Percutian Shaklee Percuma Ke Switzerland - Day 1

Percutian Shaklee percuma ke Switzerland

Tak pernah terbayang untuk dapat percutian secara percuma seumur hidup ni. Siapa sangka bermula hanya sebagai pengguna Shaklee, kini setiap tahun enjoy dengan percutian percuma bersama Shaklee. Hari ni saya nak kongsikan pengalaman PERCUTIAN SHAKLEE PERCUMA KE SWITZERLAND pada musim luruh yang lalu.

Sebelum berangkat ke Switzerland, kami berkumpul di KLIA. Kami dibahagikan kepada 3 kumpulan penerbangan dan kami menaiki Turkish Airlines dan akan transit di Turkiye.

Percutian Shaklee percuma ke Switzerland
Cabin Size Bag & Meal Allowance daripada Shaklee

Seronoknya percutian Shaklee ni, selain daripada ianya percuma, Shaklee bagi kami cabin size luggage yang harganya lingkungan RM800 (selepas diskaun bila tengok harga online). Shaklee bagi juga meal allowance tau. Kalau ikutkan, sepanjang percutian Shaklee ni, Shaklee memang provide makan. Cuma ada waktu tertentu contohnya waktu Shaklee lepaskan kami untuk shopping, free & easy, waktu ni lah kami akan gunakan meal allowance ni.

Percutian Shaklee percuma ke Switzerland

Percutian Shaklee kali ni, kami dapat CHF200 bersamaan hampir RM1000 (nilai pertukaran waktu tu) setiap seorang. Walaupun ni allocation untuk meal allowance, kebiasaannya kami gunakan duit ni untuk shopping. Shaklee provide makanan yang sangat banyak dan mewah. Most of the time kami sentiasa kenyang in between waktu makan tu. Lagipun bila dah shopping, makan pun tak ingat kan? 😁


Percutian Shaklee percuma ke Switzerland
Transit beberapa jam di Turkiye sebelum meneruskan perjalanan ke Zurich

Checkpoint #1: Zurich City Tour

Sampai je kami ke Switzerland melalui Zurich Airport, kami terus dibawa tour di sekitar Zurich City.


Percutian Shaklee percuma ke Switzerland
Alhamdulillah, akhirnya jejakkan kaki di Switzerland

Percutian Shaklee percuma ke Switzerland
Excited fikirkan ekspedisi bersama Shaklee kali ni di negara yang terkenal dengan kos yang tinggi

Percutian Shaklee percuma ke Switzerland
Kami dibawa ke Singapore Restaurant untuk lunch. Kalau ikutkan perut masih kenyang lagi. Percutian Shaklee ni memang biasanya dimewahkan dengan makanan. Tak sempat lapar, Shaklee dah bagi makan lagi.

yang sangat memahami dan selalu support perjalanan bisnes ni.
Bersama mereka yang ada bersama saya sejak dari awal penglibatan dalam Shaklee. Terima kasih my upline mentor , Master Maria & Master Firdaus yang sangat memahami dan selalu support perjalanan bisnes ni. Tak lupa my 'partner in crime' & buddy di kebanyakan percutian Shaklee setiap tahu, Master To Be Kam Haryatie


Checkpoint #2: Lake Lucern Boat 

Selesai makan tengahari di Singapore Restaurant, kami di bawa ke Lake Lucern untuk menaiki boat. Boat ni akan bawa kami menuju ke hotel tempat kami menginap dalam percutian Shaklee kali ni.

Percutian Shaklee

Cuaca waktu naik boat ni agak sejuk. Nampak macam tenang je kan? Tapi sebenarnya angin agak kuat. Kalau pegang selfie stick untuk ambil gambar tu kena hati-hati takut tercampak je dalam Lake Lucern tu. Hihi...


Percutian Shaklee Mewah


Checkpoint #3: Furnicular

Perjalanan ke Burgenstock hotel sebenarnya boleh juga melalui darat dengan menaiki bas. Tapi seperti biasa, percutian Shaklee sentiasa ada wow factor yang lain dari yang lain. Shaklee sentiasa berikan kami layanan dan pengalaman yang extra, yang kalau kita nak travel sendiri, kita akan berkira-kira tentang kosnya.


Percutian Shaklee

Turun saja kami dari boat di Kehrsiten-Burgenstock, kami naik pula fanicular. Fanicular ni lebih kurang macam keretapi yang naik ke Bukit Bendera tu. Pemandangan dari sini sangat cantik! Subhanallah. Dari sini kita boleh nampak Lake Lucern dan pemandangan Switzerland yang super indah. MasyaAllah.

Percutian Shaklee

Waktu kami naik fanicular ni, kami duduk sekali dengan tourist guide yang Shaklee hire untuk bawa kami sepanjang percutian Shaklee ni. Dia cerita, dah banyak kali dia bawa banyak group ke Switzerland ni, inilah kali pertama dia duduk di Burgenstock Hotel & Resort, hotel yang Shaklee tempatkan kami. Alhamdulillah rezeki dengan Shaklee, dapat duduk kat hotel bertaraf 7 bintang ni.


Cerita dia lagi, hampir tak ada bas pun yang naik ke hotel ni (hotel terletak di atas bukit). Biasanya kereta-kereta mewah je yang masuk ke perkarangan hotel. Ini lah kali pertama dia stay di Burgenstock Hotel. Wahhh.. Memang mewah lah percutian Shaklee. Untung dan berbaloi sangat bila terkenangkan usaha sepanjang setahun untuk qualify this trip.

Checkpoint #4: Burgenstock Hotel - Atas Awan 

Finally! Sampai pun ke Burgenstock Hotel & Resort.

Percutian Shaklee

Excited sangat kami bila sampai hotel. Dah terbayang katil yang empuk nak rehat. Tapi percaya tak? Memang kami tak rehat sangat pun sebab lagi excited nak explore dan jalan-jalan.

Jom check in bilik hotel mewah di Burgenstock Palace Hotel!


Maunya tak excited bila masuk je dalam bilik, mewahnya bilik hotel ni. Ada beranda yang menghadap ke ladang orang Switzerland ni. Sangat cantikkkk ok!

Dengar bunyi loceng tu kan? Itu loceng yang diorang gantung pada lembu-lembu.
Cuba tengok video ni sampai habis. Ada insiden berlaku last tu 😂


Percutian Shaklee Switzerland
Jom lah kita rehat-rehat kejap. Prepare untuk Welcome Dinner pulak. Yeay!

Checkpoint #5: Welcome Dinner

Actually kan, waktu nak pergi Shaklee Welcome Dinner ni, kami dah ngantuk sangat dah. Jetlag!

Tapi ruginya kalau skip dinner ni. So kami gagahkan jugak lah untuk join dinner. 


Welcome Dinner Percutian Shaklee
Nampak tak mata dah kena paksa bukak tu. Kahkah!

Percutian Shaklee
Jom tengok apa menu untuk Shaklee Incentive Trip Welcome Dinner ni

Percutian Shaklee
Poached Canadian Lobster

Percutian Shaklee
Wild Mushroom Soup

Percutian Shaklee
Swiss Veal Fillet Roasted with Lemon & Thyme

Main dish ni kami masing-masing pilih yang mana nak makan. So saya pilih Swiss Veal Fillet.

Percutian Shaklee

Dalam pada mengantuk tu, makan tetap makan. Alhamdulillah makanan yang Shaklee sediakan memang terbaik dan yang paling penting, bab halal ni Shaklee dah tolong fikir dan arrange. Best sangat bila travel dengan Shaklee ni.

Selesai Welcome Dinner untuk Shaklee Incentive Trip Shaklee ni, kami pun balik ke bilik untuk rehat dan tidur. Semestinya aktiviti pada hari ke 2 lebih menarik dan tak sabar nak explore more! 😍

Good night! 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Setakat ni, rasa seronok tak PERCUTIAN SHAKLEE PERCUMA bertaraf 5 bintang ni?

Semestinya ia adalah percutian mewah Shaklee yang beri pengalaman berbeza berbanding percutian sendiri.

Kalau anda merupakan seorang pengguna Shaklee, saya sangat galakkan anda untuk berdaftar sebagai ahli Shaklee yang sah. Rugi sangat kalau anda sebagai pengguna tapi anda terlepas peluang untuk dapat kelebihan sebagai ahli Shaklee. Salah satunya adalah peluang untuk anda dapat CASH REBATE melalui pembelian anda sendiri.

Jemput baca: Cash Rebate Punca Dapat Makan Shaklee Percuma!

Mana tahu rezeki anda di Shaklee sama seperti saya yang dulunya hanya bermula sebagai pengguna yang kemudiannya jatuh cinta dengan produk Shaklee. Dapat pula percutian Shaklee percuma dan mewah ke luar negara setiap tahun.

Anda boleh terus walk-in di mana-mana branch Shaklee yang sah dan mendaftar sebagai ahli Shaklee di bawah ID saya, untuk menyertai team kami.

Shaklee ID: 907196 (Affni Shahida binti Jamaludin)

Jangan risau, sebarang persoalan berkenaan produk mahupun peluang bisnes Shaklee, boleh hubungi saya di WHATSAPP .

Kalau anda belum jadi ahli Shaklee, dan nak buat self-registration & order direct dengan HQ, boleh isikan pra-pendaftaran di link ni terlebih dahulu. Anda akan terus dapat diskaun 25% sebagai ahli ketika membuat pembelian:

https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=907196

Jom mulakan kesihatan yang baik dengan Shaklee hari ini!
Sertai komuniti sihat Shaklee bersama saya.








Affni Shahida
Shaklee Master Coordinator
Certified Product Trainer
Ingin dapatkan supplement semulajadi yang selamat, halal, dan terbukti berkesan?

Ingin jana pendapatan 4-5 angka setiap bulan dari rumah?

Hubungi untuk:-
KONSULTASI PERCUMA,
HARGA PRODUK TERBAIK DAN
PELUANG BISNES BERSAMA SHAKLEE!

CONTACT : CALL (012-2207966)
Click to WHATSAPP
FACEBOOK : Affni Shahida
INSTAGRAM : affni.shahida

Your Certified Shaklee Mini Nutritionist:-
FREE CONSULTATION,
AFFORDABLE PRICE, 
&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!

#shakleenilai #shakleenilaiimpian
#blogmegashaklee #shakleetriumph2023 #shakleethrive2023 


Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

No comments :

Post a Comment