5 TIPS ELAK 'DIBUNUH' KOLESTEROL!

Assalamualaikum sahabat pembaca...

Ramai yang minta saya menulis mengenai darah tinggi, dan kolesterol. Untuk pengetahuan anda, inilah salah satu faktor dan asbab saya mengenal Shaklee dengan lebih mendalam. Tatkala Yusri didiagnos ada kedua-dua masalah ini. Waktu itu saya terkejut, takut, dan pelbagai perasaan lagi yang menyelubungi. Yelah.. Siapa yang tak takut jika orang yang kita sayang terpaksa makan dan bergantung kepada ubat seumur hidup! Jadi, saya harap anda diluar sana tidak terlambat untuk bentindak membanteras gejala-gejala yang membawa kepada darah tinggi dan kolesterol tinggi ni yer.

Oklah, kali ni saya cerita mengenai kolesterol tinggi. Tentang bagaimana vitamin Shaklee membantu suami saya, Yusri dalam menangani masalah ini. Sebelum tu saya ceritakan serba sedikit apa yang saya tahu mengenai kolesterol, melalui pembacaan dan diskusi dengan doktor.

KOLESTEROL TINGGI PEMBUNUH SENYAP


Tahukah anda bahawa strok merupakan punca kematian ketiga terbesar di Malaysia?!!

Tahukah anda salah satu faktor penyumbang terbesar kepada strok (angin ahmar) dan sakit jantung adalah kadar KOLESTEROL yang TINGGI dalam darah dan badan kita?


AWAS! Lebih daripada 6 juta rakyat Malaysia tinggi kolesterol! Adakah anda salah seorang daripadanya???




Strok dianggap sebab utama kehilangan upaya yang teruk, dan setiap tahun dianggarkan 40,000 rakyat Malaysia mengalami strok! Wow! Satu angka yang sangat besar! Adakah kita sebahagian daripadanya? Nauzubillah!

Apakah kesannya pula?


Ya Allah.. Banyaknya kesan daripada strok! Setiap anggota badan kita berisiko!

Bagi mengelak diri kita daripada kesan strok, baiklah kita cuba lihat apa punca strok dan bagaimana mengatasinya. Sebenarnya terdapat banyak faktor yang menjadi punca strok. Ada di antara puncanya yang sukar untuk kita ubah seperti genetik/keturunan. Namun, kita boleh ubah punca-punca yang kita boleh kawal sendiri seperti merokok, obesiti, cara pemakanan dan kadar kolesterol. Hari ini saya nak bincangkan mengenai strok yang berpunca daripada kadar kolesterol yang tinggi dalam erti kata lain cara pemakanan.

Sebelum tu... Berapa kadar kolesterol yang kita boleh kata tinggi tu? Jom kita tengok lipid profile di bawah ni.


Inilah yang menjadi kayu pengukur sama ada kita tergolong dalam individu yang berkolesterol tinggi atau tidak.

Mesti ada yang tertanya-tanya, bagaimanakah kolesterol menjadi punca kepada strok? Ia berlaku apabila saluran darah tersumbat akibat kandungan kolesterol yang tinggi di dalam badan. Maka ia seterusnya akan mengganggu bekalan darah ke otak!


Setiap kali kita makan, terutamanya makanan yang berkolesterol tinggi, kolesterol akan dibawa masuk ke dalam saluran darah. Kolesterol baik (HDL) akan membantu untuk membawa kolesterol jahat (LDL) menjauhi atau keluar daripada menetap di dalam saluran darah di dalam badan kita.

Apa akan jadi jika kadar HDL kita rendah? Sudah tentunya LDL akan bermaharajalela di dalam salur darah kita. Apabila ini berlaku, LDL akan menempel atau melekat di dinding-dinding arteri (salur darah) kita. Seterusnya plak akan terbentuk. Lama kelamaan, salur darah kita menjadi sempit dan yang lebih mengerikan apabila salur darah kita tersumbat dan ketika inilah strok akan terjadi!


BAHANA KOLESTEROL TINGGI

Antara lain bahana daripada kadar kolesterol yang tinggi adalah penyakit hati, tekanan darah tinggi, ketidaksuburan, dah banyak lagi. Kita ambil contoh ketidaksuburan. 


Kolesterol yang tinggi akan mengakibatkan pasangan suami isteri sukar untuk mendapat cahaya mata. Seperti yang saya pernah kongsi pada entry "Nak Baby? Jaga Makan Untuk Subur!" yang lalu, jika kita berkehendakkan cahaya mata, faktor pemakanan dan zat merupakan salah satu aspek yang sangat penting! 




Kita mesti jaga pemakanan. Pemakanan yang bagaimana? Sudah tentunya yang mengandungi kadar kolesterol yang rendah. Cukup sekadar untuk keperluan badan. Contohnya seperti sayur-sayuran, lobak merah, tomato, buah-buahan, roti gandum, dan sebagainya.


BERAPA KADAR KOLESTEROL YANG DISARANKAN?


Ya. Kolesterol perlu untuk tubuh badan kita. Tapi berapa yang perlu tu?


Bagi individu normal, saranan pengambilan kolesterol adalah tidak melebihi 300mg sehari.


Manakala bagi pesakit jantung, pengambilan kolesterol adalah tidak melebihi 200mg sehari.


Tapi macam mana nak buat kalau pemakanan seharian kita memang dikelilingi oleh makanan yang kaya dengan kolesterol? Menetap di Malaysia la katakan, memang terkenal sangat dengan kepelbagaian makanan.




Kita ambil contoh pemakanan kita dalam sehari. Minimum kita makan 3 kali sehari. Tu minimum tau. Ada yang makan 6 kali sehari? Ada!


Ok. Katakan kita makan nasi lemak untuk sarapan, mi goreng mamak untuk makan tengahari, dan bihun tomyam untuk makan malam. Jumlah pengambilan kolesterol sehari adalah 942mg! 3 kali ganda lebih dari apa yang diperlukan! Patutlah pun rakyat Malaysia ni kebanyakannya berkolesterol tinggi.




Macam dalam keluarga sebelah Yusri pun, dah namanya oghang nogori, memang setiap hari wajib ada makanan yang menggunakan santan! Alangkan sayur kangkung pun boleh buat gulai kuning yer.. Jangan tak tahu! Saya yang tak tahu sebenarnya dan agak terkejut dengan diet oghang nogori ni. Tapi apa boleh buat, lidah dari kecik dah diajar sebegitu. So, kita try and adjust. Menjadi seorang keturunan Negeri Sembilan bukan alasan untuk kita mempunyai kolesterol yang tinggi!


Betul! Memang dari zaman nenek moyang lagi mereka dah makan makanan bersantan setiap hari. Mereka ok je kita tengok kan? Sihat je kan? Alangkan Yusri masih mempunyai moyang yang dah berumur dekat 100 tahun! Tapi cuba kita lihat balik... Nenek moyang kita dulu kerja macam mana? Membanting tulang ke bendang, ke ladang. Kita? Duduk selesa dalam pejabat yang ada aircond lagi! Nak ke tingkat 1 pun naik lift tak mahu naik tangga! Ha.. Macam mana nak compare tu?


APA BOLEH BUAT?

Jadi, kalau dah tahu life style kita sekarang ni bukan macam nenek moyang kita, nak bersenam pun tak ada masa, pemakanan je la yang paling penting untuk dijaga.

Setelah hampir 3 tahun Yusri didiagnos berkolesterol tinggi, saya memang tak bagi dia makan ubat kolesterol walaupun diarahkan oleh doktor. Sebab bagi saya, semua ni punca besarnya adalah pemakanan. Sejak itu saya betul-betul jaga pemakanan Yusri. Lagi-lagi Yusri bukannya boleh bersukan lasak selepas operate slip dics dulu. So, agak terbatas senaman yang boleh dilakukan.

Alhamdulillah sekarang ni kadar kolesterol Yusri ditahap terkawal tanpa ubat yang berunsurkan dadah(drugs). Saya syukur sangat saya temui vitamin Shaklee. Saya jumpa penyelesaian dalam produk supplement Shaklee. Sekarang ni Yusri konsisten dengan pengambilan Omega Guard, Phytocol-ST untuk membanteras masalah kolesterol ni.

PHYTOCOL-ST TU APA?

Phytocol-ST ni merupakan produk paling bongsu Shaklee Malaysia setakat hari ini. Saya bersyukur sangat Shaklee bawa masuk produk ni ke Malaysia. Boleh kata, saya lah antara orang yang paling gembira! 

Terdapat FITOSTEROL terkandung di dalam Phytocol-ST ni. Ia berfungsi sebagai 'body guard' badan kita daripada kolesterol jahat (LDL). Jadi, ia membantu menurunkan kadar kolesterol kita secara keseluruhannya.


Membekalkan 2000mg fitosterol sehari - 
100% saranan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH)

Anda tak perlu risau. Ianya 100% semula jadi yang dihasilkan dari pokok pine yang mempunyai minyak Tall. Pokok pine sememangnya telah terkenal dengan kualitinya.

InsyaAllah.. Saya akan berkongsi pula dengan anda semua mengenai bagaimana fitosterol berfungsi dalam membantu penurunan kolesterol secara semulajadi di entry yang lain. Doakan saya agar diberi kelapangan untuk berkongsi dengan anda dengan lebih banyak lagi.

Sementara tu, jom kita perbaiki paras kolesterol sebagai usaha mendapat kesihatan yang terbaik!

  1. Makan makanan seimbang dan yang tinggi dengan serat
  2. Minum banyak air setiap hari (1 liter bagi setiap 25kg berat kita)
  3. Kawal berat badan agar mendapat berat badan yang ideal terutama yang obes
  4. Ambil makanan yang mengandungi asid lemak Omega-3 (terkandung di dalam salmon dan Omega Guard Shaklee)
  5. Ambil makanan yang mengandungi fitosterol bagi membantu menurunkan dan mengawal kadar kolesterol (terkandung di dalam lobak merah, tomato, roti gandum, dan Phytocol-ST)
Semoga entry ini dapat memberi manfaat kepada anda dan ramai insan di luar sana yang tercari-cari cara semulajadi menurunkan kadar kolesterol. Saya doakan pembaca Mamacilik.com sentiasa sihat dan berada di bawah lindungan Allah s.w.t.. InsyaAllah..

Jika anda rasa entry ini bermanfaat, saya mohon anda untuk LIKE & SHARE. Semoga lebih ramai yang akan mendapat ilmu dan manfaat daripadanya.. InsyaAllah...

Anda boleh terus dapatkan vitamin untuk penjagaan dan pengawalan kolesterol terus dari Shaklee melalui aplikasi eSell di bawah ni.

.
BONUS!!!

Hayati kisah benar kejayaan seorang Engineer Terpaksa Berhenti Kerja Selepas 6 bulan menjalankan Online Busines. Ikuti rahsia bagaimana beliau menghasilkan jualan RM1 Juta dalam tempoh 9 bulan At 'Zero Cost Marketing' selepas mengikuti Seminar Dr. Azizan Osman.

Kisah ini telah mendapat sambutan 15,000 orang pembaca. Cepat download sementara ia masih PERCUMA!!!!! Sila klik image ebook di bawah.


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan sebagai pendapatan sampingan?

FREE CONSULTATION 
&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!



Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

No comments :

Post a Comment