3 Amalan Gaya Hidup Sihat

Amalan Gaya Hidup Sihat

Cuba kita tengok semula, adakah sekarang ini kita mengamalkan

GAYA HIDUP SIHAT?

Macam mana kita nak tau ya? Macam mana kita nak pastikan kita sedang amalkan amalan gaya hidup sihat? InshaAllah hari ni saya nak kongsikan tips mudah untuk pastikan kita hidup dengan amalan gaya hidup sihat. 

Ada 3 KUNCI UTAMA amalan gaya hidup sihat.


1. EAT HEALTHY (PEMAKANAN SEIMBANG)

Kalau kita perhatikan lifestyle kebanyakan orang sekarang ni, masing-masing sibuk dengan urusan yang tak pernah habis. Pergi kerja, balik kerja, urusan anak-anak sekolah, semuanya berulang-ulang. Bagi mereka yang duduk kat bandaraya besar lagi la rasa tak cukup masa dengan jalan sesak, orang ramai, seolah marathon yang tak sudah sudah setiap hari.

Atas faktor ni juga ramai yang ambil jalan mudah dengan hanya membeli diluar makanan untuk diri sendiri dan keluarga. Fastfoods, restoren, gerai, semuanya jadi 'dapur' orang sibuk sekarang ni.

Tapi anda tau tak? Sebenarnya makanan sihat bermula dari rumah dan tak susah pun nak sediakan. Biasanya dalam circle of friends saya biasa saya kongsikan.

Apa yang penting, kita 'tukar dapur' kita kepada yang lebih baik. Sebolehnya kita dapatkan bahan mentah yang organik tak kira lah sama ada sayur, buah, mahupun ayam. Ini salah satu usaha kita untuk elak pengambilan terlalu banyak bahan mentah GMO, yang mana ia telah diubah secara genetik.

"Bahan mentah organik ni kan mahal? 

Kenapa kena belanja yang mahal kalau kita boleh pilih yang lebih murah?"

Kalau sayur dan buah, kebanyakannya adalah isu GMO. Tapi untuk ayam, lebih baik untuk kita dapatkan ayam organik. 

Ayam organik BEBAS ANTIBIOTIK, anti-parasit & bahan ubat dalam pemakanan haiwan.

Bayangkan...

Bayangkan jika lebih banyak kuantiti antibiotik bersumber ayam ini kita makan, makin lama memang merencat kesihatan usus kita. Lebih-lebih lagi mempengaruhi bakteria yang membiak di usus manusia. Kita perlukan bakteria baik di usus kita dan bukan sebaliknya.

Makanan ayam organik BUKAN dari sumber Genetically Modified Organisms (GMO).

Makanan ayam jenis dedak (bersumberkan jagung atau soya) merupakan sumber makanan ayam yang murah akan lebih menguntungkan penjual. Tetapi, makanan ayam yang ada GMO ini boleh mengakibatkan keradangan. Penternakan ayam organik tidak menggunakan makanan ayam sebegini.

Ayam organik tidak menggunakan bahan merangsang pertumbuhan atau pengeluaran seperti hormon. Ayam jenis ini TIDAK DIBERIKAN HORMON pertumbuhan yang menjadi toksin kepada badan manusia. Bahkan proses pertumbuhan ayam yang berganda lebih cepat daripada fitrah mempengaruhi kualiti ayam yang terhasil.

Kalau anda pentingkan kesihatan perut dan usus serta fikirkan kebaikan jangka masa panjang, boleh usahakan untuk pilih ayam yang selamat dan berkualiti untuk dimakan.

Kesannya mungkin kita tak nampak sekarang tapi genetik yang akan kita pass down kepada anak cucu keturunan kita boleh jadi bermasalah.

Pastikan kita makan makanan seimbang seperti konsep suku suku separuh.


2. EXERCISE REGULARLY (KERAP BERSENAM)

Bersenam secara berkala sekurang-kurangnya 3 kali seminggu sangat disarankan untuk semua. Cuma saya nak pesan, pilih senaman yang sesuai dengan diri kita. Jangan ikut trend, jangan ikut ikutan orang lain. Keperluan senaman setiap daripada kita tak sama.

Kalau anda seorang penghidap SLIPPED DISC (suami saya slipped disc survivor), elakkan senaman yang perlukan anda melompat, yang boleh memberikan tekanan pada tulang belakang termasuk berlari. Elakkan sukan yang ada physical contact seperti bola sepak, rugbi. Senaman untuk mereka yang slipped disc lebih kepada teknik fisitoterapi yang sesuai. Kalau anda nak bersukan, berenang yang paling sesuai. Sukan seperti badminton, pingpong, tenis juga boleh.

Itu contoh yang saya boleh kongsikan. Apa yang saya nak highlight adalah untuk kita pilih senaman dan sukan yang sesuai untuk diri kita sendiri.

"Saya sibuk lah. Mana ada masa nak bersenam!"

"Saya kerja dari Subuh sampai malam. Macam mana saya nak bersenam?"

Biasa tak, kita dengar orang cakap macam ni? Itulah masalah kebanyakan daripada kita zaman sekarang ni. Tak ada ruang dan waktu untuk bersenam.

Apa kata kita usaha yang terbaik untuk diri sendiri. Boleh?

Saya cadangkan untuk anda parking kereta jauh daripada pejabat. Dengan cara ni anda akan dapat lebih langkah. Jalan dengan cepat, bukan lenggang ya. Bila dah sampai di pejabat, kalau anda perlu naik ke tingkat 7, cuba untuk naik lift hingga ke tingkat 4 dan selebihnya anda naik tangga. InshaAllah ia bantu untuk bakar kalori disamping menguatkan otot dan jantung.

Oh ya, anda juga boleh melakukan senaman yang boleh dilakukan setempat tanpa memerlukan ruang yang besar seperti HIIT training, skipping. Cuma untuk orang yang berbadan besar, obese dan overweight dinasihatkan untuk tidak melakukan skipping ya. Ia akan memburukkan kesihatan tulang belakang dan lutut anda.

Kita nak sihat kan?

Kita usaha sama-sama ya 😊


3. SUPPLEMENT WISELY (AMBIL MAKANAN TAMBAHAN)

Kalau kita tengok keadaan semasa, agak sukar untuk kita dapatkan sayur dan buah yang bukan GMO. Kebanyakan yang kita jumpa di pasar, pasaraya, rata-ratanya semua GMO (kecuali dinyatakan ia bukan GMO). Tak bagus sebenarnya kalau kita ambil terlalu banyak sayur buah jenis ini. Ia boleh membawa mudarat di masa akan datang.

Di sini lah peranan SUPPLEMENTS dalam amalan gaya hidup sihat.

Kita sememenangnya tetap akan makan real food, walaupun kita sedar ia adalah GMO (sebab dah tak ada pilihan), jadi kita perlukan vitamins dan supplements bagi melengkapkan keperluan nutrisi setiap hari.

TOP UP bukan REPLACE

TAMBAH bukan GANTI


Keperluan supplements setiap orang adalah berbeza mengikut tahap kesihatan masing-masing, juga gaya hidup semasa. Saya selalunya akan tanya pada customers untuk ceritakan latarbelakang kesihatan masing-masing supaya saya dapat beri konsultasi terbaik bagi setiap individu.

Kesimpulannya, inilah juga yang diterapkan dalam Shaklee. Kita bukan semata-mata makan vitamins & supplements. Apa yang penting adalah untuk kita amalkan gaya hidup sihat macam yang saya cerita tadi. Sebab tu lah untuk family, kawan-kawan, customers yang datang pada saya, bukanlah segalanya. Saya akan pastikan mereka semua dapat konsultasi yang betul berdasarkan lifestyle yang sekarang, pemakanan, dan kadang-kadang saya share juga tips untuk atasi stress. Ia berkait tau.

Betul. Amal gaya hidup sihat bantu atasi stress juga.

Nak jadi sebahagian daripada my Shaklee family?

Jom mulakan kesihatan yang baik dengan Shaklee hari ini!
Sertai komuniti sihat Shaklee bersama saya.








Affni Shahida
Shaklee Master Coordinator
Certified Product Trainer
Ingin dapatkan supplement semulajadi yang selamat, halal, dan terbukti berkesan?

Ingin jana pendapatan 4-5 angka setiap bulan dari rumah?

Hubungi untuk:-
KONSULTASI PERCUMA,
HARGA PRODUK TERBAIK DAN
PELUANG BISNES BERSAMA SHAKLEE!

CONTACT : CALL (012-2207966)
Click to WHATSAPP
FACEBOOK : Affni Shahida
INSTAGRAM : affni.shahida

Your Certified Shaklee Mini Nutritionist:-
FREE CONSULTATION,
AFFORDABLE PRICE, 
&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!

#blogmegashaklee #shakleetriumph2023 #shakleethrive2023 


Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

1 comment :