Kursus Berpantang 2018 - The Walking Beauty

Ada tak di antara anda yang rasa susahnya nak dapatkan orang yang boleh jaga kita selepas bersalin? 

Jangan tak tahu, permintaan penjagaan berpantang bagi ibu-ibu muda sekarang ini sangat tinggi dan dah jadi trend tau. Jadual Confinement Lady (CL) yang available sekarang pun sangat padat!


Bagi Kak Aff sendiri, nak booking tukang urut untuk bersalin perlu seawal kandungan masih di trimester pertama lagi! Ni masa bersalin anak ke5, Anis Safiya setahun yang lepas (2017). Sekarang apatah lagi kan?

KENAPA SEMUA SIBUK NAK AMBIL KHIDMAT CL?

"Isk.. Perlu ke kena orang jaga masa berpantang  ni?"

Kalau ikut pandangan Kak Aff sendiri, antara sebab kita perlukan CL adalah:

1. Tak nak susahkan mak/mak mertua
2. Lebih selesa berpantang di rumah sendiri
3. Perlukan suami di sisi (tak nak balik kampung)
4. Nak pulihkan dan manjakan diri selepas bersalin dengan rawatan yang terbaik
5. Ada orang yang fokus uruskan si ibu dan bayi (makanan, pakaian, urutan)
6. Perlukan ada teman sepanjang berpantang
7. Perlukan sokongan dari pelbagai aspek

Jangan ambil mudah ye penjagaan selepas bersalin ni. Ia bukan perkara buat-buat atau suka-suka apatah lagi mengada-ngada. Rawatan dan penjagaan ibu dalam pantang bersama bayi yang baru lahir sangatttt lah penting. 

Kak Aff sendiri personally dah lalui 5 kali proses bersalin dan berpantang ni. Dah faham sangat dah. Beza sangat rasa bila ada orang jaga kita selepas bersalin dengan bila kita berpantang sendiri.

Ni saja nak share antara menu berpantang Kak Aff selepas bersalin anak ke 5, Anis Safiya.

Grill salmon simple sangat!
Sup ayam rebus rebus je.
Ayam kacang ma (makan Sarawak) & sup lobak putih (berkhasiat dan banyakkan susu)

Nak dipendekkan cerita, Kak Aff masa bersalin anak pertama, tak ada orang jaga pun. Both mama masa tu masih bekerja. Nak ambik CL pun tak tahu kat mana. Sampai pernah ada kawan ofis suami Kak Aff kata kejamnya biarkan Kak Aff berpantang sorang-sorang. 

Sebelum bersalin tu tak faham pun lagi. Tapi bila dah rasa sendiri pengalaman berpantang tanpa jagaan sesiapa, anak sulung pulak tu. Memang sangat sangat sangat mencabar. Nak nak masa tu Kak Aff belum kenal Shaklee. Makan jamu tradisional. Habissss alergik satu badan! Lagi haruuu.. Huhu.. Itulah kan. Tak ada ilmu. Serik!

SET BERSALIN SHAKLEE JADI PENCETUS

Syukurlah waktu berpantang anak kedua Kak Aff dah kenal Shaklee. Tu pun kenal selepas bersalin. Bukan sejak mengandung. Sejujurnya memang beza sangat sangat rasa badan selepas bersalin tau. Percayalah!

Set Bersalin Shaklee lah supplements Shaklee pertama yang Kak Aff kenal dan makan. Tu duluuu.. masa tahun 2011. Kak Aff ada juga cerita pengalaman tu kat sini -> SET BERSALIN SHAKLEE TERBAIK!

Sejak mengandung anak ketiga sehinggalah bersalin anak ke 5, memang SET HAMIL SHAKLEE, SET BERSALIN SHAKLEE, SET MENYUSU SHAKLEE lah yang Kak Aff dok ulang-ulang makan. Hehehhe..

Amazingly untuk anak ke 4 dan ke 5, Kak Aff dianugerahkan dengan pengalaman yang sangat berharga apabila dapat bersalin secara gentle birth dan intact perenium. Kak Aff ada ceritakan pengalaman ni masa anak ke 4, Anas Syahmi yang lahir pada 2015.

PERLU LAH YE CL NI?

Berbalik kepada cerita demand terhadap CL yang semakin tinggi sekarang ni, anda tahu tak bayaran kepada CL bukanlah murah. Yang paling rendah Kak Aff pernah dapat (itu lah yang Kak Aff ambil pun) masa selepas bersalin yang ke 5, harganya RM1000 untuk 7 hari tau. Bayangkan kalau sebulan. Tak ke RM4000? Tu setengah hari je kerja tau. Kak Aff booking awal giler sebab CL ni jadual dia penuh!

Contoh pakej penjagaan bersalin - sumber Google

Tapi itulah sayangnya, tak ramai yang menceburi bidang CL ni lagi. Jadi, di sinilah kami, The Walking Beauty (TWB) team ingin mengisi kekosongan kepada permintaan CL yang sangat tinggi sekarang ni. Jangan terkejut lepas ni yang buat servis CL adalah golongan muda bukan lagi generasi mak mak kita. hehe..

KURSUS BERPANTANG 2018

The Walking Beauty (TWB) yang sebelum ni fokus kepada mengendali kursus-kursus mobile spa dan home spa mengembangkan sayap lebih luas dengan menyediakan kursus berpantang pula.

Kursus Berpantang & Penjagaan Bersalin TWB merangkumi:

1. Urutan tradisional
2. Rawatan selepas bersalin
3. Cara bertungku
4. Cara sengkak yang tak memudaratkan
5. Cara bertangas kering & basah
6. Spa & rawatan bayi
7. Cara pembuatan jamu

Kursus berpantang & Penjagaan Bersalin TWB bukan hanya dengan demo oleh trainer tetapi kita juga ada praktikal oleh mereka yang sertai kursus berpantang & penjagaan bersalin ni.

HARGA KURSUS BERPANTANG 2018 DI THE WALKING BEAUTY

Kini, TWB melancarkan Pakej Kursus Berpantang & Urutan Selepas Bersalin dengan harga pembukaan RM899*. Bertuahnya mereka yang sertai team TWB bulan lepas, Ogos 2018, mereka layak dapat diskaun yang sangat banyak untuk upgrade kursus spa yang mereka sertai kepada Kursus Berpantang & Penjagaan Bersalin ni dengan hanya RM100 sahaja!

Kursus berpantang bulan September ini kami buat di 2 tempat iaitu di Sunway, KL dan juga di Melaka.

Jangan ketinggalan untuk book slot ni tau. Hubungi Kak Aff di nombor 012-2207966 sekarang! Nak tanya dulu pun boleh, tak ada masalah. Kak Aff explain bagi faham jelas dan nyata. ^_^

Kalau anda, kawan-kawan anda, ahli keluarga anda nak dapatkan menceburi bisnes mobile spa/home spa, seterusnya kursus penjagaan berpantang ni boleh hubungi Kak Aff ok.

JOM BUAT DUIT SEBAGAI CONFINEMENT LADY TWB!

KAMI ADALAH THE WALKING BEAUTY TEAM, MENGGUNAKAN PRODUK SHAKLEE 100%!

Tunggu apa lagi??

Trainers TWB berada di SELURUH MALAYSIA!

Jom sama-sama kita jana pendapatan dengan skill penjagaan selepas bersalin & berpantang dengan TWB sekarang!

Let's be part of us!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hubungi AFFNI di 012-2207966 untuk tempahan tarikh kursus. 

Tempat adalah terhad bagi setiap sesi!


Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

No comments :

Post a comment