6 TIPS TRAVEL ke luar negara — terutamanya untuk yang pertama kali travel di musim sejuk. Tips no 5 paling penting sekali! ⛄
Saya kongsikan tips berdasarkan pengalaman sendiri — pertama kali travel ke negara bermusim sejuk hujung tahun lalu, iaitu Switzerland (bersama Shaklee)! Bila tahu layak ke Switzerland, macam-macam saya fikir — pertama kali jejak luar negara di musim sejuk, nak naik gunung bersalji. Antara yang paling saya risaukan: pakaian. Saya ni jenis tak tahan sejuk — dalam aircond pun kadang menggigil, macam mana nak hadap suhu bawah paras beku? 🥶
Saya share sedikit sebanyak persediaan saya. Check it out!
❄️ 6 TIPS TRAVEL KALI PERTAMA KE LUAR NEGARA DI MUSIM SEJUK
1️⃣ Kenal pasti lokasi / keberadaan kawan & keluarga
Andai kata terpisah tempat duduk waktu travel, kenal pasti & ambil tahu kedudukan keluarga & kawan. Tapi biasanya jarang terpisah kalau check-in dalam group.
2️⃣ Bawa wang yang mencukupi
Walaupun nak guna kad kredit, sediakan sedikit cash di tangan — mana tahu bila-bila perlu. Contohnya waktu ke Switzerland, Shaklee bagi cash allowance 200 CHF ≈ RM1000, jadi saya tak perlu tukar duit lain. Swiss Franc agak sukar dapat walaupun di money changer besar — kena order awal. Kalau nak tukar, tukarlah lebih awal dari tarikh travel!
3️⃣ Simpan salinan dokumen peribadi
Buat salinan dokumen peribadi — terutamanya passport — dan serahkan kepada ahli keluarga/kawan yang pergi bersama. Boleh simpan softcopy ataupun yang dah print.
4️⃣ Kenal pasti suhu di setiap tempat yang bakal dikunjungi
Biasanya kita berada di sana sekitar seminggu/8–9 hari. Setiap hari lokasi berbeza — daerah berbeza, negeri berbeza, malah boleh rentas negara (contohnya di Europe).
Study dulu anggaran suhu waktu nak pergi — kategori semata sejuk atau bawah paras beku? Kemungkinan angin kencang/ribut, terutamanya di kawasan pergunungan & salji? 🌨️
⭐ 5. Sediakan pakaian yang mencukupi — PALING PENTING!
Persediaan pakaian & kelengkapan musim sejuk perlu lebih teliti — kita dari negara panas/lembap, lainlah kelazimannya. Lama saya study, buat bacaan & tanya orang berpengalaman. Winter coat je dah bermacam jenis — nampak sama/cantik, tapi yang paling penting praktikal & selesa. Ambil kira aktiviti di setiap destinasi — pakaian tentukan sama ada kita enjoy atau nak cepat-cepat balik! 😅
Ini ketika naik Mt. Titlis — Cuba tengok perbezaan pakaian kami! ⬆️
Bila tahu akan bermain salji di Mt. Titlis (suhu bawah paras beku, -10°C ke bawah), kami cari winter coat jenis duck feather & waterproof. Design pun kena sesuai aktiviti — main salji mesti kalis air supaya tak basah & kesejukan. Saya (winter coat pink) pilih yang panjang supaya bila duduk atas salji, baju & seluar tak basah. Kalau seluar waterproof, coat pendek pun ok (macam Kak Kam, kiri). Jangan lupa kasut kalis air — saya guna kasut hiking (boleh guna balik di Malaysia, tak suka under-utilize barang! 😆)
Di Switzerland ada 2 tempat tinggi: Mt. Titlis & Jungfrau (Top of Europe) — aktiviti berbeza, jadi saya sediakan winter coat berbeza. Untuk Jungfrau, ini yang saya pakai — jom tengok video! 👇
Berapa lapis saya pakai untuk hadap kesejukan Jungfrau, Top of Europe? 🥶
Wajib pakai mafla di Jungfrau — angin kuat macam ribut! Kalau tak pakai, macam kena tampar pipi. 😂
Masa dinner dengan CEO & Owner Shaklee Corporation, Mr. Roger Barnett di Olympic Museum — tema baju tradisional. Suhu 8–14°C, saya pakai 3 lapis: longjohn + baju kurung + standby winter coat. Jenis longjohn pun main peranan untuk tahap kepanasan yang kita nak! 🧕
6️⃣ Enjoyyyy! 🎉
Be at the present moment! Ini yang ramai orang hilang nikmat sekarang — asyik nak ambil gambar, update IG/FB/TT, sampai lupa nak enjoy the moment. Tapi of course lah gambar & video kena ambil juga buat kenangan! 😊
Cukup 6 tips travel pertama kali di musim sejuk bersalji? Nak lagi cerita tentang Switzerland & tips travel lain? Jemput baca tips travel bagi mereka yang suka melancong! Check it out juga di entry seterusnya — klik follow blog mamacilik.com di sidebar →
Psstt.. Kalau anda pengguna Shaklee, saya sangat galakkan berdaftar sebagai ahli sah — rugi kalau terlepas kelebihan ahli, termasuklah travel ke luar negara secara percuma! Mana tahu rezeki anda sama seperti saya — dulunya hanya pengguna, kemudian jatuh cinta dengan produk Shaklee. 😊 Pastikan beli & daftar dengan Pengedar Shaklee yang sah ya.
Anda boleh walk-in ke mana-mana cawangan Shaklee sah dan daftar di bawah ID saya:
Shaklee ID: 907196
(Affni Shahida binti Jamaludin)
Belum jadi ahli? Buat self-registration & order direct dengan HQ — dapat diskaun 25% terus:
👉 https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=907196
Sebarang persoalan produk / peluang bisnes, boleh WhatsApp saya. Jom mulakan kesihatan baik dengan Shaklee hari ini! 💚
Affni Shahida
Shaklee Master Coordinator
Certified Product Trainer
Ingin dapatkan suplemen semulajadi yang selamat, halal & terbukti berkesan?
Atau ingin jana pendapatan 4–5 angka sebulan dari rumah?
Hubungi untuk:
KONSULTASI PERCUMA
HARGA PRODUK TERBAIK
PELUANG BISNES BERSAMA SHAKLEE
CALL / WHATSAPP: 012-2207966
Facebook: Affni Shahida
Instagram: @affni.shahida
Your Certified Shaklee Mini Nutritionist
FREE CONSULTATION · AFFORDABLE PRICE
& BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!
#shakleenilai #shakleenilaiimpian
#blogmegashaklee #shakleetriumph2023 #shakleethrive2023 #tipstravel
Ulasan
Catat Ulasan