" Aduh! Sakitnya! " - Bengkak Susu

Assalamualaikum semua,

Harini saya nak kongsi sesuatu berdasarkan pengalaman sendiri. Saya yakin dan pasti ramai ibu yang baru melahirkan bayi mengalami bengkak susu. Kebiasaannya ia berlaku pada hari ke 2 - 4 selepas bersalin dan itu lah juga yang saya alami. Usah gusar.. Ianya hanya sementara dan akan berakhir di antara 24 - 48 jam. InsyaAllah..

Pertama sekali, ucaplah kata syukur.. Alhamdulillah.. Ini kerana ia merupakan tanda positif yang mana, kita sedang menghasilkan susu supaya kita dapat menyusukan bayi kita sepenuhnya.

Sakit! Memang sakit!



Allah je yang tahu betapa sakit dan peritnya bengkak susu. Boleh kata tak boleh nak sentuh sikit pun.. Mesti sakit! Apatah lagi la kalau nak bagi baby Ammar menyusu.. Ya Allah.. Tahan je lah.. Demi nak menyusukan baby Ammar.. Salah satu pengorbanan seorang ibu kan? Saya tak akan menyerah kalah. Saya tetap nak menyusukan baby Ammar walaupun sakit! 


Dalam pada sakit-sakit tu, saya gagahkan jugak buat research macam mana nak kurangkan bengkak susu ni dan bagaimana ia boleh terjadi. So, saya kongsikan lah serba sedikit apa yang saya dapat kepada pembaca semua..

Bagaimana Ia Boleh Terjadi?


Mengikut pembacaan saya di BabyCenter.Com, susu badan akan terhasil dengan banyaknya di antara 2-6 hari selepas bersalin untuk memenuhi keperluan bayi. Pada masa tu, darah akan lebih banyak mengalir ke payudara dan sesetengah tisu di sekelilingnya akan membengkak. Namun, tak semua ibu baru akan mengalami bengkak susu dan ianya bersifat sementara sahaja.

Badan kita perlu sedikit masa untuk adjust kesesuaian kuantiti susu yang perlu dihasilkan bedasarkan konsep demand & supply

Bagaimana Merawat Atau Melegakannya?

Bengkak susu akan cepat reda selagi bayi kita melekap dengan betul dan diberi susu sekerap yang mungkin. Ini saya dapatkan beberapa tips dari BabyCenter.Com yang sedikit sebanyak dapat membantu:
  1. Susukan bayi sekerap mungkin (setiap 2 - 3 jam) walaupun terpaksa mengejutkan bayi daripada tidur
  2. Pastikan bayi menyusu daripada kedua-dua belah payudara pada setiap penyusuan. Pastikan juga sebelah yang pertama tadi dihisap sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah lagi.
  3. Pada sesi penyusuan berikutnya, mulakan dengan sebelah payudara yang terakhir dihisap.
  4. Memang agak sukar untuk menyusukan bayi jika payudara sangat bengkak. Jangan panik.. Jangan stress.. Cuba perah atau pam keluar susu sehingga areola menjadi lembut. Mungkin ada yang senasib seperti saya... Perah dan pam tapi hanya beberapa titik susu yang keluar! 
    • Untuk masalah ini, saya ada sedikit tips yang mungkin juga dapat membantu ibu-ibu lain. Teruskan membaca sehingga akhir entry ini.
  5. Tuam dengan tuala panas di dada atau mandi dengan air suam sebelum memerah.
  6. Sabar dan teruskan mencuba!

Bagaimana Shaklee Boleh Membantu?

Saya sebenarnya ada terbaca mengenai Lecithin boleh mengurangkan bengkak susu yang sering dialami oleh para ibu yang menyusukan bayi mereka. Stok vitamin Lecithin ni memang ada je di rumah ni.


Tapi, saya fikir-fikir.. Shaklee Omega Guard juga mempunyai khasiat seperti Lecithin keluaran Shaklee malah LEBIH lagi NUTRIENT yang diberikan. Jadi, saya pun makanlah 2 biji Omega Guard pada malam saya mengalami bengkak susu tu. Selain dari usaha, ni kira uji kaji terhadap diri sendiri.. Hehe..


Tahu tak apa yang terjadi keesokan harinya?

Bangun je esok pagi, saya rasakan bengkak susu tidak lah sekeras dan sesakit malam sebelumnya. Saya pun cuba lah pam keluar susu.. Alhamdulillah.. Syukur sangat susu dah boleh dipam keluar! Dapat lagi saya satu tips kan mengenai bengkak susu ni. Boleh juga saya share dalam blog MamaCilik.Com tentang pengalaman ni. Manalah tahu ada ibu-ibu diluar sana yang mengalami perkara yang sama. Sekurang-kurangnya saya dapat bantu mereka mencuba alternatif dan ikhtiar untuk mengurangkan bengkak susu ni..

Jika anda mempunyai persoalan dan ingin bertanya lebih lanjut, boleh la hubungi saya. InsyaAllah saya bantu selagi mana saya mampu..


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?

FREE CONSULTATION 
&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!
  


Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

No comments :

Post a comment