya selalu banyak alasan dan sangat bijak beralasan. Boleh kata banyak sangat yang negatif, banyak sangat tapi. Banyak sangat 'If.. then.. else.." dalam kepala ni. Al-maklumlah, kerja hakiki sebagai System Engineer. Duduklah saya di dalam pulau alasan. 


APA YANG BERLAKU SETERUSNYA? 
BAGAIMANA SAYA BERMULA DENGAN SHAKLEE? 
BAGAIMANA SHAKLEE MERUBAH HIDUP SAYA?

Kita ikuti sambungannya di dalam perkongsian seterusnya di "AKU YANG DULU BUKANLAH YANG SEKARANG - PART 2" !

Jika anda rasa perkongsian saya ini bermanfaat dan dapat memberi inspirasi kepada insan-insan diluar sana, saya mohon anda untuk LIKE & SHARE entry ini. Diharap ia dapat memberi sedikit motivasi dan membuka minda lebih ramai orang untuk berubah kepada yang lebih baik.

Terima kasih di atas masa yang telah diluangkan. Semoga Allah merahmati kita semua.

Sekian.

MARIAFIRDAUS EMPIRE, THE MOST HAPPENING SHAKLEE TEAM IN MALAYSIA!

FREE CONSULTATION 
&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!



Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

1 comment :