Sejarah Lahirnya Sebuah Empayar di SSM

Hari ini dalam sejarah!

20 MAC 2015 - MamaCilik.com kini telah selamat didaftarkan di bawah satu syarikat perniagaan yang sah.

Alhamdulillah... Perancangan Allah sangat indah. 

Dalam pada saya sangat sibuk dengan pekerjaan hakiki yang menuntut masa yang sangat padat, Allah beri jalan dan permudahkan saya untuk mendaftarkan syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini.


Sejak bulan lepas saya cuba memberi ruang dan mencari masa untuk nak pergi daftar syarikat ni.

PILIHAN NAMA

Seawal pagi tadi saya berfikir apakah nama syarikat yang akan saya daftarkan untuk bisnes yang saya sayang ni. Selama ini saya menjalankan bisnes hanya melalui blog mamacilik.com ni dan Facebook Affni Shahida sahaja.

Tidak pernah saya terfikir untuk berkecimpung dalam bisnes sejauh ini. Sehingga perlu mendaftarkan syarikat. Hehe..


Menceritakan bagaimana saya dari seorang yang tak pernah buat bisnes, bukan seorang yang bisnes minded pun, tapi kini dengan ada ilmu yang perlu dicari dan dipelajari, mentor yang telah berjaya dan boleh membimbing saya, dengan mudahnya say boleh berbisnes.

Dan hari ni,saya melangkah satu level lagi, iaitu dengan mendaftarkan syarikat untuk bisnes saya.

Tiada nama lain yang terlintas difikiran melainkan MAMACILIK.

Nasihat saya bagi yang bercadang nak daftar syarikat perniagaan, sediakanlah beberapa nama syarikat yang mungkin boleh menjadi pilihan. Senang nak pilih kalau tiba-tiba nama yang you all nak guna tu dah ada orang daftar. Betul kan?

ISI BORANG

Sampai je di SSM di KL Sentral, saya ke kaunter 12 untuk bertanya dan mengambil borang. Maklumlah, memang tak tahu apa. Main redah aje ni. Hehe..

Sekali tengok, alamak! Dia perlukan 3 nama untuk syarikat yang kita nak daftarkan ni. Hmm.. Terdiam sekejap. Tak terfikir pulak nama lain dah selain MAMACILIK.

Pastu pulak, pegawai tu kata tak boleh satu perkataan je. Kena sekurang-kurangya 2 perkataan. Lagi la saya terdiam. Hmm..

Dah la nak daftar nama syarikat ni bukan boleh tukar-tukar nanti kan.

Lama jugak saya fikir. Nombor demi nombor dah dipanggil. Lepas bincang dengan
Yusri, kami cadangkan 3 nama ni, 

  1. Mamacilik Dot Com
  2. Mamacilik Empire
  3. Mamacilik Enterprise
Inilah dia borang yang perlu diisi untuk daftar syarikat perniagaan.

TUNGGU GILIRAN

Selesai isi borang, sekarang tunggu nombor giliran dipanggil pulak. Ingatkan lama sangat la nak kena tunggu. Sebab ramai orang tau! Lagi-lagi bulan depan dah nak mula GST. Ramai yang dah sedar kepentingan berbisnes untuk tambah pendapatan.

10 minit tunggu, no giliran pun dipanggil.

Agak mengecewakan bila pegawai tu kata, nama syarikat yang pertama dipilih tidak boleh digunakan. Terkejut dan kecewa sampai saya tak tanya la pulak kenapa tak boleh guna perkataan DOT COM tu pada nama syarikat.

Bila tanya kawan-kawan, mereka kata dulu boleh. Sekarang memang dah tak boleh. Tak pasti jugak kenapa.

Tak apalah. Mungkin itu bukan yang terbaik. Allah lebih tahu. ^_^

MAMACILIK DAFTAR SSM

Walaupun mengikut prosedur biasa, SSM perlukan masa selama 1 jam untuk proses permohonan, namun saya hanya perlu menunggu selama setengah jam je.

Alhamdulillah.. Allah permudahkan lagi.

Akhirnya, nama syarikat yang kini memegang akaun bisnes MamaCilik adalah MAMACILIK EMPIRE!

Resit pembayaran yuran tahunan syarikat sebanyak RM 70 setahun

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah.

Kita merancang. Allah dah tentukan. Bagi saya, ia lambang Empayar Mamacilik akan lebih maju dan berkembang dengan pesat tahun 2015 ini dan seterusnya! InsyaAllah...



Kini, dengan tertubuhnya syarikat MAMACILIK EMPIRE, mamacilik.com bukan semata-mata dianggotai oleh kami berlima (Affni, Yusri, dan anak-anak). Tapi ianya lambang keseluruhan Empayar Mamacilik yang pada tarikh 20 Mac 2015, mempunyai 15 orang leader-leader hebat serta dianggotai oleh lebih 200 orang dan angkanya terus meningkat setiap hari!


Ingin menjadi sebahagian daripada keluarga MAMACILIK?
Tak tahu nak bisnes tapi perlukan pendapatan sampingan?

MENCARI SESUATU UNTUK MENINGKATKAN EKONOMI KELUARGA?
Sudah bersedia dengan ekonomi yang semakin tidak menentu?

Sertai 'rumah' kami yang sangat happening dan penuh dengan aura positif!

FREE CONSULTATION,
AFFORDABLE PRICE, 
&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!



Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

7 comments :

  1. Alhamdulillah :-)

    Tahniah, mamacilik Empire :-)

    ReplyDelete
  2. Congrats affni..selangkah lagi ke arah kejayaan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Dr. Didi.
      Langkah demi langkah akan diatur, insyaAllah... :)

      Delete
  3. saya pernah bekerja di SSM.. best sebab tgk nama yang orang pilih untuk wat nama perniagaan.. kadang2 pelik namanya..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..sy pun skrg tgk fikir nama sesuai untuk daftar syarikat kami

    ReplyDelete