AKU YANG DULU BUKANLAH YANG SEKARANG - PART 2

Assalamualaikum semua...

Ahamdulillah, kita masih diberi kesempatan untuk 'berjumpa' sekali lagi di MamaCilik.com.

Seperti yang dijanjikan pada perkogsian saya semalam, AKU YANG DULU BUKANLAH YANG SEKARANG - PART 1, saya sambung perkongsian kisah saya dan Shaklee. Bagi sesiapa yang belum membaca yang sebelum ini, sila baca yang PART 1 dulu yer. Nanti tak faham pula.. Hehe..

“Now or Never”
Segalanya bermula ketika mengandungkan anak kedua, saya mencari Set Bersalin yang lebih mudah dan ringkas sebab berpantang sendiri tanpa penjagaan khusus dari yang lebih berpengalaman, ibu, atau ibu mertua kerana keduanya masih bekerja. Dalam pada mencari, rakan sepejabat saya kongsikan pengalamannya dengan Set Bersalin Shaklee. Jadi saya buat research di internet. Saya jumpa satu blog yang menawarkan Set Bersalin Shaklee.


Selepas bersalin, saya dapat merasakan keserasian dan perubahan positif dengan kesihatan diri saya. Jika dibandingkan dengan pengalaman berpantang anak pertama dahulu memang jauh beza! Dengan pengambilan Set Bersalin Shaklee saya rasa lebih sihat dan bertenaga. Dan yang paling penting saya kurang stress! Alhamdulillah. Saya pernah berkongsi pengalaman saya di dalam entry
"Set Bersalin Shaklee Terbaik"

Waktu itu, pengambilan vitamin Shaklee memang habis ketika habis pantang sahaja. Ia terhenti disitu. Saya tidak meneruskan dengan vitamin-vitamin lain kerana tidak ada siapa yang menasihati atau menyarankan sedemikian. Tidak ada siapa  juga yang menawarkan dan menceritakan yang kita boleh berbisnes dengan Shaklee.

Sibuk, Penat, Letih

Namun, apabila anak kedua saya berumur 6 bulan, makin 'huru-hara' hidup saya. Saya terpaksa bangun seawal jam 4.30 pagi untuk memasak bubur bagi bekalan di taska setiap hari. Jadi, saya semakin dan sering merasa letih. Hati saya terdetik mungkin badan saya kekurangan vitamin dan perlukan supplement. Saya pun cuba buat research sendiri tentang vitamin yang saya boleh ambil. Pasa masa itulah saya kenal ESP. 

Tapi masa tu saya tak tahu nak beli daripada siapa. Kebetulan kakak kepada Kak Maria (mentor saya) ni, Kam Haryatie (MommyShahab) memang rakan sekerja saya. Jadi saya pun belilah satu canister ESP daripada Kak Maria. Sejak minum ESP ni, saya rasakan perubahan yang baik. Rasa lebih bertenaga.

Yusri Mengalami Masalah Tekanan Darah Tinggi


Sebulan lepas tu saya terfikir untuk mencari supplement untuk suami saya pula kerana dia menghidap tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi. Jadi saya tanya Kak Maria tentang vitamin yang berkaitan. Akhirnya, saya beli vitamin-vitamin tersebut sehingga layak untuk dapat KEAHLIAN PERCUMA. 

Alhamdulillah, berkat doa dan usaha dengan mengambil supplemen Shaklee, tekanan darah tinggi Yusri terkawal. Doktor telah menurunkan ubat kepada dosage yang paling rendah. Manakala ubat kolesterol langsung Yusri tak makan. Yusri hanya makan vitamin Shaklee untuk mengatasi masalah kolesterolnya. Saya pernah menceritakannya di dalam perkongsian "High Blood Pressure, High Cholesterol - Kill the Silent Killer!"

Affni Minat Bisnes? 

Kak Maria ada bertanya saya jika saya minat untuk berbisnes. Minat memang minat. Tapi setakat minat sahaja. Tiada niat langsung nak berbisnes. Tak terdetik pun! Niat saya cuma, bila saya beli untuk makan sendiri dan keluarga, saya juga layak untuk dapat bonus. Impian saya masa tu sangat kecil iaitu HANYA untuk mendapat bonus yang boleh menampung kos pembelian supplement Shaklee setiap bulan untuk keluarga. Itu sahaja!

Jadi dalam bulan-bulan terawal saya join Shaklee, alhamdulillah memang saya dapat bonus 2-3 angka. Boleh la untuk buat beli supplement bulan seterusnya. Itu pun saya dah bersyukur. Saya buat sekadar suka-suka sahaja, langsung tidak serius. 

Saya memang ikuti perkembangan di dalam blog MariaFirdaus dari dulu lagi. Dari zaman sebelum bisnes Shaklee lagi. Sebab saya suka ikuti kisah yang diceritakan di dalam blog tersebut. 


Turning Point!

Saya cukup tersentap bilamana Kak Maria berhenti kerja! Terdiam saya. Ketika itu Kak Maria baru pada rank Supervisor. Sejak itu saya terfikir betapa beraninya Kak Maria mengambil tindakan itu. Mesti ada sesuatu yang Kak Maria nampak dengan bisnes Shaklee. Peluang! Ya PELUANG! 
  • Peluang untuk hidup lebih sihat
  • Peluang untuk melihat anak-anak membesar di depan mata
  • Peluang untuk lebih masa bersama keluarga
  • Peluang menjana pendapatan yang lebih besar
  • Peluang untuk HIDUP LUAR BIASA!
Ada juga saya berfikir kenapa saya tak buat benda yang sama? Apa kata saya cuba?

Hidup saya mula berubah selepas perkhabaran Kak Maria berhenti kerja sebagai engineer. Saya makin bersemangat melihat kejayaan Kak Maria yang sebenarnya secara tak langsung menaikkan semangat saya untuk lebih maju dengan Shaklee. Tambahan pula saya semakin kerap dihubungi oleh rakan-rakan lama di Facebook bertanyakan tentang Shaklee. 


M.E.S.T.I Untuk Berjaya

Apa yang saya buat sehingga mereka hubungi saya setelah sekian lama? Saya hanya mempraktikkan teknik jemput-jemput yang telah diajar kepada saya. Saya tak sangka, menggunakan konsep ini jualan saya meningkat! Semakin ramai yang datang kepada saya. Lagi seronok bila ada customer-customer yang bagi feedback positif tentang kesihatan mereka. Rasa syukur sangat dapat bantu menambah nilai hidup orang lain. Ya Allah, perasaan itu sangat indah bilamana kita dapat menggembirakan orang lain.


Tanpa saya sangka, rupa-rupanya dalam Group Jutawan Shaklee yang saya sertai ada banyak tips dan ilmu yang telah dikongsikan oleh mentor-mentor kami. Mereka berkongsi bagaimana mereka buat bisnes dengan cara yang mudah. Tinggal nak buat saja. Apa yang penting adalah BERTINDAK!

Dengan support yang sangat kuat dari mentor di dalam Group Jutawan Shaklee dan Group MFMS ni, saya semakin yakin dan bersemangat. Saya ikut je apa yang disuruh mentor. Saya cuba sedikit demi sedikit keluar dari pulau alasan.  


Kalau tak saya asyik nak sedapkan hati sendiri,  

"Takpelah, Abang Firdaus ada untuk tolong Kak Maria. Dia orang bisnes."
"Takpela, Kak Maria ada pembantu rumah, saya tak ada.." 
“Saya ada kerjaya, saya sibuk..”

dan banyak lagi lah. 


Sebenarnya, dalam pada beralasan tu saya cuba tepis juga dan dalam diam saya buat segala yang diajar dalam group. Saya adakan satu blog untuk saya menulis. Daripada saya tak suka berblog, saya tulis juga aktiviti keluarga dan kemajuan kesihatan kami sekeluarga. Tak cukup tidur pun tak apa, saya perlu berkorban untuk mencapai impian. Saya korbankan masa rehat saya, masa shopping saya, masa bercuti saya untuk sesuatu yang saya boleh lakukan bagi memastikan saya berjaya dengan bisnes Shaklee.


Mentor saya kata, "Untuk kita MENERIMA, kita harus MEMBERI terlebih dahulu.."

Saya amalkan master checklist (a.k.a to-do list) sedikit demi sedikit sehingga saya boleh ingat setiap item dalam master checklist dan saya pastikan saya buat. Masa ni lah saya rasa saya perlu dekatkan diri padaNya. Minta petunjuk. 


Dari hari ke hari saya amalkan master checklist ni, saya rasa makin tenang, makin berserah padaNya. Jika rasa resah, saya akan berbalik padaNya. Alhamdulillah, inilah yang saya cari dalam hidup saya. Keseimbangan dunia dan akhirat.

Sokongan

Sokongan daripada mentor dan group bukan setakat di Eksklusif group FB sahaja. Dengan adanya group Whatsapp dan Telegram, kami menjadi semakin rapat dan dekat. Ukhwah yang terjalin sangat luar biasa! Daripada seorang yang asing dan tidak dikenali, masih boleh membanu satu sama lain seperti keluarga. Lebih dari itu lagi, seminar dan group coaching turut diadakan dari masa ke semasa. Tidak dapat hadir? Tak menjadi masalah, ONLINE coaching dan support sepanjang masa, 24/7.

Dari situlah saya makin bersemangat dan tahu betapa senangnya nak berniaga kalau kita belajar daripada mentor yang betul dan dah berjaya. Saya diajar teknik supaya saya tidak perlu mencari orang untuk di ajak berniaga. Saya tidak perlu mencari pelanggan untuk menjual produk. Mereka yang akan datang kepada saya sama ada untuk membeli produk atau/dan sama-sama berniaga. 

Dengan ilmu yang di ajar jugalah saya berjaya mendapat perhatian orang-orang yang tidak dikenali untuk sama-sama ingin berjaya di dalam bisnes Shaklee ini. Daripada orang yang saya tidak kenal, menjadi sahabat dan kini bersama-sama menuju kejayaan dengan Shaklee.

Erti Hidup Pada Memberi


Kini saya rasa hidup lebih bermakna. Saya dapat bantu lebih ramai orang. Saya dapat bantu mereka untuk menaikkan tahap kesihatan mereka dan keluarga. Saya juga dapat membantu sahabat-sahabat saya untuk menjana pendapatan yang lebih dengan Shaklee. Maklumlah, taraf hidup terutama di bandar-bandar semakin tinggi. 

Syukur kerana sudah ada anak didik Shaklee saya yang telah berjaya mendapat 4 dan 5 angka sebulan dan ramai juga yang telah berjaya mendapat 3 angka. Dapatlah mereka membantu menaikkan taraf ekonomi keluarga mereka. Saya rasa sangat seronok dapat menyentuh kehidupan orang lain agar lebih baik.

Dulu memang rasa was-was nak berbisnes sebab saya betul-betul tak pandai berniaga. Saya ni pemalu orangnya. Bukan kepakaran saya untuk bercakap tentang sesuatu dengan orang yang tidak dikenali apatah lagi untuk menjual produk. Tapi saya sangat bersyukur dikurniakan mentor dan group yang sangat membantu. Banyak sangat tips dan ilmu yang dikongsikan setiap hari disamping motivasi dan inspirasi. Sekarang ni rasa seronok je buat bisnes Shaklee walaupun hidup semakin 'huru-hara' tapi saya dapat seimbangkan kesemuanya dengan izin Allah. 

Dengan Langkah Kecil Saya Bermula



Bermula setahun setengah yang lalu, saya berjaya memperoleh bonus 2-3 angka. Saya mula mendapat bonus 4 angka sejak saya berjaya naik ke rank Senior Supervisor. Syukur Allah beri saya kemudahan untuk saya melangkau rank Supervisor. Kehebatan ‘anak’ Shaklee saya yang mendorong saya kerana beliau berjaya naik ke rank Supervisor bersama-sama. Kini, bonus bulanan saya daripada Shaklee sudahpun mencecah 5 angka. Syukur! Alhamdulillah..

Kini dengan adanya target setiap bulan dan vision board untuk jangka masa panjang, impian saya lebih jelas. Saya jelas dengan apa yang saya ingin capai. Selepas kejayaan demi kejayaan saya ceritakan kepada mama dan abah saya, mereka lebih positif menerima untuk saya berbisnes. Walapun belum sampai ke tahap bersetuju untuk saya berhenti kerja, tapi saya nampak mereka semakin menyokong saya. 




Saya pasti bila sampai masanya nanti, mereka akan menyokong saya 100% dan merestui saya untuk berniaga secara sepenuh masa. Inilah yang membuatkan saya lebih bersemangat untuk terus berjuang demi impian saya.


“Hidup Luar Biasa Dengan Sekeping Hati Yang Kental”

Memang betullah, 9 daripada 10 pintu rezeki adalah melalui perniagaan. Saya sangat sarankan rakan-rakan semua berniaga tidak kira apa pun perniagaannya. Lepas saya berniaga, pandangan dan perspektif saya jadi lebih luas. Saya kenal lebih ramai orang. Saya nampak lebih banyak peluang. 

Jika kita tidak tahu apa perniagaan yang ingin dilakukan, jika kita tidak ada modal untuk memulakan perniagaan, saranan saya carilah perniagaan yang memerlukan modal yang kecil dahulu. Belajar selok belok dunia perniagaan, timba ilmu, dan teruskan belajar daripada mereka yang sudah berjaya. 

Seperti di dalam bisnes Shaklee, modal yang diperlukan hanyalah serendah RM 65 sahaja dan ada cara bagaimana untuk memulakan perniagaan tanpa modal dengan Shaklee, sama sepertimana saya sertai setahun yang lalu. Tak perlu berhutang dengan bank. 

Kental Sekeping Hati
Bak kata mentor saya, sesiapa sahaja mampu untuk mengeluarkan modal RM 65. Tapi adakah kita mampu mengeluarkan modal sekeping hati yang kental untuk berjaya? Saya telah membuktikan saya boleh dan akan terus berjuang.

Apa yang penting, carilah mentor yang telah berjaya di dalam bisnes yang kita ingin ceburi, cari dan sertai rakan seperjuangan yang boleh membantu kita ketika jatuh bangun kita. Dengan berniaga sahaja kita dapat mengubah kehidupan kita dengan lebih baik lagi.

Saya yakin, dengan izin Allah, anda juga boleh berjaya sebab saya sudah membuktikannya. Daripada seorang yang tidak tahu berniaga, kini saya berjaya berniaga dengan pendapatan sebanyak 5 angka sebulan secara sampingan. Alhamdulillah! 

Jemput baca perkongsian saya bagaimana saya berjaya mencapai 5 angka sebulan walhal saya tidak pandai berniaga sebelum ni.. "Tak Pernah Menjual Hatta Sebatang Pen, Kini Pendapatan 5 Angka Sebulan Tercapai!"

Hiduplah dengan hidup yang luar biasa. Kita mesti bertindak untuk ubah hidup kita ke arah yang lebih baik. Selagi kita hidup biasa-biasa sahaja, kita tak akan kemana-mana. Ramai yang telah berjaya hidup luar biasa di dalam group kami. 

Kenapa tidak anda mencuba? Selagi kita tidak mencuba sesuatu perkara, belum tentu kita tidak boleh. Berilah peluang kepada diri sendiri untuk hidup luar biasa. Berilah peluang kepada anak-anak dan keluarga untuk merasai nikmat pemberian anda setiap bulan. Mereka ada hak untuk hidup dengan lebih baik dan selesa.

Saya doakan anda yang membaca kisah saya ini juga akan berjaya. InsyaAllah dengan izin-Nya. Marilah kita hidup luar biasa!


Jika anda rasa perkongsian saya ini bermanfaat dan dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai  insan-insan di luar sana, saya mohon anda untuk LIKE & SHARE entry ini. Diharap ia dapat memberi sedikit motivasi dan membuka minda lebih ramai orang untuk berubah kepada yang lebih baik. Untuk keluar dari kepompong 'comfort zone' masing-masing.

 
BONUS!!!

Hayati kisah benar kejayaan seorang Engineer Terpaksa Berhenti Kerja Selepas 6 bulan menjalankan Online Busines. Ikuti rahsia bagaimana beliau menghasilkan jualan RM1 Juta dalam tempoh 9 bulan At 'Zero Cost Marketing' selepas mengikuti Seminar Dr. Azizan Osman.

Kisah ini telah mendapat sambutan 15,000 orang pembaca. Cepat download sementara ia masih PERCUMA!!!!! Sila klik image ebook di bawah.


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan?
Ingin sertai 'rumah' kami yang sangat happening dan penuh dengan aura positif? 

MARIAFIRDAUS EMPIRE, THE MOST HAPPENING SHAKLEE GROUP IN MALAYSIA!

FREE CONSULTATION 
&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!



Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

No comments :

Post a Comment