Memaparkan catatan dengan label side income. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label side income. Papar semua catatan

Peluang Bisnes Shaklee: Kelebihan Bisnes Shaklee Yang Ramai Tak Tahu

By: Senior Coordinator Affni Shahida

Biasanya tajuk ni kita cerita dalam our business group/team. Tapi hari ni rasa macam nak cerita juga kepada semua pembaca & followers mamacilik.com

Peluang bisnes Shaklee yang sangat best ni rasanya tak patut simpan sendiri je kan? Mana lah tau ada insan kat luar sana tu yang sedang tercari-cari peluang bisnes yang sangat diluar jangkaan macam ni.

Kelebihan Bisnes Shaklee Yang Ramai Tak Tahu jadi perkongsian hari ni ok.

So.. Jom tengok 3C yang Shaklee tawarkan kepada SEMUA AHLI SHAKLEE, termasuk yang hanya beli untuk makan/kegunaan sendiri sahaja.

Apa C yang pertama?



C yang pertama adalah CASH BONUS!

Cash bonus adalah kelebihan bisnes Shaklee yang paling ramai orang dapat. Shaklee offer cash bonus bermula daripada 5% - 21% bergantung kepada perfomance sales kita.


Haa.. Inilah anggaran bonus mengikut percentage % yang kita layak setiap bulan. Pembelian / jualan yang kita buat setiap bulan dikira berdasarkan uv point. Setiap produk ada uv dia sendiri. kelebihan bisnes Shaklee yang ni juga dapat dinikmati oleh ahli Shaklee yang tak buat bisnes, maksudnya ahli Shaklee yang hanya beli untuk diri sendiri dan keluarga.

The Walking Beauty (TWB) mobile spa project yang menggunakan produk & sistem Shaklee secara tak langsung buka peluang kepada semua beauticians untuk grab penjuru income Cash Bonus daripada Shaklee ni. Ia merupakan penjuru income ke 3 dalam TWB.

Jom kita tengok berapa income ahli-ahli mobile spa TWB setiap bulan bagi PENJURU INCOME KE-3 ni!

Benarkah Bisnes Mobile Spa Satu Pelaburan Bisnes Yang Bijak?


Bisnes mobile spa dah tak asing lagi zaman sekarang ni. Tambah lagi semua orang nak duit cepat. Nak INSTANT CASH setiap hari. Tapi adakah dengan mengeluarkan modal untuk setup bisnes mobile spa satu pelaburan bisnes yang bijak?

Hari ni saya nak share dengan anda salah satu real life story seorang beautician dalam Mamacilik INcredible Dazzles (MIND), di bawah bimbingan saya. Mira, 25 tahun dulunya seorang operator pekerja kilang dan menetap di Kedah.

Di akhir perkongsian saya ni nanti anda nilaikan lah sendiri, adakah bisnes mobile spa satu pelaburan bisnes yang bijak?

Begini kisahnya...

Bekerja sebagai operator salah sebuah kilang di Kedah memberikan Mira gaji pokok sebanyak RM900 sebulan. Kalau tambah OT boleh la capai dalam RM1200-RM1500. Bekerja 12 jam sehari. Wajib!

Mobile Spa Bantu Wanita Jana Pendapatan Lumayan



Tahun ni adalah tahun ke-4 projek Mobile Spa TWB dijalankan. Setakat ni, telah terbukti yang mobile spa membantu wanita untuk jana pendapatan lumayan!

Setelah lebih 600 peserta Kursus Mobile Spa TWB di seluruh Malaysia, pelbagai feedbacks, begitu banyak success stories yang kami dengar dan terima. Tak kurangnya kisah-kisah yang buat kami para trainers terharu apabila ramai wanita yang telah dapat dibantu asbab projek mobile spa The Walking Beauty (TWB) ni.

Pelbagai latar belakang hidup wanita yang kami jumpa dan bantu dengan bisnes mobile spa untuk memartabatkan wanita seterusnya menjadian wanita seorang yang berdikari dan boleh jana pendapatan lumayan. 

Siapa Mereka?

Ibu tunggal, wanita yang diceraikan secara tiba-tiba, wanita yang tersepit antara anak-anak dan kerjaya, wanita yang terpaksa berhempas pulas menanggung keluarga, pelajar, isteri yang suaminya diuji dengan kerjaya, si anak yang terpaksa berhenti kerja demi menjaga orang tuanya yang sakit, dan sebagainya.

Bukti demi bukti dan success stories yang kami dah bawakan. Real life stories!

Namun, masih ada yang tertanya-tanya,


Lumayan ke pendapatan dengan bisnes mobile spa ni? 


Tanpa banyak cerita lagi, jom kita saksikan beberapa success stories dan aktiviti bekas peserta Kursus Mobile Spa TWB di seluruh Malaysia dan beberapa negara lain!


BERJAYA BALIK MODAL DALAM 12 HARI DENGAN BISNES MOBILE SPA TWB!

Modal. Perkara pertama yang sering menjadi halangan kepada mereka yang berminat nak sertai PERSONAL COACHING KURSUS MOBILE SPA TWB. Percayakah anda kalau saya kata, salah seorang anak didik bisnes mobile spa saya BERJAYA BALIK MODAL DALAM 12 HARI DENGAN BISNES MOBILE SPA TWB secara part time!

Kisah yang saya nak kongsikan hari ni adalah kisah seorang wanita, boleh kata muda lagi, yang bukan dari keluarga yang senang, keluarga pula ditimpa pelbagai ujian, tetapi beliau berusaha untuk dapatkan modal sebab beliau tahu hanya dengan sertai KURSUS MOBILE SPA TWB ni seterusnya buat bisnes Mobile Spa TWB beliau dapat capai impian, beliau dapat uruskan segala komitmen yang terletak di atas bahu beliau sebagai seorang anak.

PROVEN RESULT BISNES MOBILE SPA TWB

Jom kita ikuti perkongsian beliau:

Saya Aina Syaheera, dari Kuching Sarawak.

SENIOR COORDINATOR UNLOCKED!

Assalamualaikum semua sahabat mamacilik.com

Picture by one of Mamacilik Leader, Fifie (FB: Syafifie Syafiza)

Ingat tak duluuuuu lama dulu Kak Aff pernah cerita tentang kejayaan demi kejayaan yang Kak Aff dan seluruh Mamacilik Empire kecapi dalam bisnes Shaklee? Kalau tak ingat tak ape. Memang dah lamaaa sangat pun Kak Aff cerita tu. Hehe..

Jom kita flashback kisah-kisah kejayaan tu dalam perkongsian Kak Aff di sini:

1. Bulan pertama Kak Aff qualify CAR BONUS SHAKLEE, dan sehingga sekarang Shaklee masih bagi Car Bonus kat Kak Aff

2. Pertama kali Kak Aff dapat income 5 angka dengan bisnes Shaklee


Shaklee Academy - Do Business The Right Way!

LEARN, EARN, GROW WITH SHAKLEE ACADEMY!

By: Affni Shahida Jamaludin

Assalamualaikum & salam ceria untuk semua pembaca mamacilik.com!

Kebelakangan ni memang kami di MamaCilik Empire memang sangatttt lah sibuk dengan pelbagai aktiviti berkaitan bisnes kesihatan ni.

Baru je lepas event Shaklee Business Leaders Conference, ada pula program bersama Shaklee Academy selama 2 hari.

Shaklee Academy ni apa ye?? 🤔

Shaklee Academy merupakan satu program khas untuk Shaklee Business Leaders yang telah mencapai tahap Coordinator dan ke atas. Ia bertujuan bagi menyelaraskan pemahaman dan ilmu-ilmu yang betul kepada seluruh Shaklee family. Tak kiralah ilmu dari segi nutrisi, satu-satu produk, mahupun ilmu bisnes tu sendiri. Ini termasuklah the Dos & Don'ts dalam consult customers.

Shaklee invite hanya Coordinator dan ke atas kerana rata-ratanya dah mempunyai jumlah ahli yang besar di bawah organisasi masing-masing. Jadi tanggungjawab besar bagi kami untuk educate pula ahli-ahli di dalam group kami tentang apa yang kami sendiri pelajari.

SHAKLEE ACADEMY - DAY 1

Syukur alhamdulillah, pada 10 & 11 Februari yang lalu saya berpeluang menghadiri program ni di atas jemputan pihak Shaklee sendiri. Hari pertama pun dah excited sangat-sangat sebab rasa bertuah berada dalam program ni.

Masa registration, Shaklee siap bagi bekal vitamins for energy. FREE je tau!

 Tengok la tu siap ada CoQ-Trol yang baru release, B-Complex untuk make sure kita kekal fokus sepanjang program, Omega Guard semestinya untuk kekalkan sel-sel otak berhubung dengan baik. Kiranya senang pick up bila dalam kelas. 

Omega Guard ni lah salah satu supplement yang saya sendiri bagi kat anak-anak supaya cepat pick up apa cikgu ajar kat sekolah.

Ehhh.. Kan dah off topic! Hehehe...
Bersama Master Hafsah, MommyShahab waktu breakfast

Shaklee Business Leaders Conference 2018 - A Real Breakthrough!


By: Affni Shahida Jamaludin

Assalamualaikum & salam ceria untuk semua pembaca mamacilik.com

Percaya atau tidak, berlalunya Shaklee Business Leaders Conference 2018 (BLNC) pada 3 Februari yang lalu memberi kesan dan keterujaan yang sangat besar kepada kami, semua leaders Shaklee di seluruh Malaysia. Ini adalah kali kedua Shaklee adakan BLNC ekslusif untuk semua Shaklee leaders yang aktif sahaja. Pertama kali diadakan tahun lepas, 2017.

Mana taknya, sangat banyak kejutan yang besssttt sangat yang dibuat oleh Shaklee Management Team.

Leaders Shaklee ni siapa sebenarnya?

Leaders Shaklee adalah mereka yang Effective Supervisor ke atas dan dapat income minimum 4 angka setiap bulan.

Yang paling best, event ni FREE, kami tak payah bayar apa-apa langsung. Husband / wife pun dijemput sekali dan makanan pun disediakan FREE! Tapi kali ni saya datang seorang tanpa Yusri atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. It is OK since I am never alone. Kami ada seluruh Shaklee family di sini.

Banyak rewards yang kita boleh dapat kalau buat betul-betul dan konsisten dalam bisnes Shaklee sebenarnya. Inilah salah satu sebab yang buat kami sayaaang sangat dengan bisnes Shaklee.

Lagipun, Shaklee kan dah ada produk terbaik yang terbukti SELAMAT dan BERKESAN sejak lebih 100 tahun lepas. Sebab tu lah kami setia sebagai pengguna sejak 2011 dan setiap hari memang ramai sangat customers baru dan lama yang setia dan repeat order dengan kami.

Syukur Alhamdulillah. Tahun ni ramai team kami dalam MAMACILIK EMPIRE bersama keluarga besar kami di MFMS EMPIRE, LAT FAMILY, GLC yang layak ke BLNC 2018.

Ok jom kita layan gambar-gambar sepanjang event ni.


AKTIFKAN KEAHLIAN SHAKLEE SEKARANG SEBELUM IA DITAMATKAN!

Assalamualaikum...

Apa khabar semua? Tertarik dengan tajuk entry kali ni? Tertanya-tanya apa yang saya maksudkan dengan AKTIFKAN KEAHLIAN?

Mungkin ada di antara kita yang masih tak perasan / tak sedar / tak dimaklumkan tentang pengaktifan keahlian Shaklee ni. So hari ni saya nak make it clear, jelaskan lagi dengan perkara mengaktifkan keahlian Shaklee ni.

AHLI SHAKLEE LEBIH SETAHUN? JOM AKTIFKAN KEAHLIAN SEKARANG!


Mesti ada yang tertanya-tanya kan? 

"KENAPA NAK KENA AKTIFKAN PULAK? 
DULU KATA KEAHLIAN SHAKLEE SEUMUR HIDUP?!!"

Online Coaching - "Blog Medium Utama Bisnes"

Assalamualaikum para pembaca setia MamaCilik.com yang dirahmati Allah..

Ramai orang ingat orang yang dah berjaya bisnes memang sejak azali pandai bisnes. Takkk! Silap sangat tu. Mana ada baby yang lahir-lahir je terus pandai berjalan, apatah lagi berlari!

Actually, bisnes akan jadi mudah bila kita tahu caranya.

Bisnes akan jadi mudah bila kita ada mentor yang telah berjaya dan kita ikut nasihat/follow mereka.

Bisnes akan jadi mudah bila kita letak sepenuh pergantungan rezeki kita kepada Allah s.w.t

Itu BISNES.

Baru-baru ni, saya bersama-sama leaders di dalam keluarga besar Maria Firdaus Empire bergabung tenaga mengadakan Online Coaching di Telegram group untuk anak-anak didik bisnes kami yang baru menceburkan diri dalam bisnes Shaklee ni.

Apa yang kami bincangkan?

Kesan GST Kepada Ibu Bapa di Malaysia!

Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang sering berkunjung ke blog mamacilik.com ni sentiasa diberi rahmat dan perlindungan dari Allah s.w.t.
Adakah anda merupakan ibu bapa zaman ini? 

Kalau kita lihat, banyak perubahan yang berlaku beberapa tahun kebelakangan ni. Perubahan tu pulak adakah membuat kita semakin senang? Semakin selesa dalam mendidik anak-anak? Semakin mudah memenuhi keperluan harian anak-anak dan keluarga?

Fuhh..


Sekarang ni bulan Mac 2015. Ikut perancangan, kerajaan nak mulakan GST bulan April 2015 ni. Yer... Bulan depan ni je haa.. Ia akan menjadi satu sejarah di Malaysia. Sejarah di mana rakyat Malaysia akan dikenakan cukai untuk hampir kesemua barangan dan servis yang digunakan.

Kita ni sebagai ibu bapa semestinya tak terlepas daripada 'bebanan' cukai ni.

Dengar kata, cukai ni bagus untuk pembangunan negara. Katanya cukai 10% sebelum ini akan dihapuskan dan digantikan dengan GST 6% ini. Jika ianya benar, seharusnya harga barangan akan turun dan kemudian baru cukai itu akan dikenakan. Tapi apa yang saya perhatikan ia tidak pun berlaku.

Jadi, sama ada ianya bagus atau sebaliknya, saya tidak berapa pasti. Saya bukanlah pakar untuk mempersoalkan isu ini.

Tapi apa yang pasti, ia akan tetap terjadi!

IBU BAPA SESAK DADA KERANA GST?

Warkah Buat Maria Firdaus

Assalamualaikum

Masters Maria Firdaus, semoga kalian berdua sentiasa berada di bawah lindungan Allah s.w.t.

Saya juga doakan agar masters berdua diberi kesihatan, dipanjangkan umur agar dapat membantu lebih ramai insan di luar sana.

Tujuan saya menulis warkah ini kerana ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada masters berdua kerana telah memberi dan membuka peluang kepada saya dalam menjalankan bisnes bersama Shaklee ni.

ADAKAH SAYA MENOLAK REZEKI? 

Semalam, di awal tahun baru 2015 saya baru sahaja menolak tawaran pekerjaan yang lebih tinggi gajinya, iaitu 45% LEBIH TINGGI daripada gaji saya sekarang ini. 


Satu keputusan yang sangat sukar buat saya pada mulanya. Bayangkan, di dalam keadaan ekonomi yang sangat tenat sekarang ni, dengan GST pula akan dilaksanakan tidak berapa lama lagi, saya boleh pula tolak tawaran pekerjaan dengan gaji yang agak lumayan!

Adakah saya dikatakan menolak tuah/rezeki? TIDAK!

Saya langsung tidak berasa begitu kerana saya percaya, rezeki adalah daripada Allah s.w.t dan Allah tahu apa niat saya sehingga saya boleh menolak tawaran tersebut.

Oh ya, saya masih makan gaji walaupun pendapatan Shaklee saya telah melebihi gaji kerja hakiki saya. Amanah yang masih belum selesai harus dipegang sehingga waktunya.

LEBIH WARAS 

Jikalau dulu, tanpa bisnes Shaklee, mungkin saya terdesak dengan tuntutan kewangan yang sangat banyak sekarang ni. Dengan anak-anak yang sedang membesar, hidup di bandaraya KL, kos dan taraf hidup yang sangat tinggi! Tanpa bisnes Shaklee, mungkin saya terpaksa terima tawaran lumayan tu. 


Hari ini saya rasa sangat bersyukur kerana dengan adanya bisnes Shaklee ni saya boleh berfikir dengan lebih waras. Saya boleh berfikir untuk orang lain juga, bukan hanya untuk diri sendiri.

MENAMBAH NILAI HIDUP ORANG LAIN

Setelah hampir 2 bulan saya dikejar dengan tawaran-tawaran kerja lain, saya hampir tidak dapat membuat keputusan. Apa yang saya harus pilih? Manakah yang terbaik untuk saya pilih?

Setelah membuat pertimbangan, meminta petunjuk daripada Allah yang Maha Mengetahui, akhirnya saya memilih untuk melepaskan tawaran pekerjaan itu. Saya memilih untuk setia bersama syarikat saya bekerja sekarang ini (tanpa counter offer), dan teruskan menambah nilai hidup insan lain dengan bisnes Shaklee yang saya sangat sayangi ni.


Ya! Saya langsung tidak meminta syarikat saya sekarang ini untuk counter offer saya. Saya bekerja dengan ikhlas, Bukan sebab gaji semata-mata. Niat saya adalah untuk melaksanakan amanah yang telah diberikan sehingga selesai.


Ia bukan semata-mata untuk syarikat, tetapi untuk negara yang tercinta. Untuk rakyat Malaysia keseluruhannya. Saya cuba melakukan yang terbaik demi anda yang membaca warkah ini.

"LOVE WHAT YOU DO, DO WHAT YOU LOVE"

Orang sering berpesan untuk kita lakukan perkara yang kita suka, yang kita minat. Tapi tidak semua orang berpeluang untuk bertindak seperti yang diimpikan. Desakan-desakan hidup terkadang membuatkan kita terpaksa melakukan sesuatu yang kita sendiri tidak minat.



Saya rasa sangat bersyukur sebab apa yang saya lakukan sekarang ini adalah apa yang saya sendiri pilih, apa yang saya suka lakukan. Saya gembira apabila dapat menggembirakan lebih ramai orang, saya bahagia apabila melihat lebih ramai yang tersenyum bahagia.

Kini saya dalam misi mencapai impian saya untuk menjadi Working-At-Home-Mum (W.A.H.M) dengan pendapatan sekurang-kurangnya 5 angka sebulan. Saya ingin melihat anak-anak membesar di depan mata saya sendiri. Itu adalah impian saya!

Doakan saya dapat mencapai impian ini tidak berapa lama lagi.

TERIMA KASIH MARIA FIRDAUS


Sekali lagi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Masters Maria Firdaus di atas peluang ini, di atas tunjuk ajar selama ini. Sokongan yang tidak pernah putus, sangat saya hargai.

Syukur alhamdulillah, kini saya mampu berdiri sendiri, melebarkan Empayar MamaCilik yang telah melahirkan ramai leader-leader hebat di dalamnya. Saya juga bersyukur kerana berpeluang dan telah dapat menyentuh hidup ramai insan di luar sana berasbabkan Shaklee.

Kini, semakin ramai anak didik saya pula yang berjaya menggenggam pendapatan sampingan 3 angka, 4 angka, dan 5 angka sebulan.

Hanya Allah yang mampu membalasnya. Kini saya semakin faham, "Erti Hidup Pada Memberi".

Wassalam.

Salam sayang daripada anak didik,
Affni Shahida Jamaludin 


--------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Sejujurnya, saya tidak pasti adakah Masters Maria Firdaus betul-betul faham merasai betapa saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada mereka, dan semestinya Allah s.w.t. Saya bukan seorang yang pandai berpuitis dan menzahirkan rasa.

Jika anda terinspirasi dengan warkah ini, mohon anda tekan button LIKE di bawah ini. Semoga ia mampu memberi inspirasi kepada lebih ramai orang lain selepas ini."



Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

13 TIPS UNTUK BERJAYA DALAM BISNES !

Assalamualaikum,

Bermulanya hari baru setiap hari merupakan permulaan kepada sesuatu yang lebih hebat dari hari-hari yang lalu. Apa khabar para pembaca Mamacilik.com yang saya sayangi sekalian? Jom mulakan sesuatu yang baru dan semestinya lebih baik.

Sejak kebelakangan ini, agak ramai yang menghubungi saya untuk mendapatkan nasihat dan tips bagaimana saya boleh sustain bisnes Shaklee kesayangan saya ni hingga ke hari ni. 

Jadi, hari ini saya menulis khas untuk semua Shaklee Independent Distributor (SID), tidak kira yang sudah lama atau yang masih baru, juga kepada mereka di luar sana yang sedang mempertimbangkan untuk menjalankan bisnes Shaklee. Saya ingin berkongsi dengan anda, 
13 tips bagaimana untuk berjaya di dalam bisnes Shaklee.

1. Jangan JUAL Shaklee, HIDUP dengan Shaklee!

Sebagai seorang SID, nasihat saya kepada anda di luar sana supaya jangan menjual produk Shaklee. Menjual di sini, bermaksud kita mencari pelanggan seberapa ramai yang boleh untuk promote kepada mereka dan seterusnya mereka terpaksa membeli.



MariaFirdaus Master Celebration - The Most Fantastic Shaklee Team In Malaysia!

Assalamualaikm w.b.t,

Syukur alhamdulillah, selesai sudah majlis gilang gemilang yang dinanti-nanti bagi meraikan kedua orang Masters kesayangan kami di empayar MFMS pada 16 November 2014 yang lalu. 4 hari telah berlalu seperti ianya baru semalam berlaku. Masih segar diingatan apa yang berlaku sepanjang majlis.

Pintu gerbang tersedia untuk Masters MFMS - The Most Fantastic Shaklee Team in Malaysia.

Inilah stage yang menjadi saksi penganugerahan Masters Maria Firdaus sebagai Master Coordinator Shaklee

BERMULANYA HARI BERSEJARAH

Majlis bermula kira-kira jam 10.30 pagi. Waktu di mana saya masih dalam perjalanan ke Pullman Putrajaya Lakeside bagi menjadi saksi hari bersejarah ini. Seboleh-bolehnya saya tidak mahu tertinggal walau sesaat pun majlis ini.

Alhamdulillah, Allah permudahkan perjalanan 40km saya dari Ampang ke Putrajaya. Saya tiba pada jam 11.00 pagi. Waktu itu, Presiden Shaklee Malaysia, Mr. Victor Lim baru sahaja memulakan ucapan beliau.

Legaaa.. Itu bermakna, saya masih belum terlepas detik surprise yang kami telah rancang untuk masters kesayangan kami selama sebulan ini. Apakah surprise itu? Jom.. Sambung baca perkongsian saya ini.

 Mr. Victor Lim memberi ucapan pembukaan.

 Master Maria Firdaus bersama anak sulung mereka, Farees kusyuk mendengar ucapan Mr. Victor

Perkongsian Jutawan Shaklee

Majlis seterusnya diteruskan dengan perkongsian hebat daripada seorang Jutawan Shaklee, Presidential Master Shareeza (Kak Cery).

Kak Cery berkongsi tips untuk menjadi seorang yang hebat

DULU MENGEJI SEKARANG MEMUJI

Assalamualaikum dan salam kejayaan,

Alhamdulillah, rezeki masuk lagi hari ni. Setiap hari ada saja rezeki yang Allah kurniakan kepada saya dan seluruh warga Mamacilik. Syukur Ya Allah di atas segala nikmatMu. Ia sangat bererti buat saya. Dapat membantu lebih ramai orang di luar sana yang perlukan kesihatan yang lebih baik, kewangan yang lebih utuh.

Saya terkenang kembali dari bagaimana saya bermula dalam bisnes Shaklee ni. Bagaimana pahit manis yang saya lalui sepanjang berbisnes. Saya ingat lagi apa yang berlaku Ogos 2013, di mana waktu itu saya jatuh tersungkur, saya gagal, saya kecewa, saya putus harapan! Ya, ia berlaku kira-kira setahun yang lalu.

Kemudian saya berjaya bangkit bulan berikutnya. Saya pernah kongsikannya di entry 
"4-FIGURES SIDE INCOME - Bukan Lagi Mimpi"

NIAT



Sejak mula saya serius ingin berbisnes, saya telah diajar untuk mempunyai niat yang betul dalam berbisnes. Apa niat saya? Niat saya yang paling utama adalah untuk membantu ramai orang. Membantu macam mana?

Sayang, You Are Number 1!

Assalamualaikum sahabat blogger semua..

Semoga anda semua sentiasa berada di  bawah lindungan Allah s.w.t..

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

Syukur Ya Allah dengan segala nikmat yang Engkau berikan kepadaku. Sampai sekarang ni saya masih tak percaya dengan apa yang disampaikan kepada saya. Berita yang sangat gembira bagi saya sebagai mama.

Anak-anakku Dalam Proses Penyembuhan

Alkisahnya minggu lepas, Kaklong Arissa ni sakit mata la pulak, jadinya memang tak boleh nak pergi school. Adik Ammar pun asyik batuk tak berhenti. Jadi risau pula la kan sebab baru-baru ni Ammar pernah ditahan di wad KPJ Kajang akibat bronchitis with conjunctivitis! Hmm.. 2 sekali harung Allah duga. Saya pernah kongsikannya pada entry "Syafakallah My Cute Boyfriend!"

Bila Ammar batuk teruk, kaklong Arissa pun sakit mata, memang la mama & papa kena EL. Bawa anak-anak ni pergi jumpa specialist terus. Ya, saya prefer anak-anak saya dirawat oleh pakar. Saya bukan memandang rendah kepada doktor di klinik-klinik biasa. Tapi dah banyak kali saya terkena. Ubat yang di prescribe kepada anak-anak saya adalah ubat-ubat yang tidak tepat (mengikut kata doktor pakar). Nanti la saya kupas mengenai isu ni kemudian.

Kakngah Alina? Hm... Dah kakak dan adiknya tak pergi school, dia pun ambil kesempatan la turut serta. Hehe..

Perjumpaan IbuBapa Dan Guru 


AKU YANG DULU BUKANLAH YANG SEKARANG - PART 2

Assalamualaikum semua...

Ahamdulillah, kita masih diberi kesempatan untuk 'berjumpa' sekali lagi di MamaCilik.com.

Seperti yang dijanjikan pada perkogsian saya semalam, AKU YANG DULU BUKANLAH YANG SEKARANG - PART 1, saya sambung perkongsian kisah saya dan Shaklee. Bagi sesiapa yang belum membaca yang sebelum ini, sila baca yang PART 1 dulu yer. Nanti tak faham pula.. Hehe..

“Now or Never”
Segalanya bermula ketika mengandungkan anak kedua, saya mencari Set Bersalin yang lebih mudah dan ringkas sebab berpantang sendiri tanpa penjagaan khusus dari yang lebih berpengalaman, ibu, atau ibu mertua kerana keduanya masih bekerja. Dalam pada mencari, rakan sepejabat saya kongsikan pengalamannya dengan Set Bersalin Shaklee. Jadi saya buat research di internet. Saya jumpa satu blog yang menawarkan Set Bersalin Shaklee.

Ku Genggam Bintang Di Langit -NC 2013/2014 Part 2

Assalamualaikum...

Saya doakan pembaca MamaCilik.com semua dirahmati Allah s.w.t.

Seperti yang dijanjikan pada entry yang lepas, hari ni saya nak berkongsi kegembiraan saya dan seluruh warga Empayar MFMS pada Shaklee National Conference (NC) untuk hari yang kedua pula. Kami sampai di Sunway Convention Centre dalam pukul 10.00 pagi.

Kami mengambil peluang untuk melihat pameran yang diadakan sepanjang NC disamping bergambar dan berkenalan dengan SID lain.

Produk baru Shaklee, Phytocol-ST untuk mengurangkan kadar kolesterol jahat (LDL).
Kalau besar ni botol dia agak-agak berapa lama tahan? 2 tahun? Hehe.. Gurau je ^_^

Harga Naik Lagi??? Bersediakah Kita?

Bismillah..

Assalamualaikum semua..

Saya doakan anda semua berada di dalam lindungan Allah s.w.t.

PASAR & BAHAN MENTAH
  
Saya yakin ramai di antara kita ni selalu pergi ke pasar untuk membeli bahan mentah. Lagi-lagi kalau hari cuti kan! Sebagai kaum ibu lebih-lebih lagi yang berkerjaya,  hari cuti lah hari untuk kita pergi ke pasar dan memasak masakan kegemaran keluarga.



Jemput Rezeki vs Kejar Rezeki

Assalamualaikum...

Syukur alhamdulillah. 

Saya telah Allah pilih untuk menghadiri satu program yang sangat memberi makna di dalam hidup saya. Bukan sekadar dari segi bisnes dan duniawi. Namun juga hubungan kita dengan pencipta kita iaitu Allah s.w.t.



Seminar Law of Universal Attraction (LUA) & Neuro-Linguistic Programming (NLP) anjuran mentor saya, Master MariaFirdaus telah diadakan pada hari 19-20 April 2014 yang lalu. Speaker jemputan adalah saudara Zuhairi Nopiah (Ateh) merupakan seorang pakar di dalam bidang ini. Ini kali kedua saya berjumpa dan menuntut ilmu dengan Ateh. Kali pertama adalah pada bulan lepas semasa menyertai Family Day Legasi Anugerah Terindah di Port Dickson. Saya ada menceritakannya di dalam entry INI.

Untuk pengetahuan anda, kos bagi program dua hari ini telah menelan belanja sebanyak lebih daripada RM 10,000! Tapi kami sebagai peserta hanya dikehendaki membayar RM 80 sahaja termasuk makan tengahari! Program ini disertai oleh seramai 70 orang peserta. Kalau ikut kiraan saya, jumlah terkumpul daripada peserta program hanyalah sebanyak RM 5600 sahaja! Selebihnya ditanggung oleh Master MariaFirdaus. Saya sangat kagum dengan mentor-mentor saya ni. Mereka betul-betul serius ingin menolong dan membantu kami yang berada di dalam Empayar MariaFirdaus untuk lebih maju dan berilmu. Jangan kata ilmu, masa, tenaga, malah wang ringgit juga mereka sumbangkan untuk kami. Saya rasa sangat bertuah dan bersyukur kerana berada dikalangan orang-orang yang tidak lokek dan sentiasa positif!

Apabila ditanya bagaimana mereka boleh menjadi master coordinator dalam masa yang singkat, Master Firdaus kata,

"Di samping menggunakan teknik marketing yang betul, saya juga mengamalkan teknik teknik yang terdapat di dalam Law Of Universal Attraction ( LUA ) dan juga Neuro Linguistic Programming."

Keperihatinan Master Firdaus terhadap anak-anak didiknya seperti kami digambarkan dengan kata-kata beliau ini,

"Saya sudah pun membelanjakan ribuan ringgit semata mata untuk belajar ilmu ilmu ini. Bagi saya, ilmu ini sangat bagus untuk kita semua pelajari. Kebanyakannya saya belajar dari Dr Azizan Osman.

Namun saya sedar, kelas Dr Azizan agak mahal. Tak ramai yang mampu untuk hadir ke kelas ini."

Bertuahkan saya menjadi salah seorang anak didik mereka! Syukur alhamdulillah. Semoga Allah beri lebih banyak lagi rezeki kepada mereka. Saya doakan Master MariaFirdaus kaya, berjaya, dan bahagia.

Law of Universal Attraction (LUA)

Pada hari pertama kami didedahkan dengan konsep LUA. Kami diingatkan tentang kebergantungan kita kepada yang Maha Pemberi, iaitu Allah s.w.t. Allah lah yang memberi rezeki kepada seluruh isi alam ini. Jadi, kepadaNya lah kita meminta rezeki. Bukan daripada manusia!

Kami juga diajar tentang bagaimana untuk menjemput rezeki, bukan mengejar rezeki. Kata Ateh,

"Kejayaan lebih mudah ditarik daripada dikejar. Kejayaan akan lebih mudah dijemput / ditarik."

Fitrah perkara yang dikejar akan terus lari, dan perkara yang dijemput akan datang kepada kita dengan izin Allah. 

Apa bezanya diantara orang yang berjaya dan orang yang bahagia?



Orang yang berjaya, dapat setiap apa yang yang dia impikan tetapi dia tidak semestinya bahagia. Boleh jadi dia berjaya tapi tiada kasih sayang dan tanpa ketenangan.

Manakala orang yang bahagia akan sentiasa diselubungi rasa kasih sayang dan ketenangan. InsyaAllah, kejayaan akan menyusul.

Jadi, adalah penting untuk kita ingat, di dalam setiap apa yang kita ingin kecapi, kebahagiaan merupakan perkara yang paling penting!

Di dalam kita mengejar kekayaan, kejayaan, dan kebahagiaan, kita akan sentisa diuji. Malah, tidak kira dalam keadaan apa sekalipun kita akan sentiasa diuji. Kaya, miskin, dan sebagainya. Sentiasalah berada di jalan Allah, insyaAllah kita akan selamat.

Pelbagai aktiviti dilakukan sepanjang program bagi memastkkan kami para peserta faham dengan apa yang disampaikan.

Neuro-Linguistic Programming (NLP)

Hari kedua pula kami diajar bagaimana nak kenal prospek, dan macam mana nak naikkan peratusan untuk close deal. Ilmu yang sangat berharga. Sukar untuk digambarkan di dalam penulisan. Kena buat praktis banyak kali baru kita dapat menguasai ilmu ni.

Tapi apa yang saya dapat kongsikan di sini, setip individu adakah unik. Dengan ilmu NLP ni kita boleh kenal kategori manakah prospek yang kita jumpa. Terbahagi kepada beberapa kategori:
  1. Visual 
  2. Auditory
  3. Kinestetik
  4. Internal Dialog
Nak lagi best, kita juga boleh tahu sama ada orang itu berbohong! Sungguh mahal ilmu yang diajar di dalam seminar ini. Di mana-mana sahaja boleh digunakan termasuklah jika kita nak membeli sesuatu seperti kereta yang berharga ratusan ribu ringgit. Daripada tiada diskaun, boleh jadi dapat diskaun. Daripada diskaun hanya RM 3 ribu, boleh jadi diskaun RM 10 ribu.

Kasih Sayang

Salah satu slot dalam seminar ini, Ateh menekankan tentang betapa pentingnya kasih sayang dalam mengejar kejayaan. Ini kerana, kejayaan akan lebih bermakna dengan kebahagiaan. Kami di minta sama-sama menyanyikan lagu 'Baik-baik sayang'. Ketika selingan lagu tu, kami diminta pula untuk salam, peluk, dan mohon maaf kepada semua orang. Minta orang itu doakan kejayaan kita.


Sepanjang sesi seminar 2 hari ni, Arissa sangat attach dengan seorang 'cucu Shaklee' saya, kak Marina. Ke mana sahaja kak Marina pergi dia akan ikut. Hehe.. Allah permudahkan urusan saya yang membawa 3 orang anak ke seminar. Kak Marina pun suka melayan Arissa. Sampai sekarang ni pun, seminggu telah berlalu, Arissa masih lagi bertanya tentang aunty baju biru (Kak Marina). Lebih-lebih lagi kalau dia dengar lagu 'Baik-baik sayang'.. ^_^


'Cicit Shaklee' saya turut berkongsi apa yang beliau rasa setelah program ini...


Aisyah Fatiya, 'cucu Shaklee' saya. Berkongsi cerita bagaimana beliau boleh kenal dengan empayar MariFirdaus. Asalnya bukan sebab Shaklee. Tetapi selepas dia mengenal dengan lebih dalam kami di dalam Empayar MariaFirdaus ni, beliau rasa sangat bersyukur....


Di akhir seminar saya sempat bergambar dengan sebahagian kecil 'anak, cucu-cucu & cicit-cicit Shaklee' saya. Ohh.. Semestinya tak lupa 'mummy' Shaklee saya turut ada sama... Semoga kita sama-sama kaya, berjaya, & bahagia, di dunia & di akhirat.. InsyaAllah...


Jom kita tengok gambar-gambar sekitar seminar LUA & NLP yang telah berlangsung sepanjang 2 hari ini:


Arissa & Alina lepak minum susu di satu sudut play area yang disediakan.. Santaii...


Lihatlah betapa flexible dan kids friendly seminar ini. Sambil Aisyah Fatiya sharing tentang bagaimana dia mengenal dan jatuh hati kepada Empayar MariaFirdaus, anak-anak bermain dihadapan. Tak ada siapa pun nak marah..


Salah satu sesi di mana Suhana diminta berkongsi tentang aktiviti yang dilakukan ketika seminar


Sambil menyusukan baby Ammar pun masih boleh sertai seminar


Seorang lagi 'cucu Shaklee' saya, Supervisor Khadijah. Sebelum ini kami hanya berinteraksi secara online


Of course, inilah 'mummy Shaklee' saya, Master Maria


Bersama saudara Ateh Zuhairi & isterinya, Aisyah. 
Terima kasih di atas ilmu yang dicurahkan

Itu sahaja dulu perkongsian untuk kali ini. Bulan hadapan, Master Maria&Firdaus akan menganjurkan pula Seminar Online & Offline Marketing Genius (OMG), khas untuk kami di bawah Empayar MariaFirdaus. Bagi yang berminat nak sertai seminar tersebut, boleh hubungi saya.

InsyaAllah, panjang umur, murah rezeki, saya akan kongsi pula ilmu di lain entry.

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Ingin sertai 'rumah' kami yang sangat happening dan penuh dengan aura positif? 

FREE CONSULTATION 
&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!



Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat