Ikan Haruan & Zinc Complex Apakah Persamaannya?

Assalamualaikum,

Kebelakangan ni ramai pula yang baru bersalin dikalangan kenalan saya. Salah seorang daripadanya adalah my BFF, Zara. Baru-baru ni saya sempat pergi ziarah Zara and their new born little qaliph. Ni merupakan anak pertama Zara & Safwan and it's a BOY! So boleh la jadi kawan Ammar Firdaus nanti! Hehe..



Masa pergi ziarah di Prince Court tu kami sembang-sembang lah mengenai berpantang. Zara tanya saya, masa saya berpantang dulu, banyak tak makan ikan haruan? Zara sangat risau sebab dia terpaksa bersalin secara ceasarian. Bila ceasarian dah tentu lukanya lebih besar kan? Saya kata, saya makan 2-3 kali je menu ikan haruan. Saya lebih gemar belut sebab kurang tulang. Hehe.. Khasiatnya pun sama jer. Selebihnya saya hanya makan tablet Zinc Complex Shaklee untuk proses penyembuhan luka yang cepat. Lebih simple dan sah-sah dah kuantiti zinc yang diperlukan mencukupi.

Ikan Haruan

Tahukah anda, kenapa ikan haruan terkenal sebagai makanan bagi para ibu selepas bersalin dan mereka yang baru menjalani prosedur pembedahan? Sememangnya untuk menyembuhkan luka selepas bersalin atau pembedahan. Sebenarnya, ikan haruan dan belut mempunyai khasiat zinc yang tinggi!

Ia dibuktikan dengan kajian yang telah dijalankan oleh Prof. Saringat Baie dari USM and Prof. Abdul Manan Mat Jais dari UPM tentang khasiat dan kebaikan ikan haruan.

Berdasarkan kajian tersebut, ikan haruan mengandungi:
  1. sumber protein yang baik iaitu sebanyak 60-70%
  2. lemak yang rendah iaitu 20% daripada beratnya
  3. sejumlah besar vitamin A yang membantu menambah daya penglihatan, melembapkan kulit dan bertindak sebagai anti oksidan yang melambatkan proses penuaan
  4. asid arakidonik yang tinggi yang membantu memulakan proses darah menjadi beku dan bertanggungjawab untuk pertumbuhan semula sel baru
  5. asid amino dan lemak yang dapat menyembuhkan luka dalam perut serta amat baik untuk mengubati penyakit gastrik
  6. glisin (merangkumi asid aspartik dan glutamik) yang merupakan satu daripada komponen penting kolagen dalam kulit manusia akan membentuk molekul protein yang penting untuk pertumbuhan semula dan penyembuhan

Zinc Complex Shaklee


Sepanjang saya berpantang anak kedua dan ketiga, Zinc Complex Shaklee ini lah yang membantu saya dalam proses penyembuhan luka selepas bersalin. Ini kerana zinc merupakan mineral yang perlu ada dalam setiap sel tubuh kita.  Ia merangsang tindakan bagi 100 enzim iaitu bahan-bahan yang menggalakkan reaksi-reaksi biokimia dalam tubuh kita. 

Saya jadikan Zinc Complex Shaklee ni sebagai pengganti pati ikan haruan. Khasiatnya lebih kurang sama terutama dari aspek penyembuhan. Tapi bagi saya, ia lebih mudah, simple dan senang ditelan. Sebab itulah juga Zinc Complex merupakan salah satu item di dalam set bersalin Shaklee.

Nak dijadikan cerita, sampaikan kenalan yang datang ke rumah confuse dengan saya. Betul ke Affni ni tengah pantang? Ligat je tengok! Hehe.. Yer.. memang la ligat. Basuh baju, sidai, lipat baju, masak, siapkan anak-anak nak sekolah.. Macam-macam lah lagi.. Tu semua dengan izin Allah selepas makan Set Bersalin Shaklee. Memang badan lebih bertenaga dan kurang stress. Inilah juga asbab bagaimana saya mula jatuh cinta dengan vitamin-vitamin Shaklee. Saya rasai sendiri kesannya. Alhamdulillah..

Oklah, sekian dulu entry untuk kali ini.

Terima kasih kerana sudi membaca...

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?

FREE CONSULTATION 
&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!



Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

No comments :

Post a comment