Akibat Kurang Kalsium. Pesanan Untuk Wanita!



Pernah tak terfikir, kita ni setiap hari nampak kuat, boleh buat macam-macam kerja berat dan lasak. Tapi tulang kita ni sebenarnya betul-betul kuat dan padat ke? Betul ke tulang kita ni tumpat dan padat? Minum susu ke tak setiap hari pun sebab stok susu segar tak sentiasa ada kat rumah. Berapa jumlah kalsium yang sepatutnya setiap hari? Apa agaknya akibat kurang kasium ya?


Tanda-tanda Kurang Kalsium:
1. Tangan/jari kebas
2. Kekejangan otot
3. Sakit Otot 
4. Kuku rapuh
5. Insomnia / susah tidur
6. PMS / Senggugut
7. Osteopenia / Osteoporosis

Ada tak antara simptom dan tanda-tanda kurang kalsium kat atas ni yang dialami? 

Sebenarnya hari ni saya nak share KISAH SAYA SENDIRI. Ada yang nak tahu ke?


Tapi sebelum tu saya share dulu tentang apa yang dikatakan dengan tulang kuat dan tulang yang rapuh.

TULANG KUAT vs TULANG RAPUH

Tulang kita terdiri daripada saluran darah dan sel yang amat penting kepada kesihatan keseluruhan tubuh kita. 

Sel tulang sentiasa terbina semula dan berkembang lebih kukuh atau lebih lemah bergantung kepada tahap keaktifan dan jumlah nutrien yang kita ambil setiap hari. 


TAHUKAH ANDA??

Pada usia 30 tahun tulang kita mula mengalami kekurangan ketumpatan tulang.

Kalau kita tak jaga kesihatan tulang dari awal, ia boleh membawa kepada masalah OSTEOPOROSIS!



Osteoporosis adalah keadaan di mana tulang kita tak padat tumpat. Ia cenderung untuk retak atau patah pada bila-bila masa dalam aktiviti kehidupan kita sehari-hari. Jom kita zoom in. Boleh tengok contoh seperti dalam gambar kat bawah ni.



Tapi, dalam kehidupan tiap hari, macam mana kita nak tahu tulang kita ni padat ke rompos/rapuh? Bukannya kita boleh nampak kan?


So, saya secara peribadi saya faham dan tahu macam mana pemakanan harian saya dan keluarga. Saya tahu cukup ke tidak nutrisi yang diperlukan badan setiap hari. Kalau cakap pasal kalsium, sah sah pengambilan kalsium harian saya TAK CUKUP kalau semata-mata bergantung kepada pemakanan.

Bukan setiap hari susu segar ada dalam peti ais rumah saya. Bukan setiap hari saya dapat makan 6 mangkuk brokoli, atau berkilo-kilo kekacang, dan sebagainya. Sebab tu saya sendiri ambil Ostematrix sebagai salah satu sumber kalsium untuk top up kekurangan. Contohnya, kalau saya ada minum 2 gelas susu pada hari tersebut, saya kurangkan lah 2 biji Ostematrix untuk hari tersebut sebab

1 biji Ostematrix = kalsium dalam segelas susu

Penting untuk kita tahu cara pemakanan dan pengambilan supplements dengan betul. Biasanya mereka yang order vitamins & supplements dari saya, akan saya guide & educate untuk cara pengambilan yang betul berdasarkan lifestyle masing-masing.

Kalau diikutkan, saya dah makan Ostematrix ni sejak tahun 2012 lagi. Itulah pertama kali saya ambil Ostematrix.

Betul ke Ostematrix ni ok sebagai salah satu sumber kalsium kita setiap hari?

Pernah tak anda dengar tentang kalau terlebih kalsium nanti boleh jadi batu karang?

Ha! Takut kan?

Saya pernah share tentang betul ke KALSIUM PENYEBAB BATU KARANG?

Kalsium boleh menyebabkan batu karang jika ianya tidak diserap dengan baik oleh badan kita. Ostematrix mengandungi bukan sekadar kalsium. Kalsium dalam Ostematrix dibantu oleh vitamin & minerals lain seperti vitamin D, magnesium, boron, untuk penyerapan yang optimum!

Macam mana kita nak tahu dan buktikan yang dengan pengambilan Ostematrix, kepadatan dan ketumpatan tulang kita akan bertambah baik dan kuat?

BUKTI PENINGKATAN KEPADATAN TULANG SELEPAS MENGAMALKAN OSTEMATRIX


Cuba tengok panduan bacaan T-Score untuk kepadatan/ketumpatan tulang:
Normal              =    - 1 ke atas
Osteopenia       =    Antara - 1 ke - 2.5
Osteoporosis   =    - 2.5 ke bawah

Itu salah satu contoh bukti yang pihak Shaklee keluarkan untuk buktikan pada umumkan? Yang mana kita tak tahu siapa punya keputusan kepadatan tulang. Boleh jadi ada di antara anda yang skeptikal dengan keputusan tu. 


Tapi hari ni saya nak share dengan semua keputusan ujian kepadatan tulang saya sendiri secara peribadi.

BUKTI PERIBADI PENURUNAN KEPADATAN TULANG APABILA TIDAK MENGAMALKAN OSTEMATRIX SECARA KONSISTEN

Setakat hari ini, saya dah jalani ujian ketumpatan tulang ni sebanyak 4 kali iaitu pada:

1. 27 Februari 2018 - Masih menyusu baby Anis dan konsisten makan Ostematrix


First time buat bone check ni masa masih menyusukan baby Anis (anak ke 5).  Walau sejak anak ke 2 lagi saya dah makan Ostematrix ni tapi inilah pertama kali nak buat ujian ketumpatan tulAlhamdulillah ketumpatan tulang saya normal dengan pemakanan yang seimbang dan konsisten pengambilan Ostematrix setiap hari. T-Score 0.17 bagi ibu menyusu. Boleh la. acceptable.

Tau je lah kan, bila kita menyusu baby ni, kalsium kita pun disalurkan kepada baby melalui susu ibu. So kalau tak cukup pengambilan kalsium setiap hari, sah sah kalsium dari tulang kita (si ibu) yang akan 'ditarik' dan diberi kepada baby tu. Macam tu jugak sejak mengandungkan baby.

Saya pernah share tentang kepentingan kalsium untuk wanita tak kira usia.

2. 16 Disember 2018 - Dah tak menyusu baby Anis tapi konsisten makan Ostematrix


Ujian ketumapatan tulang kali kedua ni saya dah tak menyusukan baby Anis. Tapi saya konsisten teruskan pengambilan Ostematrix sebab saya tahu saya tak cukup minum susu setiap hari.

Boleh tengok kan keputusan ujian ketumpatan tulang saya sangat baik, malah lebih baik dari waktu masih dalam tempoh menyusukan baby.

Kalau dulu, saya makan Ostematrix dan share khasiat kalsium dan minerals lainnya dengan baby Anis melalui susu ibu, tapi sewaktu ujian ni, saya hanya makan kalsium untuk diri sendiri. Sebab tu tulang saya lebih padat.

Nampak tak kepentingan kalsium yang cukup semasa menyusu baby?

3. 18 Julai 2019 - Dah mula skip makan Ostematrix (tak konsisten) dalam 2-3 bulan


Dah nampak akibatnya bila tak konsisten amalkan Ostematrix kan? Huhu..

Sejujurnya saya betul-betul insaf!

Saya ingat lagi waktu check tu, Shaklee nutritionist pelik dan tanya saya apa yang berlaku? Kenapa result bone density test saya HAMPIR OSTEOPENIA?!!

Gila!

Saya pun ceritalah. Sebenarnya macam ni...

"Di samping saya sendiri cuba buktikan keberkesanan Ostematrix ke atas diri saya (padahal Shaklee dah buktikan dengan clinical study apa semua), saya sebenarnya geram dengan ahli keluarga terdekat, adik-adik, yang bila kita nasihat tentang pentingnya kalsium ni, tapi ambil endah tak endah je. So saya buat test atas diri sendiri."

Ms Alice, Shaklee nutritionist yang bertugas masa tu betul-betul terkejut. Katanya sampai macam tu sekali saya perjudikan kesihatan sendiri. Huhu..


4. 5 Oktober 2019 - Konsisten makan Ostematrix sejak keputusan yang lalu (Julai 2019)



Nervous betul masa buat ujian kesihatan tulang kali yang ke-4 ni. Macam-macam fikir. Betul ke Ostematrix ni berkesan nak naikkan kepadatan tulang semula.

Alhamdulillah. T-score saya meningkat dari -0.9 kepada 0.76! Syukur Ya Allah! 

Sekarang ni nak kena konsisten terus makan Ostematrix ni dan tambah kena exercise lebih dan dapatkan berat badan yang ideal. Kena gain weight ni! Berat badan yang ideal rupa-rupanya memainkan peranan penting dalam mencegah osteoporosis.

Saya dah buktikan. Terpulanglah kepada anda yang baca sharing saya ni nak percaya atau tak, nak bertindak atau tak, nak cukupkan pengambilan kalsium setiap hari ke tak.

Apa yang saya tahu, saya dah serik culas makan Ostematrix. Serik!


Ingat tau. Macam yang saya share kat atas tadi, bila start je umur 30 tahun, kalsium dah tak disimpan dalam badan macam kita baby & masih kanak-kanak. 30 tahun dan ke atas, kalsium akan digunakan dengan banyaknya oleh badan kita setiap hari. Kalau kita tak cukup pengambilan kalsium, badan kita akan 'tarik' kalsium yang ada dalam tulang kita yang kita simpan dan bina sejak baby. Itulah sebabnya terjadi OSTEOPENIA & OSTEOPOROSIS!


Perbezaan Kalsium Shaklee (Ostematrix)



Ostematrix merupakan satu-satunya yang memenuhi semua minerals yang disenaraikan. Ostematrix juga satu-satunya yang menjalani ujian klinikal tentang keberkesanan dan keselamatan dalam pengambilan kalsium.

Kesan Pengambilan Ostematrix Dalam Keluarga Kami

Dulu asalnya saya sendiri yang ambil Ostematrix ni sebab masa tengah menyusukan Alina (anak ke-2), rasa penat sangat. Kerja ulang alik rumah jauh, dengan jem lagi. Malam menyusu lagi, part time bisnes lagi. Tidur memang tak dapat nak lena sangat. Sampailah satu masa terfikir.. "Aku ni mesti tak cukup vitamin ni. Asyik penat je."

Cari punya cari, itu yang jumpa pasal Ostematrix ni. Alhamdulillah sejak tu badan segar, bangun tidur pun tak lemau macam sebelum tu walaupun dapat tidur sekejap je sebab menyusu baby kan. Tapi dapat tidur yang berkualiti la. Rupanya, selain daripada kalsium yang bantu kuatkan tulang dan gigi kita ni, magnesium dalam Ostematrix ni bantu otot kita untuk rileks.

Saya pernah juga cerita tentang jatuh cinta pandang pertama saya dengan Ostematrix ni.

Kalau ikutkan dalam family, suami (Yusri) pun makan Ostematrix ni walaupun dia lelaki yang gagah perkasa orang kata. Haha.. Yusri ni dulu pernah kena slipped disc. So nak tak nak, ketumpatan tulang kena tip top lah. Alhamdulillah result ujian ketumpatan tulang Yusri memang terbaik sangat!



Dah langgar siling graf tu ha titik T-score! Ni betul tulang besi urat dawai! Hahaha...

Mama saya pun ambil Ostematrix. Pada umur mencecah 60 tahun, mama aktif berkebun bunga keliling rumah. Cergas je buat kerja. Tak lah macam sesetengah orang yang baru 30-40an tapi asyik kata penat je. Alhamdulillah Allah kurniakan kesihatan berpanjangan buat mama.

Kesan Pengambilan Ostematrix Pada Pengguna Lain


Ini pula keputusan ujian ketumpatan tulang sahabat saya, Kak Anah. Pada umur 38 tahun (waktu ujian dilakukan), Kak Anah telah disahkan mengalami OSTEOPOROSIS!

Ya! 38 tahun baru tau. Bukannya 68 tahun! Allahu.. Memang terkejut & sedih Kak Anah masa tu. Barulah kami sama-sama sedar yang dengan hanya pemakanan seimbang dan minum susu, tak cukup untuk tampung keperluan kalsium harian.

Sejak hari tu, Kak Anah mula konsisten makan Ostematrix. Cukup sebulan lepas tu, Kak Anah datang lagi jumpa nutritionist untuk jalani ujian ketumpatan tulang. Amazingly the results sangat bagus! Wow!

Dari bacaan T-Score -4.12 melonjak naik ke 1.57!

Syukur alhamdulillah, ketumpatan tulang Kak Anah dah normal & padat. Amazing!

Biasakan kebanyakan orang sekeliling kita makan makanan seimbang, minum susu dan sebagainya, tapi pernah tak kita buat ujian untuk tahu betul ke tulang kita ni kuat? Betul ke tulang kita ni padat dan tak rapuh?

Tambah lagi, tak semua orang yang boleh minum susu, tak semua orang suka minum susu. Macam saya sendiri, saya tak boleh telan susu putih. Memang akan muntah balik. Kalau susu berperisa ok tapi kandungan gula sangat tinggi tau kalau susu berperisa ni. Nak minum boleh tapi bukan setiap hari lah. Sebab tu saya sendiri amalkan Ostematrix ni untuk cegah masalah Osteoporosis.


Team Mobile Spa Jutawan The Walking Beauty (TWB) sangat menitikberatkan kesihatan semua beauticians & customers. Tak ada gunanya kalau harap muka je cantik tapi tulang rapuh & badan fragile. Nak bergerak aktif pun susah nanti. TWB sinonim dengan wanita. Projek mobile spa dari wanita untuk wanita. Wanita perlu ada kesedaran untuk jaga kesihatan tulang. Beauty from within ❤️

Kena ingat tau, semakin kita berusia, semakin kurang kalsium dalam badan kita. Jom BINA KESIHATAN TULANG bermula sekarang!

Dapatkan

OSTEMATRIX
dengan penjimatan hebat!

Dapatkan juga

1 SESI UJIAN KEPADATAN TULANG SECARA PERCUMA!

Terus WhatsApp saya di 012-2207966. The best and FREE CONSULTATION untuk customer mamacilik.com 









Affni Shahida
Shaklee Certified Product Trainer
TWB Mobile Spa Trainer


Tak dapat nak bank in / transfer CASH?

Jangan risau.

WhatsApp ke 012-2207966

Atau klik 


Ingin dapatkan supplement semulajadi yang selamat, halal, terbukti berkesan?

Ingin jana pendapatan 4-5 angka setiap bulan dari rumah?

Hubungi untuk:-
KONSULTASI PERCUMA,
HARGA PRODUK TERBAIK DAN
PELUANG BISNES BERSAMA TEAM MOBILE SPA TWB & SHAKLEE!

CONTACT : CALL (012-2207966)
Click to WHATSAPP
FACEBOOK : Affni Shahida
INSTAGRAM : affni.shahida

Your Certified Shaklee Mini Nutritionist:-
FREE CONSULTATION,
AFFORDABLE PRICE, 
&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!

Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

1 comment :