JERAGAT. Juga dikenali sebagai PIGMENTATIONS. Sering terjadi kepada mereka yang berumur 35 tahun ke atas. Nak tahu PETUA HILANGKAN JERAGAT dengan berkesan?
APA ITU JERAGAT?
Jeragat ialah tompok-tompok kecil yang memenuhi bahagian muka. Kebiasaan yang kita lihat ia lebih cenderung untuk berada di pipi. Namun, jeragat juga boleh terjadi di dahi, hidung, dan kawasan sekitar mulut.
Tompok jeragat selalunya berwarna lebih gelap dari warna kulit asal dan ini menyebabkan tona kulit akan kelihatan tidak sekata. Bagi mereka yang berkulit cerah, kebiasaannya tompok jeragat akan berwarna coklat manakala mereka yang berkulit gelap pula akan mendapat tompok yang lebih kehitaman.
Saiz jeragat yang kecil ini akan kelama-lamaan membesar kemudiannya bercantum dengan jeragat yang lain dan akhirnya memenuhi setiap ruang di wajah anda. Ini menyebabkan wajah anda kelihatan tidak menarik dan gelap jika tidak diatasi dari sekarang.
PUNCA JERAGAT
SINARAN UV
Sinaran UV ada 2. UVA & UVB. Ia selalu ditemukan melalui pancaran matahari, cahaya lampu, bluray dari gadget, dan pada beberapa jenis laser.
PENCEMARAN
Pencemaran udara & cahaya dari alam sekitar meningkatkan radikal bebas pada kulit dan badan. Pencemaran juga mengakibatkan microbiome kulit menjadi tidak stabil dengan cara menganggu pertahanan kulit. Kesannya, kita akan perasan terdapat bintik-bintik hitam pada kulit wajah.
KETURUNAN
Pigmentasi kulit seorang wanita boleh diwarisi oleh anak. Namun, tidak perlu bimbang kerana kita masih boleh mengawal melalui langkah-langkah pencegahan daripada awal & juga rawatan yang bersesuaian.
PRODUK KECANTIKAN BERBAHAYA
Pernah dengar tentang produk timbang kilo? Ramai founder keluar dengan produk kecantikan yang diragui status keselamatannya.
Bahan kandungan yang berbahaya mengakibatkan lapisan perlindungan kulit terhakis. Sinaran UV terus meresap ke lapisan epidermis lebih cepat dari biasa. Akhirnya, pembentukan melanin atau jeragat pun terhasil.
STRESS
Jangan main-main dengan stress. Stress boleh menyebabkan perubahan hormon. Hormon yang tidak stabil mengakibatkan terjadinya jeragat.
5 PETUA HILANGKAN JERAGAT
1. Lindungi Kulit Dari Sinar UVA & UVB
Petua hilangkan jeragat yang pertama adalah, kita fokus kepada pencegahan. Sebelum jeragat pada kulit muka kita merebak dengan lebih meluas, kita perlu hindari daripada jeragat baru muncul dengan cara memberi perlindungan dari sinar UVA & UVB
Moisturizer SPF 50 Youth Skincare mengandungi Broad Spectrum Sunscreen. Apa yang dikatakan, Broad Spectrum Sunscreen?
Ada 2 jenis sinar UV yg boleh rosakkan kulit kita iaitu:
➡️ UVA : menyebabkan penuaan yang mendatangkan kedutan & age spot
➡️ UVB : membakar kulit & menyebabkan kulit gelap
Kalau muka kita terdedah kepada UVA & UVB secara keterlaluan, untuk kesan jangka panjang ia boleh menyebabkan kanser kulit.
Hanya Sunblock/Sunscreen dengan ciri-ciri Broad Spectrum sahaja yang boleh memelihara kulit muka kita daripada 2 UVA & UVB ni.
2. Jaga Kebersihan Kulit
Kebersihan kulit sangat perlu dititikberatkan setiap hari. Ini merupakan petua hilangkan jeragar dengan berkesan. Walaupun kita hanya berada di dalam rumah (contohnya suri rumah), penjagaan kebersihan kulit sama pentingnya dengan mereka yang perlu keluar dan bekerja di pejabat.
Percaya tak?
Saya sendiri yang bekerja dari rumah perlu membersihkan / mencuci muka sama rutinnya dengan mereka yang bekerja di luar. Kotoran yang kita dapat lihat apabila kita cuci muka sangat jelas kelihatan.
Alhamdulillah saya memang guna Shaklee Youth Gel Oil Cleanser yang natural dan sangat selamat digunakan. Ia tidak merengsakan kulit malah melembut dan melembapkan kulit. Sangat sesuai untuk semua jenis kulit.
Untuk membersihkan dengan lebih mendalam, saya guna Shaklee Perfecting Toner. Toner kegemaran saya yang akan lebih memastikan kulit saya bersih setiap hari. Ia berkesan untuk exfoliate muka kita secara lembut.
3. Rawatan kulit
Jom kita tengok petua hilangkan jeragat berkesan yang ke-3. Tadi kita dah cegah jeragat daripada berleluasa lagi. Sekarang kita fokus untuk rawat jeragat sedia ada. Saya percaya, ramai di antara kita tahu yang VITAMIN C dan VITAMIN E sangat sinonim dengan kecantikan. Biasanya apa yang kita tahu, vitamin C dan vitamin E kita perlu ambil dari pemakanan dan supplements kan?
Nak tahu tak?
Shaklee Youth skincare ada RADIANCE C+E yang mempunyai kepekatan yang tinggi, berkesan dalam membantu menghilangkan jeragat dengan penggunaan yang konsisten.
4. Pemakanan Seimbang
Haa percaya tak? Petua hilangkan jeragat dengan berkesan melibatkan juga faktor pemakanan seimbang. Kelompongan nutrisi harian membuatkan badan kita tidak dapat menghasilkan sel-sel baru yang sihat dan cantik.
Faktor kecukupan air yang diminum juga perlu dititikberatkan. Kekurangan air dalam badan / dihidrasi akan membuatkan badan kita kering seterusnya kulit akan kelihatan kusam san berjeragat. Jerawat pun boleh muncul tau!
Pastikan kita amalkan pemakanan sihat dan seimbang setiap hari ok!
5. Vitamins, Supplemen & Antioksidan
Petua hilangkan jeragat dengan berkesan yang ke-5 adalah dengan memenuhi kelompongan nutrisi yang tak dapat ditampung oleh pemakanan seimbang setiap hari.
Kita sendiri sedar dan dapat lihat macam mana lifestyle ramai orang pada zaman sekarang ni kan? Berapa ramai je yang boleh disiplin dengan pengambilan makanan yang seimbang dan segar setiap hari? Ramai yang kata sibuk sebagai alasan mereka memilih fastfoods.
Di sinilah vitamins, supplemen, dan antioksidan membantu mereka yang ada masalah jeragat untuk hilangkan jeragat dengan berkesan dalam waktu yang lebih singkat.
"Oh! Boleh hilangkan jeragat dengan cepat ke?"
Laju aje kan kalau kita kata boleh hilangkan jeragat dengan cepat, berkesan, selamat. Semestinya lah kan? ^_^
Saya kongsikan vitamins dan supplements apa yang kita kena ambil kalau nak hilangkan jeragat dengan cepat dan berkesan.
VIVIX
Kandungan polifenolnya membantu melindungi sel badan kita daripada kerosakan. Mengikut kajian, ia boleh menghalang kerosakan sel sehingga 95% perlindungan.
Membantu untuk mengekalkan kesihatan sel kulit dan mencegah daripada sel yang rosak. Keupayaannya dalam repair sel-sel yang rosak hingga ke tahap DNA mampu memberikan sel kulit yang lebih sihat dan baru. Kesan jeragat akan semakin pudar dan hilang.
COLLAGEN PLUS POWDER
Khasiat kolagen sering dikaitkan dengan kecantikan dan awet muda. Selain daripada mengurangkan, memudarkan jeragat dan pigmentasi pada kulit, ia juga sangat baik untuk:
• Mengurangkan liang pori-pori (pori terbuka)
• Memudarkan kedutan dan garis halus
• Melembapkan kulit
• Menjadikan kulit anjal, lembut dan tegang
• Meningkatkan kelicinan kulit
Saya gabungkan Vivix dan Collagen Plus Powder setiap pagi sebagai usaha saya untuk memastikan kulit muka saya bebas daripada jeragat dan pigmentasi. Maklumlah, umur dah masuk 40-an ni kena lebih waspada!
GLA COMPLEX
GLA Complex mengandungi asid lemak Omega 6 yang diperlukan dalam badan kita bagi membentuk prostaglandin – sejenis bahan yang membantu menyeimbangkan hormon.
Menurut 1 kajian, Omega 6 sangat memberi kesan baik kepada kesihatan kulit dengan mengurangkan kesan sunburn. Secara tak langsung, rintangan kepada sinaran matahari dapat ditingkatkan dengan khasiat Omega 6. Jeragat akan dihalang untuk terus membentuk pada permukaan kulit.
ESP
ESP adalah sumber protein daripada kacang soya. Ia dari sumber tumbuhan yang semestinya bebas lemak dan kolesterol, kaya dengan asid amino perlu yang diperlukan badan kita.
PROTEIN sangat penting bagi memastikan penghasilan sel-sel baru untuk menggantikan sel yang telah mati. Begitu juga sel kulit kita. Sel baru akan menggantikan sel kulit yang mati jika kita ada cukup pengambilan protein.
ESP boleh memberi sumber protein yang diperlukan itu supaya sel kulit jeragat digantikan dengan sel kulit baru yang lebih sihat.
SUSTAINED RELEASE VITA C
Vitamin C Shaklee memiliki khasiat untuk mencerahkan dan membuatkan tona sekata pada kulit. Kesan jeragat menjadi kurang ketara dan pudar.
Vitamin C bertindak dalam membantu penghasilan kolagen pada kulit. Sel kulit yang kaya dengan kolagen akan membuatkan kulit kita jadi lembap, lembut dan anjal. Ia adalah gabungan yang diperlukan selepas kulit mulai pulih daripada jeragat.
Rasanya saya dah kongsikan secara menyeluruh tentang 5 petua hilangkan jeragat berkesan dan cepat.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan