8 MAKANAN PERLU DIELAK IBU HB RENDAH

Seringkali kita dengar ibu hamil yang ada masalah low HB / HB rendah / anemia kan?

Ada juga yang mengadu dah makan macam-macam yang orang kata dapat bantu untuk tingkatkan kadar hemoglobin (HB) dalam darah tapi tetap tak naik naik!

Dulu pun Kak Aff pernah share mengenai BAHAYA LOW HB KEPADA IBU HAMIL. Dalam perkongsian tu juga Kak Aff share senarai jenis makanan yang membantu ibu hamil untuk menaikkan tahap / paras HB

Sebenarnya, dalam pada ibu hamil berusaha untuk tingkatkan HB, terdapat 8 makanan yang perlu dielak ibu hamil yang ada masalah HB rendah / low HB.


Tak nak lah dah usaha beria-ia makan itu ini tapi dalam masa yang sama si ibu sabotaj usaha dalam menaikkan paras HB tu kan? Sia-sia je nanti. Kak Aff panjangkan perkongsian Dr. Jumeah tentang makanan yang perlu dielak oleh ibu yang ada masalah HB rendah / low HB.

Jadi, apa makanan yang perlu dielak dari diambil oleh ibu hamil yang ada masalah HB rendah ni?


8 MAKANAN PERLU DIELAK IBU HB RENDAH

  1. Makanan yang banyak bahan pengawet, pewarna, dan perasa tiruan
  2. Makanan berproses seperti makanan dalam tin, minuman berkabonat, dan daging di proses seperti sosej, nugget.
  3. Makanan ringan atau makanan segera yang kurang khasiatnya seperti kentang goreng, burger, kerepek, keropok, dan sebagainya.
  4. Makanan yang mempunyai rasa masam.
  5. Air osmosis terbalik (RO) yang tidak mengandungi mineral. Ia dikatakan akan mengganggu hemeotasis darah.
  6. Hydrogenated Vegetable Oil (HVO) dan minyak gorengan yang digunakan berulang-ulang kali. Ia akan memberatkan lagi keadaan anemia (low HB) akibat gangguan edaran darah dan oksigen yang rendah.
  7. Makanan yang mengganggu penghadaman seperti mencampurkan susu & buah, mencampurkan 2 jenis protein yang berbeza seperti daging dan ikan.
  8. Makanan yang terlalu pahit seperti hempedu bumi, seruntun, peria dan tunjuk langit. Ia perlu dihindari kerana ia boleh melemahkan badan.

Selain daripada itu, beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan diambil bersama supplement Zat Besi.


6 JENIS MAKANAN PERLU ELAK DIAMBIL BERSAMA SUPPLEMENT ZAT BESI (IRON)

  1. Teh
  2. Kopi
  3. Kalsium
  4. Produk tenusu termasuk susu, yogurt, cheese
  5. Antasid (melegakan gastritis) 
  6. Bijirin penuh

Bijirin penuh marupakan sumber yang baik untuk zat besi,
tetapi ia juga mengandungi asid phytic yang boleh mengganggu 
penyerapan zat besi daripada makanan / supplements lain.



Ini bukan bermakna ibu hamil tak boleh ambil 6 jenis makanan ni. Cumanya ia perlu dijarakkan sekurang-kurangnya 2 jam daripada pengambilan makanan yang tinggi kandungan zat besi atau supplement zat besi itu sendiri.

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua ibu hamil yang sedang runsing dengan masalah HB rendah. Anda boleh SHARE perkongsian Kak Aff ni jika anda rasa ianya bermanfaat untuk anda. Jika bukan anda pun, mungkin untuk isteri, kakak, adik, atau sahabat dan kenalan anda.


Anda ada sebarang kemusykilan?

Hubungi KAK AFF,

Your Certified Shaklee Mini Nutritionist:-



FREE CONSULTATION,

AFFORDABLE PRICE, 

&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!

Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

No comments :

Post a Comment