Nak Baby? Jaga Makan Untuk Subur!

Assalamualaikum...

Mesti ramai yang tahu tentang rancangan Wanita Hari Ini (WHI) yang bersiaran pukul 12.00 tengahari di TV3 kan? Tapi walaupun ramai yang tahu, masih ramai lagi yang tidak berpeluang menonton rancangan ini. Pada pandangan saya, WHI merupakan rancangan yang sangat bagus yang mana banyak informasi berkenaan wanita dan rumahtangga dibincang dan dikongsikan bersama..

Sambil menyusukan baby Ammar semalam, saya sempat mendengar sedikit kupasan yang menarik perhatian saya. Ianya bertajuk, "Makanan untuk mengekalkan kesuburan". Ha.. Tetamu jemputan merupakan seorang doktor pakar sakit puan. Tapi saya lupa nama doktor tu. Huhu..

Menurut doktor tu, perkara pertama yang perlu dilakukan oleh pasangan suami isteri yang telah berkahwin lebih dari setahun namun belum mendapat cahaya mata adalah pergi jalankan PEMERIKSAAN dengan DOKTOR PAKAR. Ini bagi memastikan pasangan tersebut tidak mengalami sebarang masalah serius yang menghalang dari mendapatkan anak. Jika ada pun, sekurang-kurangnya mereka boleh menjalani rawatan tertentu.


Namun begitu, terdapat juga ramai dari pasangan yang menjalani pemeriksaan, yang tidak mempunyai apa-apa masalah serius. Jadi di sinilah diet pemakanan harian perlu dititik beratkan. Ia sangat penting dalam menjaga dan menentukan tahap kesuburan pasangan tersebut.

Melihat dari cara pemakanan zaman sekarang (ewah.. macam la saya ni orang zaman dulu kala.. hikhik..), terlalu banyak fast food dan makanan kurang berkhasiat yang dijadikan amalan atau diet masyarakat kini. Perkara ini sangat memberi kesan kepada persediaan tubuh badan pasangan dalam usaha untuk mendapatkan cahaya mata.

Menurut doktor lagi, makanan perlulah seimbang. Antara zat-zat yang penting yang perlu diambil adalah makanan y mengandungi zinc, protein, calcium, dan sebagainya. Selain daripada itu, ambillah makanan yang tidak mengandungi kolesterol yang tinggi.

Antara makanan yang akan memberi kesan yang kurang baik pula adalah seperti pepper dan biji peria terutama kepada sperma lelaki.

Kebetulan seorang lagi doktor iaitu Dr. Melinda turut ada memberi sedikit ilmu untuk dikongsi semalam di laman facebooknya. Antara yang dikongsikan adalah;

"Diet yg bagaimana yg bole meningkatkan kesuburan?"
  1. Makan lebih makanan yg mengandungi 'monounsaturated fats' (seperti minyak zaiton) dan kurangkan makanan yg mengandungi lemak trans (banyak dlm makanan segera).
  2. Lebihkan pengambilan protein sayuran (seperti soya), kurangkan protein haiwan (seperti daging merah).
  3. Tingkatkan pemakanan yg mengandungi kandungan fiber yg tinggi dan kurang kandungan gula – contohnya seperti whole grains, sayuran dan sesetengah buah buahan.
  4. Pengambilan secara sederhana high-fat dairy products (seperti ice cream, susu segar, dan keju).

Sejauh manakah kita dapat pastikan bahawa makanan yang kita ambil setiap hari cukup mengandungi zat-zat yang diperlukan badan? Jangan lupa bahawa banyak faktor yang membawa kepada kurangnya zat pada sesuatu makanan seperti pencemaran, penggunaan racun perosak, cara masak yang tidak sesuai, dan sebagainya. Jadi, sebagai salah satu alternatif dalam usaha, vitamin tambahan sangat membantu. Shaklee menawarkan vitamin-vitamin yang dapat membantu dalam meningkatkan tahap kesihatan dan kesuburan pasangan suami isteri seperti di bawah:


Jadi, tiada salahnya jika pasangan yang sedang berusaha mendapatkan cahaya mata mengambil vitamin tambahan. Saya cadangkan Set Kesuburan Shaklee kerana ianya semulajadi, selamat, dan halal. Alhamdulillah.. Seorang sahabat saya telah berjaya hamil setelah mengambil Set Kesuburan Shaklee ini selama 2-3 bulan.


Perkara paling penting adalah kita mesti sentiasa berdoa, berusaha, dan tawakal. Perbanyakkan istighfar.. Allah Maha Mengetahui akan sesuatu. Semoga entry kali ini dapat memberi inspirasi, peluang, dan jalan keluar kepada pasangan yang menginginkan cahaya mata.. InsyaAllah..


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?

FREE CONSULTATION 
&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!


Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

No comments :

Post a comment