Syafakallah My Cute Boyfriend!

Assalamualaikum pembaca MamaCilik.com yang dirahmati Allah sekalian...

Saya doakan anda semua sejahtera hendaknya.

Sekarang ni saya menemankan Ammar Firdaus di hospital. Pagi tadi bersahur ala kadar. Esok memang nak kena minta Yusri bawakan ESP dan Performance Orange untuk sahur dan berbuka. Ammar masih lagi nyenyak tidur setelah eye treatment dan nab untuk kali ketiga tengah malam tadi.


Saya sebenarnya rasa agak kecewa dengan apa yang berlaku pada Ammar. Umur baru 6 bulan dah dijangkiti Conjunctivitis (sakit mata). Saya sedar Ammar sakit mata sejak pulang taska pada hari Jumaat yang lalu. Pada mulanya saya tak anggap serius. Saya kira mungkin habuk atau dia sendiri yang gosok mata. Walau macam mana pun saya bawa juga pergi klinik untuk berjumpa doktor. Doktor pun mengatakan ianya tidak serius dan akan lekas sembuh. Jadi saya pun kuranglah risaunya.


Ahad malam... Dah 3 hari sakit mata Ammar tak reda walaupun sudah diletakkan ubat titis mata seperti yang diarahkan doktor. Memandangkan esoknya, Isnin saya memang ambil cuti untuk servis kereta dan beberapa urusan lain, saya jaga sendiri Ammar dan tidak menghantarnya ke taska. 

7 JULAI 2014

SOAL SELIDIK

Saya menghubungi pihak taska untuk menyiasat keadaan taska dan bayi yang sebilik dengan Ammar. Saya bertanya jika sebelum Ammar sakit mata ni, ada tak bayi yang sakit mata. Cikgu kata ADA! Wahhh.. Menyirap darah saya dibuatnya... sabar.. sabar.. Saya tanya lagi, berapa orang? Dia kata seorang. Namun sekarang 3 orang bayi termasuk Ammar dan yang asalnya pembawa sakit mata tu tidak hadir ke taska. Maknanya ada seorang lagi selain Ammar yang terkena jangkitan. Allah.. Kesian betul anak-anak kecil ni. 

Yang saya hairan dan geramnya adalah sikap ibu bapa itu sendiri. Dah tahu anak sakit mata kenapa hantarkan ke taska? Fikir-fikirkanlah bayi-bayi lain yang tirit berada di taska tu. Yang cikgu ni pun, dah siap keluar memo kata tak boleh hantar anak-anak sekiranya sakit mata, demam teruk, dan beberapa kondisi lain, namun masih juga menerima kehadiran bayi yang sepatutnya dikuarantin. Hm.. 

Saya menyeru ibu bapa diluar sana, silalah ada rasa tanggungjawab dan kasihan kepada anak-anak kecil ini. Jangan kan kerana 'terpaksa' pergi kerja, anak-anak terabai. Inilah salah satu faktor lagi yang menyebabkan saya bercita-cita untuk menjadi working-at-home-mama suatu hari nanti. Nak jaga sendiri anak-anak seperti kisah di dalam eBook "Sorry Boss!!! Saya Terpaksa Berhenti Kerja" tu. InsyaAllah..

CABARAN NAK BERJUMPA DOKTOR

Saya cuba untuk mendapatkan appointment dengan doktor pakar kanak-kanak yang sering merawat Ammar sebelum ini di Prince Court Medical Centre (PCMC) namun gagal. Paling cepat pun mungkin hari Khamis atau minggu hadapan. Saya pelik juga kerana setiap kali saya mempunyai kes yang semi-emergency macam ni, agak sukar untuk berjumpa doktor di sini.


Jadi saya terus ambil keputusan membawa Ammar ke pakar kanak-kanak di KPJ Kajang memandangkan Ammar turut pernah dirawat di sini kerana Jaundis selepas lahir dulu. Alhamdulillah, walaupun pesakit yang sudah membuat appointment dengan doktor boleh tahan ramai, namun doktor masih menerima kunjungan kami. Setelah diperiksa, doktor mengarahkan untuk Ammar dimasukkan ke wad kanak-kanak. Ammar perlu di refer kepada pakar mata (kalau tak silap saya pakar ENT).

Dalam pada tu, doktor turut mengatakan kahak telah banyak di dalam paru-paru Ammar. Kalau ikutkan saya memang tahu Ammar batuk dan memang ada ubat kahak untuknya tapi tak sangka pula sampai dah masuk paru-paru sebab saya tengok keadaannya tidak membimbangkan. Jadi, 2 in 1 la rawatan yang Ammar terima sekarang.

Ketika proses pendaftaran kemasukkan ke wad, pegawai pengurusan hospital memberitahu saya bahawa semua wad penuh buat masa ini. Yang ada hanyalah wad pengasingan (Isolation Ward) yang mana selalunya kes conjunctivitis ni memang kena masuk wad ini tetapi kosnya lebih tinggi daripada wad lain. 

KOS PERUBATAN DAN FASILITI

Setelah megambil kira coverage yang diperuntukkan dari tempat saya bekerja, dan beberapa perkara dan faktor lain, saya pun bersetuju. Nak tak nak memang kena masuk isolation ward. 


Secara umumnya, coverage yang saya perolehi dari tempat saya bekerja adalah RM 200 for room/night dan RM 25,000 total bil untuk satu penyakit, setahun. Kalau ikutkan, kos isolation wad ni adalah RM 330 satu malam. So ada perbezaan sebanyak RM 130 untuk satu malam yang perlu saya tambah. Tu untuk satu malam yer!

Namun, alhamdulillah... Sejak ada bonus Shaklee setiap bulan, ia bukan lagi jadi masalah bagi saya. Kalau tak, kalau keadaan saya masih seperti sebelum bisnes Shaklee, memanglah akan terbeban dengan kos-kos seperti ini. Memanglah akan kena keluar duit simpanan. Namun sekarang syukur Ya Allah di atas nikmat dan rahmat yang Engkau berikan..


Betullah kata mentor saya, kalau nak berbisnes, lakukanlah tatkala kira masih rasa 'selesa' (selesalah sangat!), sebelum kita betul-betul memerlukan dan tersepit. Bukan apa, bisnes ni perlukan masa untuk ia grow. Bisnes bukan skim cepat kaya! Saya betul-betul sangat bersyukur sekarang. Alhamdulillah...

ARISSA, ALINA, AMMAR

Tiga permata hati mama ni sangat rapat. Lebih-lebih lagi kakngah Alina dan adik Ammar. Pada mulanya saya tak anggap sakit mata Ammar ni serius sebab tiada seorang pun di rumah yang terjangkit dengan Ammar. Alhamdulillah! Padahal selain saya, kakngah Alina sangat suka kiss adik Ammar. 

KakLong Arissa dan KakNgah Alina

Bila difikir-fikirkan, adakah sebab pengambilan vitamin yang konsisten untuk Alina yang membuatkan dia tidak mudah dijangkiti? Padahal kalau ikutkan, Alina sedang demam dan sepatutnya daya tahan badan tidak berapa kuat kalau ikut kebiasaan kanak-kanak yang tidak makan vitamin. Memang saya surprise! Kagum & syukur!

Vitamin kegemaran Arissa & Alina

Saya rasa gembira sebab sedikit sebanyak pengambilan Mealshakes dan Chewable Vita-C secara konsisten setiap hari dapat menguatkan daya tahan dan imunisasi badan Alina dan Arissa. Tambahan pula cukup segala zat dan nutrien penting dalam Mealshakes tu. Macam yang saya pernah cerita sebelum ni la kisah Arissa yang picky-eater dan ada masalah sembelit. Boleh baca di entry ini untuk mengetahui lebih lanjut. Juga kisah Alina yang dulunya sering berjumpa doktor dan sekarang tidak lagi.

Saya rasa itu dahulu untuk kali ini. Mohon doa daripada anda semua agar Ammar segera sembuh. InsyaAllah.

Terima kasih.

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Sudah bersedia dengan ekonomi yang semakin tidak menentu? 

MFMS EMPIRE THE MOST HAPPENING SHAKLEE GROUP IN MALAYSIA!

FREE CONSULTATION 
&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!



Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

No comments :

Post a Comment