Anak Melayu Makan Gaji Disanjung, Buat Bisnes Dipandang Sinis!

Assalamualaikum para pembaca setia MamaCilik.com yang dirahmati Allah..

Cuba kita lihat apa kata Tun Mahathir ni.


Sangat tipikal kan?

Bangsa melayu sangat sinonim dengan kerja makan gaji. Bangsa cina pula sangat sinonim dengan kehandalan mereka dalam bisnes. INILAH MAJORITINYA!

Apabila saya setuju dengan pandangan Tun M ni, ada yang memberi respon, "Begitulah adanya..", "Dah nasib, kerja je lah..", dan macam-macam pandangan negatif yang saya terima. Pasrah dengan keadaan. Tiada langsung keinginan untuk bangkit. Sebab tu melayu ni selalu dan senang ditindas. Pasrah yang tidak bertempat.

Nak memburukkan lagi keadaan, anak-anak melayu yang ingin buat bisnes dipandang sinis. Macam-macam tohmahan dan kata-kata negatif dilontarkan. 


Saya kalau boleh tidaklah mahu berlaku kurang ajar kerana, kebanyakan orang yang saya jumpa sekarang ni, mereka yang bersikap negatif terhadap bisnes ni adalah mereka yang dah berumur. Sebaya dan segenerasi dengan mama dan abah saya. 

Sebenarnya, mereka tidak tahu, sekarang ni dah macam-macam dengan teknologi yang serba canggih, zaman dah berubah! Begitu juga dengan cara kita berniaga. Tidak sama macam dulu.

Kalau dulu, kita memang agak terhegeh-hegeh cari orang untuk beli produk kita atau ambil servis yang kita tawarkan. Tapi tidak lagi sekarang! 

Zaman sekarang ni, kalau kita buat bisnes tapi masih berkeadaan seperti yang saya bagitau tadi, fuh! Sangat kesian.... Carilah mentor yang boleh membimbing anda.

MEMBESAR DI DALAM KELUARGA MAKAN GAJI

Saya sebagai anak yang dibesarkan dalam keluarga yang makan gaji sejujurnya rasa 'penat'. Penat melihat rutin yang sama setiap hari. Penat melihat kerunsingan dan tekanan mama dan abah setiap bulan!

Walau saya hanya 'budak kecil' waktu itu. Tapi saya turut merasai tekanannya.

Kini bila dewasa, saya penat mengulangi rutin yang sama apa yang mama dan abah lalui berpuluh tahun lalu hinggalah sekarang ni. Disebabkan inilah saya bangkit menukar haluan hidup agar anak-anak tidak melalui kepenatan yang telah saya tempuhi sejak kecil.


Misi dan visi saya bukan lagi nak mendaki tangga kerjaya di syarikat2 besar dan ternama.
Kini saya ingin melihat anak-anak membesar di depan mata, makan dan minum hasil air tangan saya, dan saya lah yang menjadi kawan baik mereka.

Semua ini akan tertunai hanya jika saya bangkit berniaga! Mempunyai empayar syarikat saya sendiri! Doakan saya yer. Semoga dengan ini saya dapat memberi manfaat kepada lebih ramai orang di luar sana, tidak kira dari aspek kesihatan mahupun taraf hidup.

Sekian. Wassalam.



Master-to-be Affni Shahida
"It is a I m possible mission!"




Hayati kisah benar kejayaan seorang Engineer Terpaksa Berhenti Kerja Selepas 6 bulan menjalankan Online Busines. Ikuti rahsia bagaimana beliau menghasilkan jualan RM1 Juta dalam tempoh 9 bulan At 'Zero Cost Marketing' selepas mengikuti Seminar Dr. Azizan Osman.

Kisah ini telah mendapat sambutan 15,000 orang pembaca. Cepat download sementara ia masih PERCUMA!!!!! Sila klik image ebook di bawah.



Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

No comments :

Post a Comment