JANGAN TERSALAH PILIH ‘RUMAH’!



Assalamualaikum…

Hari ni saya nak berkongsi pengalaman saya sepanjang saya berjinak-jinak dengan Shaklee. 

Siapa yang faham dengan tajuk entry kali ini? Apa yang saya maksudkan dengan ‘RUMAH’? Maksud ‘RUMAH’ di sini ialah TEAM / GROUP / MENTOR


Mengikut pengalaman saya, ramai yang datang kepada saya bertanyakan pelbagai persoalan mengenai bisnes Shaklee.. “Affni, macam mana nak beli barang online?”, “Affni, macam mana kita nak set target?”, “Affni, macam mana cara nak makan vitamin-vitamin ni?”, “Affni, apa fungsi Omega Guard?”, “Affni….”, “Affni…”. Semua pun tanya saya. Tapi, mereka bukan customer saya atau ahli dalam group saya. Ke mana perginya individu yang bertanggungjawab membawa mereka masuk ke ‘alam’ Shaklee? 

Point saya di sini, bukan saya kedekut ilmu, mengeluh, atau berkira.. Cuba tanya mereka yang bertanyakan soalan-soalan ini kepada saya. Adakah saya tidak memperdulikan mereka? Saya tetap layan persoalan mereka dan bantu. Saya hanya berdoa agar Allah ganti dengan individu-individu hebat lain yang ingin majukan diri dan boleh saya bantu dengan masuk ke ‘RUMAH’ saya. 

Apabila saya tanya semula kepada mereka kenapa mereka tidak hubungi saya daripada awal supaya tidak tersalah pilih ‘RUMAH’? Sekurang-kurangnya tidaklah mereka terumbang ambing. Boleh saya bantu dan consult dari mula. Tidak kira sama ada dari segi pengambilan vitamin mahupun bisnes. Ramai rupanya mempunyai jawapan dan tanggapan yang sama, iaitu masalah LOKASI:

Kisah 1:
Kak Iza: “Akak ingat sebab Affni jauh dari akak.. Akak kat negeri A, Affni kat negeri B. Nanti susah akak nak minta tolong apa-apa..”
Affni: “Jadi siapa yang ajak akak masuk Shaklee?”
Kak Iza: “Jiran sebelah rumah. Tapi dia macam tak tahu semua yang akak tanya.”
Saya kasihan dengan kakak ni. Sebab kakak ni kenalan lama saya. Saya bantu juga lah mana yang saya boleh bantu.

Kisah 2:
Cik Nor: “Sekarang ok lah Kak Affni kat KL, dekat dengan saya. Nanti kalau Kak Affni pindah Sarawak, macam mana?”
Affni: Dalam hati.. “Bila pulak la saya ada cakap nak pindah Sarawak? Tiada dalam perancangan pun! Hehe..”
Dan kemudian saya terangkan kepadanya apa yang akan saya terangkan sebentar lagi.
Tapi hakikatnya, siapa yang mereka hubungi sekarang? AFFNI! Ye, saya!

TAHUKAH ANDA di dalam group ini, kami datang dari seluruh pelusuk negara? Semuanya tiada halangan. Bukankah dunia hari ini tiada sempadan? Teknologi semakin canggih. Kebanyakannya kami lalukannya secara online. Tambahan lagi, aktiviti luar kami seperti Magic Class, coaching, dan sebagainya tidak terhad untuk sesiapa di KL sahaja. Kami turut mengadakan aktiviti di negeri-negeri lain termasuk Sabah dan Sarawak! Ada di antara kami yang menetap di Sarawak (untuk makluman tiada branch Shaklee di Sarawak) tetapi tetap dapat menjana pendapatan 5 angka sebulan! Tiada yang mustahil.

~ We Work Together as a TEAM Wherever We Are ~

Jadi pesanan saya kepada anda di luar sana, sebagai customer, anda harus berhati-hati dengan siapa anda membeli vitamin. Biarlah yang boleh memberi konsultasi yang betul kepada anda. Kepada yang ingin menjana pendapatan dengan Shaklee, pemilihan ‘RUMAH’ sangat penting! Pilihlah yang boleh membimbing anda untuk berjaya di dalam Shaklee. Bak kata mentor saya, “FOLLOW rapat-rapat dengan orang yang dah berjaya.. DUPLICATE apa yang telah mereka buat..”. InsyaAllah, anda juga akan BERJAYA seperti mereka.. malah lebih lagi!

Saya ingin berkongsi kepada sesiapa yang masih belum pernah membaca eBook “Sorry Boss, Saya ‘Terpaksa’ Berhenti Kerja”, download dan dapatkan ia secara PERCUMA di sini. Ia mrupakan kisah benar. Kisah seorang yang dekat dengan saya. Semoga ia memberi inspirasi kepada anda.

Anda berminat nak sertai 'RUMAH SHAKLEE' saya yang penuh dengan cas-cas positif dan menjana pendapatan 4-5 angka sebulan?
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?

FREE CONSULTATION
&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!


Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

No comments :

Post a comment