Tak pernah terbayang untuk dapat percutian secara percuma seumur hidup ni. Siapa sangka bermula hanya sebagai pengguna Shaklee, kini setiap tahun enjoy dengan percutian percuma bersama Shaklee. Hari ni saya nak kongsikan pengalaman PERCUTIAN SHAKLEE PERCUMA KE SWITZERLAND pada musim luruh yang lalu.
Sebelum berangkat ke Switzerland, kami berkumpul di KLIA. Kami dibahagikan kepada 3 kumpulan penerbangan dan kami menaiki Turkish Airlines dan akan transit di Turkiye.
Seronoknya percutian Shaklee ni, selain daripada ianya percuma, Shaklee bagi kami cabin size luggage yang harganya lingkungan RM800 (selepas diskaun bila tengok harga online). Shaklee bagi juga meal allowance tau. Kalau ikutkan, sepanjang percutian Shaklee ni, Shaklee memang provide makan. Cuma ada waktu tertentu contohnya waktu Shaklee lepaskan kami untuk shopping, free & easy, waktu ni lah kami akan gunakan meal allowance ni.
Percutian Shaklee kali ni, kami dapat CHF200 bersamaan hampir RM1000 (nilai pertukaran waktu tu) setiap seorang. Walaupun ni allocation untuk meal allowance, kebiasaannya kami gunakan duit ni untuk shopping. Shaklee provide makanan yang sangat banyak dan mewah. Most of the time kami sentiasa kenyang in between waktu makan tu. Lagipun bila dah shopping, makan pun tak ingat kan? 😁
Checkpoint #1: Zurich City Tour
Sampai je kami ke Switzerland melalui Zurich Airport, kami terus dibawa tour di sekitar Zurich City.




