5 Makanan Tingkatkan Imunisasi Anak-Anak

Ramai orang sekarang berusaha mencari pelbagai suplemen untuk meningkatkan sistem daya tahan (kekebalan) badan. Suplemen hanyalah MAKANAN TAMBAHAN yang berfungsi bagi menampung lompong-lompong nutrisi yang tak dapat diperolehi dari makanan yang kita makan setiap hari.


Kenapa kita kena ada sistem imun yang kuat? Penting ke?

Sistem kekebalan tubuh atau sistem imun ini berfungsi melindungi tubuh dari ancaman pelbagai penyakit berjangkit dan tidak berjangkit.


Perasan tak? 

Kita selalu dengar dan lihat ada anak-anak yang sihat dan ada anak-anak yang mudah sakit walaupun berada dalam taska dan tadika yang sama. Pengalaman yang sama untuk anak-anak Kak Aff sendiri.

PENGALAMAN MEMBESARKAN ANAK 5


Arissa, Alina, Ammar, Anas, sejak berumur 2 bulan lagi Kak Aff terpaksa hantar ke taska. Ya. Kekangan kerja. Jauh pulak tu. Hanya Anis yang Kak Aff jaga sendiri di rumah asbab rezeki dapat bekerja dari rumah je sekarang. Anas pun homeschooling je buat masa ni.

Ikut pengalaman Kak Aff sendiri dalam membesarkan anak 5 ni, waktu Kak Aff tak cakna bab nutrisi (sebelum 2013), memang selalu sangat anak-anak tak sihat. Arissa seawal 4 bulan dah kena makan ubat, dengan problem sembelit nya lagi. Alina pun selalu sangat jumpa paedatrician, mentang-mentang lah office cover semua expenses medical. Ammar pun belum umur setahun dah masuk ward (bukan sekali) sebab bronchitis, dan sebagainya.




Sepanjang 2013 Kak Aff mendalami ilmu nutrisi dan perkembangan kanak-kanak. Of course sampai ke hari ni pun passion Kak Aff masih lagi menggali ilmu-ilmu ni sebab Kak Aff selagi boleh nak elakkan anak-anak makan ubat berasaskan drugs. Bukan menolak terus. Tapi sebolehnya elakkan dahulu!

Jom Tingkatkan Imun Badan Anak-Anak!

Perkongsian kali ni, Kak Aff nak share tentang 5 makanan yang boleh bantu tingkatkan imun sistem anak-anak.

Berikut antara cadangan Dr Zubaidi Hj Ahmad mengenai beberapa jenis sayur-sayuran yang bermanfaat untuk meningkat daya tahan anak-anak kita.

1. BROKOLI



Ia mengandungi serat dan antioksidan yang tinggi. Selain itu mengandungi vitamin A, C, dan E. Cara terbaik ketika menyediakan brokoli adalah dengan membersihkan brokoli kemudian di stim bersama nasi dalam periuk yang sama.

2. BAYAM

Bayam tanam sendiri kat rumah. Fresh. Bebas racun serangga.

Kandungan antioksidan sayur ini juga tinggi. Cara penyediaannya sama seperti brokoli. Jangan terlalu lama ditumis. Stimkan sayur ini bagi mengekalkan nutrisinya.

3. BAWANG PUTIH


Ia mengandungi sebatian allicin yang bersifat antibakteria dan antivirus. Jadi ia bagus dicampurkan sedikit pada makanan anak-anak kita. Biasakan mereka dengan bawang putih.

4. KUNYIT


Ia mengandungi sebatian cucurmin yang bersifat antiradang. Tambahkan lebih kunyit dalam masakan kita agar ia dapat juga dinikmati oleh anak-anak.

5. BETIK


Betik adalah buah tempatan yang sangat bermanfaat kerana mengandungi sebatian papain, yang berfungsi sebagai antikeradangan. Ia juga mengandungi vitamin B, potasium, dan asid folat. Tahap vitamin C dalam sebiji buah betik sangat tinggi.

PERANAN IBU BAPA

Banyak lagi buah-buahan dan sayur-sayuran yang sangat bermanfaat. Jom latih anak kita dari kecil untuk mengambilnya dalam makanan dalam masa yang sama, jangan lupa untuk tambah supplements semulajadi (makanan tambahan) Shaklee untuk tampung lompong-lompong nutrisi (nutrition gap).


Inilah vitamins dan supplements yang Arissa, Alina, Ammar, dan Anas amalkan. Alhamdulillah, mereka sangat jarang jatuh sakit. Demam tu ada tapi cepat sembuh. Tak melarat.

Hasilnya?

Rekod kehadiran sekolah untuk Arissa & Alina pun sangat baik sepanjang tahun. Ammar pula, Kak Aff sendiri dah lupa bila terakhir kalinya dia kena asthma. Hampir tiada? Ya. Kalau dah start batuk kedengaran tu memang Kak Aff up dose pengambilan supplemen untuk Ammar dan anak-anak lain juga. 

Anas? 

Sepanjang 2017 Kak Aff hantar Anas ke kindy. Nak bagi exposure dan berkawan. Selalu Kak Aff dengar anak-anak lain di kindy yang sakit, malah selalu sangat keluar masuk hospital. Alhamdulillah sangat-sangat sistem imun badan Anas kuat untuk elak dari terkena jangkitan.


Biarlah anak-anak makan supplemen semulajadi ni daripada bergantung dengan ubat yang berasaskan dadah (drugs).


Jom tengok FUNGSI SETIAP VITAMINS untuk anak-anak ni:




Kak Aff hanya share dari hati, dari pengalaman sebagai mama anak 5 dibantu dengan ilmu-ilmu nutrisi yang Allah pinjamkan pada Kak Aff.

Sebarang persoalan tentang nutrisi anak-anak mengikut tahap kesihatan mereka boleh WhasApp Kak Aff di 012-2207966 ya.

Affni Shahida @ Kak Aff


Anda ada sebarang kemusykilan berkenaan kesihatan anak-anak?

Hubungi KAK AFF,

Your Certified Shaklee Mini Nutritionist:-

FREE CONSULTATION,
AFFORDABLE PRICE, 
&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!



Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

No comments :

Post a Comment