Memaparkan catatan dengan label garlic. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label garlic. Papar semua catatan

BAHAYA TEKANAN DARAH RENDAH WAKTU HAMIL!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Allah beri kesihatan yang semakin membaik.

Pengalaman mengandung dengan tekanan darah yang rendah sangatlah mencabar! Lagi-lagi masa bulan puasa ni kan? Support daripada segala aspek memang sangat diperlukan. Support macam mana? Semestinya rahmat Allah, sokongan suami disisi, rakan sekerja yang memahami, sahabat-sahabat nutritionist dalam Shaklee yang banyak memberikan panduan, and of course supplement Shaklee yang banyak membantu saya.


Bila kita alami sendiri, belajar, kaji, bertanya, membaca, cari segala info berkaitan sesuatu masalah kesihatan, yang mana dalam keadaan sekarang ni adalah masalah tekanan darah rendah sewaktu mengandung, saya rasa sangat kagum. Amaze dengan relation setiap apa yang berlaku.

Walaupun saya merupakan lulusan teknologi, yang selalu berhadapan dengan komputer, mesin, logik, dan sebagainya, ilmu dalam nutrisi dan kesihatan merupakan sesuatu yang sangat menarik untuk dibincangkan dan dipelajari.

MINGGU PERTAMA BERPUASA


Cellulitis Boleh Bawa Maut Jika Lambat Dirawat!

Assalamualaikum...

Semalam, sampai je saya di rumah lepas balik kerja, babah bercerita....

Babah kata, dia pergi KPJ sebab dah 2 hari demam. Babah ni kebiasaannya kalau demam memanglah puncanya satu tu je. Iaitu CELLULITIS!

Saya tengok kaki babah. Hmm.. Bengkak dan merah!

Kaki yang dijangkiti membengkak dan merah.

Jom kita tengok dulu. Apa Cellulitis tu?

KENALI CELLULITIS

Cellulitis ni adalah jangkitan bakteria pada kulit. Kebiasaannya jangkitan tu akan kena pada bahagian epidermis kulit je.


Tapi, boleh jadi juga jangkitan tu merebak ke bahagian kulit yang lebih dalam atau hingga ke tulang! Jangan sampai ke tahap ni lah yer. Dari sekarang kita kenali punca dan cegah!

Madu Dan Kayu Manis Mujarab!

Assalamualaikum w.b.t,

Apa khabar sahabat-sahabat pembaca di luar sana? Saya harap kita sama-sama berada di bawah lindungan Allah s.w.t.

Saya rasa agak lama juga saya tidak menulis di sini. Maaf dari pihak mamacilik.com.

Hari ini saya nak kongsikan sedikit tips kepada anda semua. Tips yang saya cari-cari yang telah menjadi penawar kepada mama (MIL) saya untuk batuk yang berpanjangan dengan agak lama.

Saya mendapat artikel di bawah ini daripada seorang sahabat di dalam group whatsapp beberapa bulan yang lalu. Saya cuba berikan kepada mama sebagai salah satu usaha.

Jom kita ikuti penerangannya.

SIFAT MADU

Madu merupakan satu-satunya makanan atas muka bumi yang tidak akan basi mahupun rosak. Apa yang terjadi hanyalah ianya ''bertukar jadi gula''. 


50 Peratus Hidap Darah Tinggi Menjelang 2025



Assalamualaikum & selamat pagi semua,

Ini adalah keratan akhbar bertarikh 9 September 2013 yang lalu…



Apakah tindakan kita selepas membaca artikel ini?
  1. Ingin menyumbang kepada peratusan ini supaya lebih tinggi, ATAU
  2. Ingin menyumbang kepada peratusan ini supaya menjadi lebih rendah serendah-rendahnya?

Esok Hari Raya!

Assalamualaikum w.b.t

Esok dah 1 Syawal... Masih ada yang bekerja.. Ada juga yang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman.. Namun, walau di mana pun anda berada, saya percaya sekarang ni ramai yang sedang bertungkus lumus memasak dan menyediakan juadah untuk hari raya esok. Apa yang anda masak? Kongsilah bersama-sama.. hehe..

Bagi saya dan keluarga, rendang daging campur Negeri Sembilan, ketupat, dan lemang sudah menjadi kemestian setiap kali menjelangnya Aidilfitri. Selain daripada itu kali ini saya juga ada masak daging masak hitam resepi asli Sarawak dan masak lodeh Johor. Biras saya pulak menyediakan ketupat palas resepi Utara. Jadi boleh dikatakan juadah Aidilfitri kami tahun ini memang 1 Malaysia! Hehehe..


Aktiviti Hari Minggu Menjelang Aidilfitri 2013


Assalamualaikum...

Ini cerita semalam... Pulang ke Nilai meluangkan masa bersama Mama, Abah, dan adik-adik..

Petang...

Alina buat konsert! First time jumpa microfon.. hehe.. Tengok la gayanya.. Terhibur semua ahli keluarga.. Mulut tak boleh diam.. Kalau tak menyanyi, mesti nak bercerita. Tapi tahu tak apa terjadi di pengakhiran? Microfon tu pecah! huhu.. Sama ada dibaling atau terjatuh.. Sorry Atuk.. Alina tak sengaja..


Kolesterol Oh Kolesterol!

Salam Ramadhan kepada pembaca semua..

Saya ada satu soalan untuk anda..

Bila kali terakhir anda buat ujian darah? Bulan lepas? Tahun lepas? Atau tidak pernah dan rasa tidak perlu?? Fikirkan semula! Byk y kita boleh kesan daripada ujian darah. Tapi di sini saya nak spesifik kepada ujian tahap kolesterol. Ramai yang tidak sedar dan tidak ambil peduli dengan tahap kolestrol mereka. Nasihat saya, pergi lah buat pemeriksaan. Kolesterol yang tinggi adalah pembunuh senyap (silent killer)! Sila rujuk entry saya yang lepas mengenai silent killer

Anda masih tidak peduli? Jangan terkejut jika tiba2 anda atau ahli keluarga anda menghidap strok atau serangan jantung. Bila ia terjadi, mungkin sudah terlambat. Kolestrol yang tinggi tidak mengenal tuan badan. Tidak kira anda gemuk/kurus/aktif bersukan/tidak aktif bersukan. Semua tidak terkecuali!

High Blood Pressure, High Cholesterol - Kill the Silent Killer!


Assalamualaikum...

Hari ni baru berkesempatan nak cerita pasal monthly health check-up Yusri minggu lepas yang merangkumi:
  1. Tekanan darah tinggi
  2. Kolesterol tinggi
  3. Asid uric tinggi

Alhamdulillah.. Syukur.. Keputusan ujian darah Yusri sangat memberangsangkan!

Garlic? Bawang Putih? Antibiotik?

Salam 1 Malaysia...

Entry kali ni tiba-tiba rasa nak cerita pasal Shaklee Garlic.

Garlic? Bawang putih? Nak buat apa makan Garlic? Kenapa nak kena pilih Shaklee?

Haa... semuanya akan terjawab bila anda habiskan baca entry ni, ok! ;)