13 TIPS UNTUK BERJAYA DALAM BISNES !

Assalamualaikum,

Bermulanya hari baru setiap hari merupakan permulaan kepada sesuatu yang lebih hebat dari hari-hari yang lalu. Apa khabar para pembaca Mamacilik.com yang saya sayangi sekalian? Jom mulakan sesuatu yang baru dan semestinya lebih baik.

Sejak kebelakangan ini, agak ramai yang menghubungi saya untuk mendapatkan nasihat dan tips bagaimana saya boleh sustain bisnes Shaklee kesayangan saya ni hingga ke hari ni. 

Jadi, hari ini saya menulis khas untuk semua Shaklee Independent Distributor (SID), tidak kira yang sudah lama atau yang masih baru, juga kepada mereka di luar sana yang sedang mempertimbangkan untuk menjalankan bisnes Shaklee. Saya ingin berkongsi dengan anda, 
13 tips bagaimana untuk berjaya di dalam bisnes Shaklee.

1. Jangan JUAL Shaklee, HIDUP dengan Shaklee!

Sebagai seorang SID, nasihat saya kepada anda di luar sana supaya jangan menjual produk Shaklee. Menjual di sini, bermaksud kita mencari pelanggan seberapa ramai yang boleh untuk promote kepada mereka dan seterusnya mereka terpaksa membeli.



Saya sendiri pun, memang tidak suka menjual. 

Kita mesti mencuba dan merasai sendiri produk tersebut. Baru kita akan faham bagaimana bakal pelanggan kita merasainya sebab kita terlebih dahulu dah guna, rasainya sendiri.


Kita perlu HIDUP dengan Shaklee! Kerana bagi saya Shaklee telah banyak membantu saya dan keluarga dari segi kesihatan tubuh badan yang hebat dan optimum.

Kita adalah Duta Produk, so pelanggan akan mudah tertarik dan yakin kepada kita.  Kan, mudah.. Tak pasal-pasal kita terpaksa jadi model percuma. Hehe.

2. Jatuh Cinta dengan Perjalanan Bisnes Bersama Shaklee

Alhamdulillah, saya sudah jatuh cinta dengan bisness Shaklee. Bisnes ini adalah satu perjalanan yang amat bermakna. Saya tidak melihat peluang yang ada dalam perniagaan ini semata-mata untuk kaya. 

Di kala ada insan-insan lain yang berjaya mencapai pendapatan 100K dalam masa sebulan, memang sangat menginspirasikan. Tapi bukan itu tujuan utama saya menjalankan bisnes Shaklee. Sebaliknya, lebih kepada buat bisnes untuk selesaikan masalah lebih ramai orang. 

Suatu perasaan yang sangat indah yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata tatkala, insan-insan yang kita bantu dengan memperkenalkan Shaklee mengucapkan terima kasih tanda penghargaan.

"Kak Affni, saya dah pregnant! Alhamdulillah.."
"Affni, terima kasih. Badan saya dah tak lemah macam dulu. Saya rasa cergas!"
"Affni, walaupun baru sebulan, tangan ni dah tak sakit. Best. Syukur!"
"Mak aku dah tak complain sakit lutut dah. Thank you, Affni.."
"Harini saya pam susu dapat 2 kali ganda dari biasa. Seronoknya!"

Banyak lagi ayat-ayat seperti ini yang saya terima. Setiap kali saya dapat message, jujur saya rasa sebak. Saya tak sangka saya dapat bantu ramai insan di luar sana. Syukur alhamdulillah.

Selain itu, saya mempunyai kebebasan sendiri untuk menguruskan bisnes ini tanpa sebarang paksaan atau tekanan. Tiada siapa yang paksa. Itu yang membuatkan saya seronok dan sangat bahagia. Bila kita jatuh cinta, semua perkara akan terasa boleh dicapai kerana kita suka melakukannya. 

Anda WAJIB jatuh cinta dengan proses-proses yang dilalui dalam bisnes ni!

3. Wajib Ada Matlamat (Goal) & Impian (Dreams)

Jika dulu, saya bukanlah seorang yang mempunyai 'Goal' mahupun 'Big Dreams'. Saya insan biasa-biasa sahaja suatu masa dahulu.

Tapi, sejak saya jatuh cinta dengan bisnes Shaklee ni, saya sudah mula tahu dan pandai menyusun langkah dan matlamat untuk capai impian-impian yang saya tidak sedar saya mahu tapi saya tidak mampu kerana tiada tindakan.

Ni vision board saya yang kedua semenjak saya join Shaklee. Vision board yang pertama dah tercapai semuanya. Alhamdulillah.

Sejak join Shaklee baru saya tahu pasal vision board. Sebelum ni tak ada siapa pun kongsi dengan saya mengenai vision board, kenapa ianya sangat penting?

Sekarang, setiap hari, minggu mahupun bulan saya mempunyai 'Goal' yang sudah ditetapkan yang perlu dicapai sehingga berjaya. Alhamdulillah, saya seronok dengan apa yang saya buat kini kerana ia lebih membuatkan saya seorang yang produktif dengan rutin hidup biasa-biasa kepada luar biasa.

4. Kenali Sebab Mengapa Mesti Berbisnes Shaklee

Kita perlu tahu dan tulis MENGAPA mesti bisnes Shaklee. Saya yakin, anda mempunyai sebab tersendiri sebagaimana juga saya. Kita mempunyai push factors yang menyebabkan kita berbisnes dan inilah yang akan menjadi sebab utama setiap orang.


Pasti anda dan juga saya mempunyai sebab yang sama iaitu ingin membantu orang lain dari segi kesihatan dan juga kewangan, mencari pendapatan pasif serta persediaan untuk hari tua mahupun masa depan diri dan keluarga. 

5. Jatuh Cinta dengan Apa yang Anda Lakukan

Anda takkan bahagia jika anda sendiri tidak suka dan tidak seronok dengan sesuatu perkara yang dilakukan terutama dalam bisnes ini.


Kalau anda nak tahu, saya sangat tak minat nak menjual atau ayat jimatnya, jadi sales girl. Tapi saya rasa lain dengan Shaklee. Walaupun pada akhirnya, kita memang akan jual produk Shaklee, tapi saya tak rasa seperti saya menjual. Itu yang bestnya. 

Saya dah jatuh cinta dengan apa yang saya lakukan. Sejujurnya, saya bangga berkongsi pengalaman dan ilmu mengenai produk, pengasas shaklee, mentor saya, kumpulan dan tentang anak-anak didik saya.

Jadi, saya takkan berhenti di pertengahan jalan kerana saya nampak masa depan yang cerah dan gemilang dengan bisnes Shaklee ini. Lagipun, beratus-ratus insan di bawah empayar saya yang masih perlukan saya untuk sama-sama berjaya. Saya akan tetap di sini dengan izin Allah s.w.t.

6. Doa, Usaha, Usaha, Usaha, Tawakal

Perniagaan bukan sesuatu yang mudah. Tapi, ia amat mudah bila kita sentiasa konsisten berdoa, berusaha, berusaha, berusaha dan tawakal.

Anda tanya lah mana-mana peniaga yang telah berjaya, mereka akan cakap 5 tahun adalah merupakan satu tempoh dan proses untuk memperkukuhkan bisnes anda. Jangan usaha sekali, gagal.. dan terus berhenti. 

Teruskan usaha, doa dan tawakal kepada Allah swt. Di dalam group kami sering ditekankan dengan amalan-amalan yang sering diamalkan dalam menjemput rezeki. Sesungguhnya semua rezeki yang kita peroleh hari ini datangnya dari Allah s.w.t.

7. Grow & Self-Branding

Pada awal permulaan berbisnes, saya tidak tahu apa-apa dan tidak kenal sesiapa pun melainkan mentor saya sahaja. Mereka banyak mengajar saya bagaimana untuk berniaga, memperkembangkan perniagaan dan penjenamaan diri sendiri.


Dah rasa macam, produk pulak diri kita ni. Hehe..

Tapi, ianya ternyata benar. Kadang-kadang, orang datang kepada kita bukan semata-mata sebab produk yang bagus. Produk Shaklee memang dah terbukti SEMULAJADI, SELAMAT, BERKESAN, & HALAL. Itu semestinya! Orang datang kepada kita sebab diri kita. Siapa kita di mata mereka. 

Tips ke-7 ni memang perlu dan penting dalam bisnes bagi membentuk siapa kita di mata orang ramai. Bagaimana orang mengenali kita adalah sangat penting. Sejak join Shaklee, saya mula belajar dan menghadiri pelbagai seminar dan program-program ilmu yang bermanfaat.

Alhamdulillah, hidup saya mula berubah. Pemikiran saya menjadi lebih luas dan positif dan semestinya kepada yang lebih baik dan lebih luar biasa hebat!

8. Sertai Aktiviti Empayar

Sentiasa melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dianjurkan oleh empayar perniagaan kita.

Dalam MFMS, kami lebih banyak menggunakan media sosial atas talian (online) untuk berkomunikasi dengan mudah selain daripada aktiviti-aktiviti perjumpaan. Setiap hari kami akan berforum, berbincang menerusi laman facebook, whatapps, telegram dan sebagainya. Tidak perlu bersusah payah untuk bergerak walaupun jarak yang jauh di antara sama lain.

Malah ada je rakan niaga yang berada di luar negara bersama dengan empayar kami yang sangat hebat ini.

Saya diberi peluang untuk berkongsi tips ketika Online & Offline Marketing Genius (OMG) yang lalu.

Namun, kami turut mengadakan perjumpaan dan offline gathering dari semasa ke semasa mengikut keperluan. Sokongan memang tak pernah pudar apatah lagi padam. Sokongan dari leaders dan mentor sentiasa ada tidak kira tempat dan waktu.

9. Kembangkan Empayar (Wide & Deep)

Untuk berjaya, kita perlu kembangkan empayar kita. Saya telah berjaya menubuhkan dan sedang memperkembangkan MamaCilik INcredible Dazzles (MIND) kepada lebih ramai orang di luar sana.

Kami di MIND sentiasa berfikiran positif, memberikan galakan, membantu antara satu sama lain. Kami selalu memberi idea, cadangan dan pendapat, berkongsi masalah, matlamat, ilmu-ilmu bermanfaat.


Bersama-sama saya juga empayar yang sangat hebat di bawah MIND, antaranya Myracles Empire. Empayar yang telah berjaya dibangun dan dikembangkan dengan sangat lebar dan dalam (wide & deep) oleh MommyShahab & DaddyShahab.

Mommy&Daddy Shahab, leaders yang sangat berdikari dan hebat di bawah MIND

Ini merupakan salah satu contoh yang sangat baik bagi tips yang ke-9 ini. 

10. Helping Others

Dalam Shaklee, bisnes ini bukan untuk kita semata-mata. Tetapi, Shaklee adalah untuk semua orang.

Anda harus menerapkan konsep, Help Others to Help Others to Help Others. Untuk berjaya, kita perlu membantu orang lain. Bantu mereka untuk menjadi kaya. Kaya kesihatan, kaya dengan amalan rohani, dan 'Financial Freedom'. Bantu orang untuk berjaya, insyaAllah anda kejayaan akan menjadi milik anda!


Jika anda rasa belum berjaya, muhasabah diri kembali. Berapa ramai yang anda telah bantu? Cukupkan insan yang anda dah bantu?

11. Kongsi, Kongsi, Kongsi

"Produk Shaklee mempunyai dua kelemahan yang anda perlu tahu iaitu dia tidak boleh berjalan dan bercakap dengan sendirinya. Itu adalah tugas anda sebagai SID." 
- dipetik daripada kata-kata bernilai Dr. Shaklee.


Anda perlu berkongsi dan berkongsi dengan orang ramai setiap kebaikan Shaklee supaya mereka tahu setiap kebaikan tersebut. Kita ada produk yang sangat bagus tapi jika kita diam dan tak bercakap, anda pakailah produk tu sorang-sorang. ^_^

Bukan susah pun, nak berkongsi pengalaman sendiri kepada orang sekeliling. Pada saya, amat bersalah dan rasa berdosa jika diamkan perkara yang baik. Sedangkan, mereka semua memerlukan kita untuk dibantu.

12. Quit???

Yes!! Buang perkataan 'Quit' daripada kamus hidup. Jangan pernah berniat untuk berhenti dalam Shaklee. Orang yang gagal adalah apabila dia Quit!! 


Selagi anda belum berhenti, selagi itu anda belum gagal. Jika anda tahu MENGAPA anda melakukan bisnes ini dengan JELAS, dan ikut tip-tip yang diberikan di atas, insyaAllah anda akan berjaya.

Percayalah. Anda boleh berjaya. Anda mampu lakukannya!

13. PILIH 'RUMAH' YANG BETUL!

Ya! Anda mesti pilih untuk berada di dalam 'rumah' yang betul. Rumah?? Rumah di sini bermaksud group yang akan bersama-sama anda tidak kira di saat anda jatuh atau bangun! Saya pernah kongsikan kepada para pembaca semua tentang memilih rumah yang betul di dalam entry "JANGAN TERSALAH PILIH 'RUMAH'".


Tips ke-13 ni sangat penting yer. Ia salah satu faktor besar yang dapat membantu anda untuk terus kekal di dalam bisnes ni. Saya bersyukur sangat-sangat sebab Allah pilih saya empayar yang tepat. Kami mempunyai mentor yang hebat, tools dan alat bantuan dan rujukan yang sangat banyak, lautan ilmu yang luas di dalam secret group kami yang sangat ekslusif!

Dan kini MIND sedang menghasilkan lebih ramai leaders yang kami gelar MINDMASTERS!

Anda hanya tinggal nak aplikasikan segala ilmu yang dipelajari dan konsisten dengan amalan-amalan yang diajar. Ia bukan semata-mata dunia. Tapi akhirat juga.

Saya rasa, cukuplah dulu untuk kali ini. Kita jumpa lagi di lain waktu.

Semoga perkongsian kali ini bermanfaat untuk anda. Jom kita LIKE, SHARE, & COMMENT dengan rakan-rakan yang lain agar lebih ramai yang mendapat idea, inspirasi dan manfaat daripadanya. 

Semoga kita sama-sama mendapat pencen kubur apabila perkongsian ini dapat menambah nilai hidup orang lain.

Wassalam.

Tak cukup 13 tips ni? Nak tau lebih lagi? Saya ada sediakan eBook untuk anda yang ingin berjaya. 
Sila hubungi saya untuk mendapatkannya secara PERCUMA!

MENCARI SESUATU UNTUK MENINGKATKAN EKONOMI KELUARGA?
Sudah bersedia dengan ekonomi yang semakin tidak menentu?

Sertai 'rumah' kami yang sangat happening dan penuh dengan aura positif!

FREE CONSULTATION,
AFFORDABLE PRICE, 
&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!



Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

8 comments :

  1. Amazing things here. I am very glad to look your article. Thank you so much and I'm looking forward to contact you. Will you please drop me a e-mail? apple itunes login

    ReplyDelete
  2. With this mortgage, the interest rate could increase or decrease after your initial period. canada mortgage calculator Reni may be a great asset throughout my mortgage financing process. mortgage calculator

    ReplyDelete