Situasi Yang Sering Terjadi Selepas Bersalin Yang Anda Perlu Tahu!

Assalamualaikum,

Semoga kita semua sentiasa berada di bawah perlindungan Allah s.w.t.

Mendengar baby menangis seperti 'tidak cukup susu' memang sangat menyentap hati. Seawal beberapa hari selepas kelahiran, adalah normal kalau kita rasa dan kita 'ukur' kuantiti susu yang memang 'nampak sedikit'.


Tapi ini bukan bermakna susu tak cukup yer. Ada banyak faktor yang menyumbang kepada baby tu menangis. Mungkin tidak selesa dengan pampers atau persekitaran, mungkin juga hanya ingin mendapat dakapan si ibu, atau hanya perkara yang remeh seperti terselit benang di celah jari kakinya.

Namun yang sering menjadi kerisauan si ibu adalah berkenaan susu ibu yang  masih sedikit. Tak perlu risau, tak perlu stress, tak perlu panic sebab inilah yang selalu menjadi punca susu 'tak ada'.

Itulah juga yang terjadi pada adik saya sendiri baru-baru ni. Siap boleh pulak tanya saya, "Susu brand apa nak beli untuk standby?!"

Sentap kakakmu ni. Hehe..

Tapi saya faham. Sangat faham. Apa yang sedang adik saya alami telah pun saya alami 5 tahun yang lalu. Cuma yang membezakannya, waktu saya dulu, tak ada siapa pun yang tolong advise. Tak ada siapa pun yang bagi kata-kata semangat dan dorongan.

Kenapa? Inilah masalahnya jika kita tak ada dan tak cukup ilmu. Yes. Dalam situasi macam ni, ILMU tentang PENYUSUAN SUSU IBU SECARA EKSLUSIF sangat-sangat penting!

So saya bantu selesaikan masalah ni. Semestinya bukan dengan beli susu ok! Fuhh...

SUSU SIKIT

Adalah normal kalau susu hanya sedikit waktu beberapa hari terawal selepas bersalin. Masa tu perut baby untuk menerima susu sebagai makanan dan minuman pun hanya sebesar buah ceri!


Jangan la kita compare keperluan baby yang baru lahir dengan keperluan budak dah umur setahun. Sangat jauh bezanya. Selagi baby kita masih buang air dan poo-poo, insyaAllah itu tandanya susu cukup untuknya.

Salah satu perkara yang perlu ditekankan kat sini adalah keep the demand and supply untuk galakkan penghasilan susu ibu di samping sokongan dan bantuan daripada nutrisi lengkap untuk ibu bagi mengembalikan kecergasan tubuh yang telah penat dan banyak kehilangan darah sewaktu proses bersalin. Ini boleh kita dapati di dalam Set Bersalin & Penyusuan Lengkap Shaklee.

KENAPA KITA KATA SUSU SIKIT DAN WARNA KUNING?

Kesianlah kat baby Zharif (anak adik saya) kalau umur belum pun seminggu tapi dah diberi susu formula. Susu awal ibu tu lah yang sangat penting dan paling berharga! Ya. Colostrum (susu awal ibu yang warna kekuningan tu).

Walaupun sedikit tapi itulah yang paling berharga. Tidak akan kita dapat nutrisi yang paling baik untuk bayi dan sepanjang kehidupannya nanti selain daripada susu awal ibu ni.

Ini perbezaan di antara Colostrum, Foremilk, dan Hindmilk.

Colostrum sangat penting bagi membentuk antibodi baby bagi memastikan kesihatan baby pada tahap yang optimum.

Foremilk ni kita boleh samakan analoginya seperti kita minum air. Kalori yang lebih rendah dan untuk menghilangkan dahaga.

Hindmilk pula kita boleh samakan analoginya seperti kita makan makanan. Kandungan kalori dan lemaknya lebih dan membuatkan baby lebih kenyang.

KESAN JANGKAMASA PANJANG

Saya menulis daripada pengalaman. Saya tak nak ada baby atau anak-anak lain yang mengalami nasib yang sama macam Arissa, anak sulung saya. Kejahilan saya 5 tahun dulu memang memberi kesan hingga kini. 

Dulu, belum pun umur Arissa 1 tahun, tapi Arissa dah terpaksa mula alami masalah sembelit. Kesian sangat!

Betapa sedihnya runtunnya saya sebagai mama melihat kesakitan yang Arissa terpaksa lalui setiap kali nak poo-poo. Setiap kali Arissa nak poo-poo setiap kali itu juga saya yang  menangis. 

Sedih melihat dia kesakitan. Sedih kerana terlalu awal dia terpaksa minum susu formula waktu masih di dalam pantang.

Bulan demi bulan, ada masa Arissa ok, tapi kebanyakannya masalah sembelit memang menghantui. Ubat demi ubat diberikan oleh doktor. Dari prebiotik, probiotik, lactulose, dan macam-macam lagi sehinggalah dengan penggunaan ubat air picit (Enema) yang untuk paksa poo-poo tu. Lagi kesian Arissa menangis meraung-raung setiap kali nak poo-poo.

Habit setiap kali untuk poo-poo adalah dengan melaga-lagakan kaki. Kata doktor, habit ni biasa terjadi kepada kanak-kanak yang sembelit sebab dia cuba nak tahan daripada poo-poo.

Namun, saya bersyukur pada Allah. Alhamdulillah, pada umur Arissa 3 tahun, saya mula kenal Shaklee. Dan sejak tu saya bagi Arissa minum Mealshakes. Syukur pada Allah, masalah sembelit Arissa selesai berasbabkan Mealshakes. Saya pernah kongsikan kisah ini dalam entry: Shaklee Meal Shakes - Arissa's All-Time-Favourites.

TAPIII...

Trauma yang Arissa alami sejak bayi agak sukar untuk dilupakan. Walaupun masalah sembelit tidak berulang, tapi Arissa masih takut-takut untuk poo-poo. Takut sakit. Takut berdarah lagi. Trauma!!!


Sekarang ni, walupun Arissa dah berusia 5 tahun, setiap kali dia nak poo-poo, saya terpaksa gunakan pendekatan psycology pada Arissa bagi nak memujuk dia untuk poo-poo. Bikan senang yer. Bukan sehari dua nak pujuk dia. Sangat kesian! Sedih sangat saya tengok Arissa trauma macam ni.

Sedih.. Sangat sedih..

Walaupun najisnya adalah normal, tapi Arissa masih tidak ada keyakinan untuk poo-poo. Saya pantau fizikal najis Arissa. Memang ianya normal. Masalah sembelit memang tak ada lagi. Tapi trauma masih lagi menghantuinya. 

Berbanding dengan Kakngah Alina yang berjaya breastfeed sehingga umur 1 tahun setengah, hasil cukup nutrisi dengan Set Bersalin & Penyusuan Lengkap Shaklee, terlebih dahulu pandai untuk poo-poo sendiri di toilet.

Perkara yang dialami Arissa inilah yang saya sangat-sangat taknak ianya berlaku kepada bayi dan anak-anak lain.

PERHATIAN DARI ORANG SEKELILING

Kebiasaan yang berlaku bagi ibu-ibu baru untuk mendapat perhatian daripada orang sekeliling. Bukan bermaksud mereka tidak tahu. Cuma pada waktu selepas bersalin macam ni, mereka akan lebih sukar untuk membuat keputusan dan berfikir yang terbaik. Maklumlah, terlalu banyak yang berlegar difikiran.

Mana dengan nak sesuaian diri dengan status mama/ibu sekarang ni, kehadiran insan baru dalam hidup, dan sebagainya.

Jadi, bila adik saya call tanya pendapat, saya terus 'arahkan' dia makan vitamin-vitamin yang ada dalam Set Bersalin & Penyusuan Lengkap Shaklee yang memang dia dah ada pun. Masa tu cuma ESP je dia belum beli dek kononnya nak tunggu promosi. Hehe..

Haa.. Memang rezeki adik saya la, Allah dengar doa dia untuk dapat promosi ESP bulan Mac 2015 ni. ^_^

Kebetulan hari minggu. Saya ke rumah adik saya untuk melawat dan bantu apa yang perlu. Saya hulur satu demi satu vitamin yang ada dalam Set Bersalin dan Penyusuan Lengkap tu. Guide dia cara pengambilan yang betul supaya dapat kesan yang optimum. Tak lupa, saya bawakan juga ‪#‎ESP‬ yang tengah promosi ni. Murah berganda-ganda!

Syukur Alhamdulillah... 

Susu mula meriah bila badan cukup nutrisi

Adik saya bagitau yang susu dah mula nak meriah! Segalanya dengan izin Allah.

So, lepas ni boleh la penuhkan freezer tu yer! Hihi..

Setiap vitamin yang terkandung di dalam Set Bersalin dan Penyusuan Lengkap mempunyai khasiat dan fungsi-fungsi yang tersendiri dalam membantu ibu-ibu yang sedang dalam proses pemulihan selepas bersalin.

Saya juga pernah kongsikan mengenai fungsi-fungsinya di dalam entry Kebaikan Set Kehamilan, Set Bersalin / Set Berpantang, dan Set Menyusu Shaklee.


Jujur saya katakan, saya sendiri pernah melalui pengalaman pahit selepas bersalin serta fasa berpantang yang tidak seronok dan akhirnya saya jumpa penyelesaiannya bersama Set Bersalin dan Penyusuan Lengkap Shaklee ni. 

Saya pernah kongsikan kisah saya selepas bersalin di dalam entry Set Bersalin Shaklee Terbaik!

Perubahan yang sangat positif dan ketara dalam kehidupan saya bermula waktu itu. Priceless!

Islam turut menggariskan panduan tentang susu ibu di dalam Al-Quran. Jemput baca perkongsian saya di Penyusuan Ibu Menurut Islam. Semoga dengan ini semakin bertambah ilmu dan manfaat kepada ramai orang di luar sana.

Jika anda berminat untuk dapatkan Set Bersalin & Penyusuan Lengkap Shaklee untuk diri anda atau yang tersayang, boleh la hubungi saya yer. Tawaran terhebat termasuk konsultasi PERCUMA menanti anda! ^_^


*****************************
PROMOSI MAC 2015!!
*****************************
ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP) 
BUY 6 FREE 1 
(SAVE ALMOST RM300!!!)

* FREE MEMBERSHIP *
* FREE 1 CANISTER OF ESP *
* MEMBER'S PRICE *
* CASH BONUS *

OR
ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)
BUY 2 GET 5% DISCOUNT*
Promosi sah sehingga 28 Mac 2015 sahaja.
Cepat-cepat dapatkannya!!

SHAKLEE IS ALWAYS SAFE, WORKS, & GREEN!
SHAKLEE SENTIASA SELAMAT, BERKESAN, & SEMULAJADI!

Ingin mendapat susu yang lebih pekat dengan ESP?
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan sebagai pendapatan sampingan?

FREE CONSULTATION,
AFFORDABLE PRICE,
&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE

BY SHAKLEE CERTIFIED HEALTH CONSULTANT!


Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

No comments :

Post a Comment