"Kenapa join Shaklee?"
"Kenapa berhenti kerja?"
Antara persoalan yang selalu orang tanya setiap kali diorang tahu yang saya dulu seorang System Analyst di Bahagian Geospatial dan Geographical Information System (GIS). Rata-rata ramai tahu, waktu tahun 2013-2016 tu kepakaran dan pengalaman dalam bidang GIS ni sangat limited, rare lah orang kata.
Sebenarnya ia adalah 2 persoalan berbeza. Jom saya cerita mula-mula dulu kenapa saya join Shaklee?
DETIK PERKENALAN DENGAN SHAKLEE
Ada sejarah hitam yang tak nak diingat semula waktu bersalinkan anak pertama, Arissa dulu. Waktu berpantang sebenarnya. Pengalaman yang sangat tak best untuk orang yang first time bersalin dan ada baby. Memang salah sendiri juga sebab tak cari ilmu dan ambil mudah je semua.
KURANG PENGETAHUAN
Anak first. Memang sibuklah sediakan kelengkapan baby yang nak lahir, excited terlebih. Setiap bulan akan ada je barang baby yang dibeli. Tapi saya lupa untuk sediakan kelengkapan nak menjalani proses berpantang. Nak kata lupa, actually tak tahu pun kena sediakan. Tak sangka selepas bersalin kita akan jalani proses penyembuhan sebenarnya. Ingatkan biasa biasa je, makan makanan sihat, berurut sekali sekala, rehat rehat gitu dah ok.
So, bila dah bersalin, mama tanya, "Mana ubat bersalin?". Maksud mama, set bersalin ke, jamu ke, apa-apa la untuk nak pulihkan diri sendiri. TAK ADA!
Haa memang kena bebel sebakul. Dah lah waktu tu mama & mama mertua semua masih bekerja. So memang tak dapat nak jaga saya & baby. Jaga lah diri sendiri je dengan apa pun tak tahu. Bila macam tu, main beli je lah Set Bersalin yang jenis jamu. Itu yang sinonim dengan berpantang kan? Berpantang = makan jamu.
End up, elergik satu badan!
Stress oii!
BADAN LETIH, MENTAL KOYAK








