Sayang, You Are Number 1!

Assalamualaikum sahabat blogger semua..

Semoga anda semua sentiasa berada di  bawah lindungan Allah s.w.t..

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

Syukur Ya Allah dengan segala nikmat yang Engkau berikan kepadaku. Sampai sekarang ni saya masih tak percaya dengan apa yang disampaikan kepada saya. Berita yang sangat gembira bagi saya sebagai mama.

Anak-anakku Dalam Proses Penyembuhan

Alkisahnya minggu lepas, Kaklong Arissa ni sakit mata la pulak, jadinya memang tak boleh nak pergi school. Adik Ammar pun asyik batuk tak berhenti. Jadi risau pula la kan sebab baru-baru ni Ammar pernah ditahan di wad KPJ Kajang akibat bronchitis with conjunctivitis! Hmm.. 2 sekali harung Allah duga. Saya pernah kongsikannya pada entry "Syafakallah My Cute Boyfriend!"

Bila Ammar batuk teruk, kaklong Arissa pun sakit mata, memang la mama & papa kena EL. Bawa anak-anak ni pergi jumpa specialist terus. Ya, saya prefer anak-anak saya dirawat oleh pakar. Saya bukan memandang rendah kepada doktor di klinik-klinik biasa. Tapi dah banyak kali saya terkena. Ubat yang di prescribe kepada anak-anak saya adalah ubat-ubat yang tidak tepat (mengikut kata doktor pakar). Nanti la saya kupas mengenai isu ni kemudian.

Kakngah Alina? Hm... Dah kakak dan adiknya tak pergi school, dia pun ambil kesempatan la turut serta. Hehe..

Perjumpaan IbuBapa Dan Guru 



Sebenarnya minggu lepas dapat short notice dari cikgu sekolah tadika Arissa tentang majlis perjumpaan ibubapa dan guru di tadika. Kiranya ambil report card la. Diadakan pada hari Arissa tak hadir ke sekolah sebab sakit mata. Jadinya, tak dapatlah dia duduk sekali nak dengar apa komen cikgu tentang Arissa kan? ^_^

Disebabkan tak sempat nak ambil cuti, so saya minta pelepasan je la dari boss. Alhamdulillah.. Boss baik hati bagi saya pelepasan awal petang tu.

Sampai je di tadika, saya tunggu Yusri sampai baru kami masuk sama-sama. Kelakar betul, excited macam apa je.. Maklumlah, anak sulungkan? First time pulak tu cikgu buat majlis perjumpaan macam ni.

Jadi kami pun tunggu giliran jumpa cikgu kelas Arissa, Cikgu Ida. Sampai je giliran kami, terus secara spontan cikgu tu cakap.. "Haa.. frozen tadika kita!"

Saya terkejut jugak. Sampai ke tadika si kaklong Arissa ni ber'frozen'! Hehhe..

Sebenarnya, Arissa dah bawa balik dah semua kertas exam dia sebelum ni. Saya pun dah review semua kertas exam tu. Alhamdulillah, walaupun tak ada yang dapat 100% tapi rasa sangat seronok sebab bagi kanak-kanak umur 4 tahun, ia sangat memberangsangkan.


Cikgu Ida pun terus buka report card Arissa dan tunjuk kepada kami keputusan exam pertengahan tahun.Sampai je di bahagian keputusan, kami nampak kedudukan Arissa dalam kelas dibandingkan dengan rakan-rakan yang lain.


Saya betul-betul terkejut & tak percaya. Pada ruangan tersebut tertulis 1/13. Bermakna dapat nombor 1 daripada 13 orang murid. 

Yang kelakarnya, secara spontan saya belek muka depan cover report card tersebut untuk saya verify. Saya siap tanya lagi Cikgu Ida, "Betul ke ni report card Arissa? Atau tersalah bagi?". Tapi ternyata ia benar! Ya Allah, syukur sangat Arissa dapat nombor 1. Yang buat saya lagi terharu dan gembira bila Arissa dapat A dalam hafazan.


Mengikut pemantauan cikgu, Arissa seorang yang sangat berdikari. Hampir semua perkara asa dia boleh buat sendiri. Kalau cikgu bagi arahan semasa proses pembelajaran di kelas, Arissa yang akan siap dulu. Dia yang dilihat lebih fokus dan cepat terima dan faham arahan. Syukur Ya Allah dengan nikmatMu dan amanah anak kecil ini kepada kami.

Kenapa Saya Terkejut Sangat?

Sejujurnya, saya tak ada lah letak harapan tinggi sangat. Maklumlah, baru 4 tahun, bagi saya Arissa masih kanak-kanak lagi, perlu banyak explore persekitaran dengan bermain.

Arissa di rumah pun bukannya ulat buku. Asyik nak tengok cartoon je. Kalau disuruh mengaji pun dia akan buka di tablet atau phone. Maksudnya, Arissa lebih suka belajar sambil berhibur. Tapi itulah kanak-kanak kan?

Keranamu Arissa Yasmin


Apa-apa pun, Arissa Yasmin memang salah satu anugerah Allah yang paling indah dalam hidup saya dan Yusri. Dengan izin Allah, Arissa adalah pengikat kasih sayang kami suami isteri. Daripada lahirnya Arissa kami menjadi mama & papa. Kami belajar bagaimana menjaga dan mendidik anak.

Jika ditakdirkan Arissa dapat membaca blog ni bila besar nanti, mama & papa nak Arissa tahu, Mama & Papa loves you so much! Semoga Arissa menjadi anak yang solehah yer.

InsyaAllah, satu hari nanti impian menjaga sendiri anak-anak dengan menjadi Work-At-Home-Mum (WAHM) dengan sekurang-kurangnya berpendapatan 5 angka sebulan akan tercapai. 

Ebook "Sorry Boss! Saya Terpaksa Berhenti Kerja" seperti di bawah ni telah banyak membuka mata dan minda saya untuk terus berusaha mencapai impian saya. 

www.ebookniaga.com/sorryboss/affnishahida

Jika ada di antara anda yang berimpian seperti saya, ingin mendidik dan membesarkan sendiri anak-anak, ingin melihat anak-anak membesar di depan mata, saya sarankan anda bacalah eBook ini. Hanya klik pada gambar di atas dan download. Ianya PERCUMA!

MFMS EMPIRE THE MOST HAPPENING SHAKLEE GROUP IN MALAYSIA!

FREE CONSULTATION 
&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!



Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

No comments :

Post a Comment