Suami Tak Support Saya Buat Bisnes!

Assalamualaikum,

Apa khabar para pembaca setia MamaCilik.com? Semoga sentiasa sihat dan bahagia.

Saya terpanggil untuk berkongsi sesuatu harini. Sesuatu yang mungkin akan memberi manfaat kepada anda, suami/isteri anda, atau rakan-rakan sekeliling anda yang menghadapi cabaran dalam menjalankan bisnes.

Sebenarnya ramai yang datang kepada saya, ramai yang mengadu dan meminta nasihat tentang perkara ni. Tentang apa tu?

Ok. Sedar tak yang sekarang ni semakin ramai wanita-wanita, yang rata-ratanya seorang isteri, ibu kepada anak-anak kecil yang sudah mula melakukan bisnes. Tak kiralah bisnes online atau offline (ada kedai), kecil atau besar.

Ekonomi kita sekarang ni sangat mencabar kan? Sangat tidak stabil!

AFFNI BUAT BISNES? BOLEH KE?

Dulu.. Duluuuuu.... 2 tahun yang lalu (2013), saya nak buat bisnes. Semua orang buat tak tahu. Semua orang pun tak support. SEMUA ya SEMUA! Termasuklah Yusri, abah, mama, dan keluarga.

"Buat apa buat bisnes? Bisnes ni memang ada kalanya untung. 
Tapi ada masanya kita tak untung. Lebih teruk lagi rugi. 
Kerja sekarang kan dah ok. Gaji tiap-tiap bulan dah confirm masuk. Stabil."

Stabil? Stabil lah sangat!

Saya percaya, mereka mempunyai alasan yang tersendiri dan yang pasti sebab mereka sayang saya. Tapi, itulah antara kata-kata yang akan saya ingat sampai bila-bila. Kata-kata yang akan jadi burning desire untuk saya lebih maju!

Setiap bulan Allah je tahu macam mana saya 'menstabilkan' kewangan keluarga. Setiap bulan Allah je tahu macam mana saya struggle nak cukupkan semua benda. 

SUAMI TAK SUPPORT
 
Sejujurnya, awal dulu masa saya baru bertatih dalam bisnes, Yusri memang tak support saya. Apa yang saya cakap macam masuk telinga kiri keluar telinga kanan. 

Setiap hari saya cakap pada Yusri tentang bisnes saya. Tentang siapa yang saya dah bantu haritu. Tentang kegembiraan saya dapat bantu orang lebih sihat, ada yang dah mengandung setelah sekian lama, dapat bantu makcik pakcik yang sakit sendi dan sebagainya.

Tapi? Yusri tidak mengendahkannya pun. Saya seolah-olah bercakap sendiri. Cakap sorang-sorang.

Ada juga ketikanya saya cerita pada Yusri kenapa saya buat bisnes ni dan apa matlamat saya. Ya. Yusri tetap diam membisu.

Saya cakap pada Yusri, "Kalau abang tak support pun Affni buat bisnes ni, satu je Affni mintak. Tolong redha dengan apa yang sedang Affni buat. Tolong izinkan Affni buat bisnes".

Alhamdulillah... Yusri izinkan. Tapi tetap dia tetap tak ambil tahu pasal bisnes ni.
Tak apa. Yusri dah redha dan izinkan pun saya dah syukur. Saya sentiasa akan ingat pesan mentor saya, "Sebagai seorang isteri, redha Allah adalah terletak pada redha suami."

Setiap hari saya akan doa pada Allah agar Yusri terbuka hati untuk bantu saya buat bisnes. Kan Allah yang pegang hati semua manusia? Mintalah pada-Nya. 

SESI BERTEMU MENTOR

Suatu hari saya ajak Yusri pergi jumpa mentor bisnes saya, Abang Firdaus dan Kak Maria. Suprisingly, alhamdulillah Yusri setuju nak ikut. Ramai yang tak tahu, sebenarnya itulah detik dan ketikanya Allah dah buka hati Yusri untuk support saya. 

Itu pun saya dah seronok. Syukur sangat.  

Banyak yang kami pelajari daripada mereka. Apa yang mereka cakap sangat terkesan dihati kami. Kami dah tahu apa matlamat kami dalam bisnes. Bukan kerana wang ringgit semata-mata tapi lebih daripada itu. Kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan di akhirat. Semakin jelas dan nyata. Semakin bersemangat saya dibuatnya!

SETAHUN KEMUDIAN... TAHUN 2014.

Setahun berlalu. Tak semua orang tahu apa yang saya kongsikan tadi. 

Ada orang kata, "Untunglah Affni, Yusri support buat bisnes. Husband saya tak support pun saya buat bisnes."

Ya. Itulah apa yang orang nampak sekarang. Alhamdulillah... Allah dah bukakan jalan untuk kami untuk terus maju dalam jihad ekonomi bukan sahaja untuk keluarga tapi umat Islam seluruhnya. 

Pesan saya, jika ada di antara kita yang rasa suami tak support kita buat bisnes, doalah pada Allah s.w.t. Allah lah yang memegang hati setiap hambaNya. Walaupun suami belum support, mintalah izin dan redhanya dalam kita buat bisnes. Jika suami tidak izinkan, tidak redha, kita susah nak berjaya.

Mungkin saya bercakap sebagai seorang wanita dan isteri. Agak tidak adil untuk para suami. Jadi di sini saya kongsi dengan anda satu video daripada seorang lelaki, suami, dan ayah untuk anda para suami di luar sana. 

Selamat menonton!


Semoga kita sama-sama dapat meningkatkan taraf ekonomi keluarga dan umat Islam dalam jihad ekonomi kita. Saya doakan, kita sama-sama lebih maju dan berjaya, di dunia dan di akhirat. In shaa Allah..

BONUS!!!

Hayati kisah benar kejayaan seorang Engineer Terpaksa Berhenti Kerja Selepas 6 bulan menjalankan Online Busines. Ikuti rahsia bagaimana beliau menghasilkan jualan RM1 Juta dalam tempoh 9 bulan At 'Zero Cost Marketing' selepas mengikuti Seminar Dr. Azizan Osman.

Kisah ini telah mendapat sambutan 15,000 orang pembaca. Cepat download sementara ia masih PERCUMA!!!!! Sila klik image ebook di bawah.


MENCARI SESUATU UNTUK MENINGKATKAN EKONOMI KELUARGA?
Sudah bersedia dengan ekonomi yang semakin tidak menentu?

Sertai 'rumah' kami yang sangat happening dan penuh dengan aura positif!

FREE CONSULTATION,
AFFORDABLE PRICE, 
&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!


Jika anda rasa perkongsian saya ni bermanfaat kepada anda dan orang sekeliling anda, saya mohon anda klik SHARE di bawah ini. Semoga lebih ramai yang akan mendapat manfaat dan semoga Allah balas jasa baik anda.

Terima kasih.


Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

4 comments :

  1. Alhamdulilah...tahniah kak Affni.tq dear for this nice sincere sharing. Love you till Jannah.inshaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Anisah. Love you too ^_^.
      Semoga dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai orang diluar sana.
      Kita hanya berkongsi pengalaman dan mengambil ikhtibar daripadanya.

      Delete