Benarkah Bisnes Mobile Spa Satu Pelaburan Bisnes Yang Bijak?


Bisnes mobile spa dah tak asing lagi zaman sekarang ni. Tambah lagi semua orang nak duit cepat. Nak INSTANT CASH setiap hari. Tapi adakah dengan mengeluarkan modal untuk setup bisnes mobile spa satu pelaburan bisnes yang bijak?

Hari ni saya nak share dengan anda salah satu real life story seorang beautician dalam Mamacilik INcredible Dazzles (MIND), di bawah bimbingan saya. Mira, 25 tahun dulunya seorang operator pekerja kilang dan menetap di Kedah.

Di akhir perkongsian saya ni nanti anda nilaikan lah sendiri, adakah bisnes mobile spa satu pelaburan bisnes yang bijak?

Begini kisahnya...

Bekerja sebagai operator salah sebuah kilang di Kedah memberikan Mira gaji pokok sebanyak RM900 sebulan. Kalau tambah OT boleh la capai dalam RM1200-RM1500. Bekerja 12 jam sehari. Wajib!



"Ini saya ketika bergelar seorang operator pengeluaran. 

Nampak tak rak kat belakang tu? Haa.. Itulah keja saya dulu.. Ambik barang, kalau tinggi kena panjat di celah-celah rak tu. Tangga? Kongsi 10 orang tak sempat nak ambik kejar output. Siapa biasa keja kilang dia faham..

Ini kalau mak mentua nampak tak hengeen dia nak buat menantu" - Mira


Genap setahun lepas, Mac 2018, Mira buat keputusan untuk sertai Kursus Mobile Spa TWB. Modal? Gaji sebulan kerja kilang tu Mira guna sepenuhnya sebagai modal permulaan bisnes mobile spa TWB ni. Masa tu, Mira bagitahu saya,

"Kalau saya tak bertindak sekarang, sampai bila-bila pun saya akan kerja kilang dan hidup saya akan berada pada takuk tu je."

Totally semua gaji sebulan tu Mira gunakan. Memang tak ada duit makan, duit belanja, atau duit untuk komitmen lain. Sebab apa? 

"Sebab saya tahu & yakin, bisnes mobile spa ni akan bagi saya lebih dari gaji saya sebelum ni." - Mira

Memang selepas tu sangat mudah untuk Mira dapat kembali modal yang dikeluarkan.  Marketing strategy untuk dapat customer pun kami ajar dalam kursus dan support group selepas kursus.

Dalam sebulan Mira dah dapat semula modal dan selepas tu memang kutip untung je sebab produk yang diberikan bersama-sama pakej Kursus Spa TWB sangat sangat banyak! Dah 2 kali balik modal pun produk masih ada lagi.

Pakej Silver Kursus Mobile Spa TWB

Pakej Gold Kursus Mobile Spa TWB

Setahun berlalu, dalam tempoh setahun tu Mira pun dah berjaya berhenti kerja sebagai operator kilang yang memenatkan dan gaji yang tak setimpal dengan kudrat yang dikeluarkan tu. Mira fokus hanya pada bisnes mobile spa bersama team alumni TWB. Support group yang sangat happening, saling membantu satu sama lain, langsung tak bersaing sesama sendiri. Malah kami kongsi rezeki bilamana dapat job besar.

Bila ada spa party, beberapa orang beautician akan turut serta membantu beri service kepada customers. Alumni TWB sentiasa support each other!

Apa Perkembangan Bisnes Mobile Spa Mira?

Sehingga ke hari ini, saat saya menulis perkongsian ni, Mira berjaya konsisten dapat income 4 angka sebulan. Purata dalam RM1500-RM3000 bersih!

Dah lebih daripada gaji masa kerja jadi operator kerja kilang yang kena kerja 12 jam sehari tu!

Dengan purata income RM1500-RM3000 sebulan, Mira hanya perlu buat servis spa dalam 2-3 jam sahaja sehari. Jimat masa 10 jam tu!

Oh ya. Pernah dalam masa setahun tu Allah uji bilamana suami Mira berhenti kerja notis 24 jam atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Dalam bulan puasa. Nak raya lagi. Dari mana mereka nak dapat duit? Macam mana mereka boleh survive?

Ya! Income mobile spa dan skill TWB ni yang jadi penyelamat mereka sekeluarga dikala banyak duit nak guna menjelang raya. Alhamdulillah.

"Jangan risau kak, saya dah ada saving sekarang.", kata Mira pada saya satu hari bilamana saya tanya kalau dia ada budget untuk datang jumpa saya di KL / Nilai.

Mira datang ke KL & Nilai jumpa saya untuk nak tahu lagi cara untuk rebut 5 lagi penjuru income TWB

Alhamdulillah. Syukur Ya Allah. Bisnes mobile spa ni memang dah beri banyak manfaat kepada ramai wanita di luar sana. Kisah seperti Mira ni sangat banyak dalam team alumni TWB. 

Mira sekarang sedang kembangkan fokus kepada 5 lagi penjuru (daripada 6 penjuru) income dalam projek mobile spa The Walking Beauty (TWB) ni. 

6 penjuru income ni tak ada di mana mana kursus spa lain di luar sana. Peluang dana income dari 6 penjuru ni hanya terdapat dalam Kursus Spa TWB!

Benarkah Bisnes Mobile Spa Satu Pelaburan Bisnes Yang Bijak?

Berdasarkan satu kisah real life story yang saya kongsikan harini (satu kisah di antara beratus kisah), anda nilaikan sendiri. Adakah benar dan adakah anda setuju yang bisnes mobile spa satu pelaburan bisnes yang bijak?

✅Kursus Spa 5 in 1 (bukan setakat facial sahaja)
✅Skincare & Produk Spa lengkap
✅Basic Spa Tools
✅Beg Spa
✅Spa Trial Kit
✅Sijil Tamat Kursus
✅Support team yang happening
✅Peluang jana income dari 6 penjuru

Masih lagi bekerja?

Risau tak ada masa nak buat bisnes mobile spa ni?

Jangan risau, bisnes mobile spa TWB ni sangat flexible. Sangat ramai yang buat secara part time sahaja. Boleh baca diperkongsian saya yang lepas tentang PART TIME BUSINESS MOBILE SPA

Anda sendiri nilaikan. Buat istikharah dan minta petunjukNya. 


Berminat nak sertai Mira & team alumni TWB jana pendapatan lumayan?

TAWARAN MEMULAKAN PERNIAGAAN SPA TANPA KEDAI dengan MODAL SANGAT KECIL walaupun TIADA ASAS atau TIADA PENGALAMAN LANGSUNG

Hubungi: 

Puan Affni Shahida Jamaludin
TWB Mobile Spa Trainer
Pemilik dan Pengusaha Mamacilik D' Beauty Secrets
+6 012-2207966

Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

No comments :

Post a Comment