Warkah Buat Maria Firdaus

Assalamualaikum

Masters Maria Firdaus, semoga kalian berdua sentiasa berada di bawah lindungan Allah s.w.t.

Saya juga doakan agar masters berdua diberi kesihatan, dipanjangkan umur agar dapat membantu lebih ramai insan di luar sana.

Tujuan saya menulis warkah ini kerana ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada masters berdua kerana telah memberi dan membuka peluang kepada saya dalam menjalankan bisnes bersama Shaklee ni.

ADAKAH SAYA MENOLAK REZEKI? 

Semalam, di awal tahun baru 2015 saya baru sahaja menolak tawaran pekerjaan yang lebih tinggi gajinya, iaitu 45% LEBIH TINGGI daripada gaji saya sekarang ini. 


Satu keputusan yang sangat sukar buat saya pada mulanya. Bayangkan, di dalam keadaan ekonomi yang sangat tenat sekarang ni, dengan GST pula akan dilaksanakan tidak berapa lama lagi, saya boleh pula tolak tawaran pekerjaan dengan gaji yang agak lumayan!

Adakah saya dikatakan menolak tuah/rezeki? TIDAK!

Saya langsung tidak berasa begitu kerana saya percaya, rezeki adalah daripada Allah s.w.t dan Allah tahu apa niat saya sehingga saya boleh menolak tawaran tersebut.

Oh ya, saya masih makan gaji walaupun pendapatan Shaklee saya telah melebihi gaji kerja hakiki saya. Amanah yang masih belum selesai harus dipegang sehingga waktunya.

LEBIH WARAS 

Jikalau dulu, tanpa bisnes Shaklee, mungkin saya terdesak dengan tuntutan kewangan yang sangat banyak sekarang ni. Dengan anak-anak yang sedang membesar, hidup di bandaraya KL, kos dan taraf hidup yang sangat tinggi! Tanpa bisnes Shaklee, mungkin saya terpaksa terima tawaran lumayan tu. 


Hari ini saya rasa sangat bersyukur kerana dengan adanya bisnes Shaklee ni saya boleh berfikir dengan lebih waras. Saya boleh berfikir untuk orang lain juga, bukan hanya untuk diri sendiri.

MENAMBAH NILAI HIDUP ORANG LAIN

Setelah hampir 2 bulan saya dikejar dengan tawaran-tawaran kerja lain, saya hampir tidak dapat membuat keputusan. Apa yang saya harus pilih? Manakah yang terbaik untuk saya pilih?

Setelah membuat pertimbangan, meminta petunjuk daripada Allah yang Maha Mengetahui, akhirnya saya memilih untuk melepaskan tawaran pekerjaan itu. Saya memilih untuk setia bersama syarikat saya bekerja sekarang ini (tanpa counter offer), dan teruskan menambah nilai hidup insan lain dengan bisnes Shaklee yang saya sangat sayangi ni.


Ya! Saya langsung tidak meminta syarikat saya sekarang ini untuk counter offer saya. Saya bekerja dengan ikhlas, Bukan sebab gaji semata-mata. Niat saya adalah untuk melaksanakan amanah yang telah diberikan sehingga selesai.


Ia bukan semata-mata untuk syarikat, tetapi untuk negara yang tercinta. Untuk rakyat Malaysia keseluruhannya. Saya cuba melakukan yang terbaik demi anda yang membaca warkah ini.

"LOVE WHAT YOU DO, DO WHAT YOU LOVE"

Orang sering berpesan untuk kita lakukan perkara yang kita suka, yang kita minat. Tapi tidak semua orang berpeluang untuk bertindak seperti yang diimpikan. Desakan-desakan hidup terkadang membuatkan kita terpaksa melakukan sesuatu yang kita sendiri tidak minat.



Saya rasa sangat bersyukur sebab apa yang saya lakukan sekarang ini adalah apa yang saya sendiri pilih, apa yang saya suka lakukan. Saya gembira apabila dapat menggembirakan lebih ramai orang, saya bahagia apabila melihat lebih ramai yang tersenyum bahagia.

Kini saya dalam misi mencapai impian saya untuk menjadi Working-At-Home-Mum (W.A.H.M) dengan pendapatan sekurang-kurangnya 5 angka sebulan. Saya ingin melihat anak-anak membesar di depan mata saya sendiri. Itu adalah impian saya!

Doakan saya dapat mencapai impian ini tidak berapa lama lagi.

TERIMA KASIH MARIA FIRDAUS


Sekali lagi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Masters Maria Firdaus di atas peluang ini, di atas tunjuk ajar selama ini. Sokongan yang tidak pernah putus, sangat saya hargai.

Syukur alhamdulillah, kini saya mampu berdiri sendiri, melebarkan Empayar MamaCilik yang telah melahirkan ramai leader-leader hebat di dalamnya. Saya juga bersyukur kerana berpeluang dan telah dapat menyentuh hidup ramai insan di luar sana berasbabkan Shaklee.

Kini, semakin ramai anak didik saya pula yang berjaya menggenggam pendapatan sampingan 3 angka, 4 angka, dan 5 angka sebulan.

Hanya Allah yang mampu membalasnya. Kini saya semakin faham, "Erti Hidup Pada Memberi".

Wassalam.

Salam sayang daripada anak didik,
Affni Shahida Jamaludin 


--------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Sejujurnya, saya tidak pasti adakah Masters Maria Firdaus betul-betul faham merasai betapa saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada mereka, dan semestinya Allah s.w.t. Saya bukan seorang yang pandai berpuitis dan menzahirkan rasa.

Jika anda terinspirasi dengan warkah ini, mohon anda tekan button LIKE di bawah ini. Semoga ia mampu memberi inspirasi kepada lebih ramai orang lain selepas ini."



Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

No comments :

Post a Comment