Tak Pernah Menjual Hatta Sebatang Pen, Kini Pendapatan 5 Angka Sebulan Tercapai!

Assalamualaikum w.b.t,


Syukurrr... Semalam adalah hari bonus bagi Shaklee. Masing-masing senyum meleret bila dapat bonus tiap-tiap tengah bulan. Syukur alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk mengecapi nikmat dunia yang sementara ini. Nikmat dunia inilah akan digunakan untuk saham akhirat nanti, insyaAllah...

Mac 2014 yang baru berlalu merupakan closing Shaklee yang paling indah buat saya setakat ini. Mac 2014 juga menunjukkan bahawa telah 12 bulan saya menjadi ahli keluarga Shaklee di bawah empayar Jutawan ni.

Setahun yang lalu, saya bermula dengan hanya makan sendiri sahaja. Alhamdulillah, dapat merasa bonus 2-3 angka sebulan. Hanya untuk suka-suka. Langsung tidak serius!

Saya mula serius berbisnes Shaklee ni sejak bulan Jun 2013. Ketika itu saya sudah mula merasakan 'kemanisan' bisnes ini. Pendapatan saya dengan Shaklee semakin meningkat saban bulan. Banyak ilmu dan pengalaman yang saya perolehi sepanjang waktu itu.

September 2013 memulakan titik tolak yang lebih kuat kepada diri saya apabila saya berjaya lompat terus ke rank kedua di dalam Shaklee iaitu Senior Supervisor! Sejak dari itu, memang saya tak toleh belakang dah. Saya yakin dengan izin Allah, saya akan berjaya di dalam bisnes ini. Saya pernah menceritakan tentang kenaikan rank Senior Supervisor ini DISINI.

1) TOTAL MONTHLY GROUP SALES ALMOST RM200,000


Group sales di bawah empayar MamaCilik pada bulan Mac 2014 juga telah meningkat dengan drastik berbanding bulan sebelumnya. Sales bulan Mac 2014 hampir mencecah RM200,000! Kini saya sedar, semakin ramai yang menyedari kepentingan supplemen untuk kesihatan diri dan keluarga mereka.


Ini menunjukkan semakin ramai yang berpuas hati dengan kesan positif dari pengambilan vitamin keluaran Shaklee.

Kini saya rasa semakin mudah untuk menjual produk yang telah  mempunyai kajian klinikal dan terbukti berkesan. Apa yang penting, saya dan keluarga sudah menggunakannya, dan yakin dengan kebaikan produk-produk Shaklee. 

Tahniah kepada semua ahli-ahli dalam group MamaCilik Shinning Stars di bawah naungan Maria Firdaus' Millionaire in Shaklee (MFMS) yang berjaya dalam perniagaan mereka. Untuk pengetahuan anda, ahli-ahli group kami semakin berkembang di seluruh Malaysia!



2) 5-FIGURES CASH BONUS




Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, buat pertama kalinya, saya menerima bonus 5 angka dari Shaklee untuk ganjaran sales sepanjang bulan Mac 2014 yang lalu.

Sungguh saya tak sangka. Bonus 5 angka telah dikreditkan ke akaun bank saya. Ianya suatu perkara yang saya sendiri rasa mustahil untuk dikecapi setahun yang lalu. Bila ditanya apa perasaan saya setelah berjaya mendapat 5 angka sebulan dengan bisnes Shaklee, saya sendiri tidak dapat menggambarkannya. Hanya ucapan syukur yang terucap. Speechless! Apa yang pasti, segalanya tidak mustahil.

Bila difikirkan jika saya hanya bergantung kepada pekerjaan makan gaji semata-mata, 10 tahun lagi pun belum tentu rasanya saya akan dapat sebanyak ini setiap bulan. Bayangkan, saya dah bekerja di dalam industri teknologi GIS selama lebih kurang 8 tahun. Masih belum terbayang lagi bila saya akan dapat merasa gaji 5 angka ni.

Tapi kini, sejak serius berbisnes Shaklee, alhamdulillah, syukur saya dapat merasa pendapatan 5 angka ni walaupun masih secara sambilan. Syukur atas nikmat yang Allah berikan. More to come InsyaAllah.

Langsung bukan niat saya untuk menunjuk-nunjuk kepada pembaca semua. Apa yang saya ingin sampaikan di sini adalah kegembiraan saya disamping ingin membuka mata anda semua tentang ianya bukan sesuatu yang mustahil untuk dicapai dengan bisnes Shaklee.

Sebenarnya, jika kita buat bisnes dengan cara yang betul, dengan tunjuk ajar daripada mentor yang betul dan telah berjaya, insyaAllah semua orang boleh berjaya. Dah banyak sangat 'Success Stories' dari mereka yang dah berjaya dalam group kami. Sebab itulah saya yakin dan tanamkan dalam diri yang saya juga mampu jadi seperti mereka.

Namun, semua ni tidak datang sekelip mata yer. Ia perlukan doa, usaha, pengorbanan dan jiwa yang kental agar tidak mudah berputus asa menghadapi segala cabaran. Bisnes Shaklee bukan skim cepat kaya. Semua orang yang telah berjaya pun bermula dengan 2 angka, 3 angka, dan seterusnya. Mac 2014 yang baru berlalu ini juga telah membuktikan ada di antara kami yang telah berjaya menjadi JUTAWAN dengan bonus 7 angka sebulan! Subahanallah...

InsyaAllah, saya akan berusaha dan sangat yakin yang bonus 6-angka akan dapat saya kecapi satu hari nanti. Mudah-mudahan ia akan dicapai dalam tempoh 1 tahun dari sekarang. Tolong doakan saya ya. Impian saya adalah untuk menjadi jutawan yang bertaqwa. Amin.  ^_^

Dengan izin Allah, tiada apa yang mustahil. Berdoalah dan mintalah petunjuk daripada Allah walau dalam apa keadaan sekalipun. Allah berkuasa mengabulkannya segalanya. Ia mungkin dari arah yang kita tak pernah sangka-sangka!!

3) NEW RANK AS COORDINATOR (3RD RANK)


Alhamdulillah, dengan peningkatan yang sangat drastik pada Mac yang lalu, saya berjaya menaiki satu lagi tangga rank di dalam Shaklee iaitu Coordinator. Ia merupakan rank ketiga daripada 7 rank di dalam Shaklee. 

5 bulan berada di rank Senior Supervisor memang terasa sangat lama. Namun, jika kita terus berdoa dan berusaha, insyaAllah kejayaan akan menjadi milik kita. Apa yang penting, jangan sesekali kita berhenti!

Kini, ada 4 langkah lagi untuk menuju rank tertinggi di dalam Shaklee iaitu MASTER COORDINATOR. Semoga Allah permudahkan segala urusan untuk mencapainya.

4) BANGKIT SETELAH TERSUNGKUR


Sepanjang perjalanan bisnes Shaklee ni, banyak yang saya tempuhi. Pernah suatu ketika dulu saya jatuh tersungkur apabila 'anak' Shaklee saya, MommyShahab yang menjadi distributor Shaklee lewat sebulan daripada saya, berjaya naik ke rank Supervisor terlebih dahulu. Pada masa itu saya masih lagi Distributor biasa. Memang saya jatuh tersungkur waktu itu.

Bulan berikutnya iaitu pada September 2013 saya cuba bangkit. Namun apabila sampai ke penghujung bulan saya hampir tersungkur semula. Saya hampir menyerah. Namun, 'mummy' Shaklee saya dan keluarga Shaklee saya banyak memberikan dorongan dan kata-kata semangat untuk saya terus berjuang.



Alhamdulillah, pada september yang lalu saya berjaya terus lompat ke rank Senior Supervisor! Syukur Ya Allah... 

Apa yang penting di sini adalah, dalam apa pun yang kita lakukan, jangan pernah ada erti putus asa. Kita tidak tahu mungkin apa yang kita impikan hanya sikit sahaja lagi menanti untuk dikecapi. 

Apa agaknya akan terjadi jika saya berhenti tika saya tersungkur buat kali kedua itu? Adakah saya seperti gambar di atas? Ingatlah, KEEP MOVING & KEEP ON IMPROVING UNTIL SUCCESS!

5) TERBANG SAMA TINGGI


Kini MamaCilik & MommyShahab dah boleh terbang sama tinggi di dalam Shaklee. Kami akan terus terbang dengan lebih tinggi sehingga ke puncak Master Coordinator!




MommyShahab inilah salah seorang rakan lumba saya di dalam Shaklee. Beliau jugalah rakan sekerja saya, rakan baik saya. Boleh kata, kerja semeja, makan sepinggan, kebanyakan aktiviti kami lakukan bersama.

Tolong doakan kami untuk lebih berjaya dan dapat mencapai apa yang kami impikan. ^_^

6) NEW RANK ACHIEVERS & NEW LEADERS BORN IN OUR GROUP


Tahniah saya ucapkan kepada new rank achievers dan new leaders yang lahir pada March 2014! Inilah di antara MamaCilik Shinning Star Leaders yang berada di dalam group kami.



Kini semakin ramai ahli-ahli dalam group kami yang berjaya menggenggam bonus 4-angka. Yang dapat 3 angka tak payah cakaplah. Memang ramai.

Mereka semua datang dari pelbagai latar belakang. Ada surirumah, guru, pensyarah, programmer, doktor, pegawai perubatan, pakar nutrisi, pelajar, engineer, dan macam-macam lagi. Ada juga yang sudah pun berhenti kerja untuk menjadi Working-At-Home-Mum (WAHM) dan focus sepenuhnya dalam bisnes Shaklee.

Saya tak pernah memaksa mereka, dan tiada siapa juga pernah memaksa saya menjalankan bisnes ini. Semuanya dilakukan dengan kerelaan dan kecekalan hati, demi mencapai cita-cita dan impian masing-masing.

Man Jadda Wajada. Jejaki dan ikut jalan kejayaan orang-orang yang sudah berjaya, InsyaAllah, kita juga akan berjaya seperti mereka. 

Semoga kejayaan akan terus kekal bersama kita semua. Keep up the excellent work & effort!

Semoga para pembaca blog ini juga berjaya dalam kehidupan masing-masing, di dunia dan akhirat. Amin...


Wassalam.

BONUS!!!

Hayati kisah benar kejayaan seorang Engineer Terpaksa Berhenti Kerja Selepas 6 bulan menjalankan Online Busines. Ikuti rahsia bagaimana beliau menghasilkan jualan RM1 Juta dalam tempoh 9 bulan At 'Zero Cost Marketing' selepas mengikuti Seminar Dr. Azizan Osman.

Kisah ini telah mendapat sambutan 15,000 orang pembaca. Cepat download sementara ia masih PERCUMA!!!!! Sila klik image ebook di bawah.




Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan secara sampingan 
atau dengan hanya duduk di rumah?
Ingin sertai 'rumah' kami yang sangat happening dan penuh dengan aura positif? 

FREE CONSULTATION 
&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!



Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

2 comments :