Gentle Birth: Pengalaman Bersalin Anak Keempat - Anas Syahmi

Assalamualaikum...

Semoga semua pembaca setia Mamacilik.com dilimpahi rahmat dan kasih sayang Allah.

Hari ini genap 1 tahun umur putera kedua kami, Anas Syahmi. Walaupun 1 tahun telah berlalu tapi kenangan dan memori melahirnya beliau masih segar dalam ingatan. Jadi saya rasa nak kongsikan dengan semua tentang pengalaman kelahiran anak keempat ini.

Kelahiran kali ini agak special bagi saya. Walaupun setiap kelahiran anak-anak memang berbeza pengalamannya, tapi yang keempat ini sangat istimewa.

Kalau diimbas kembali kenangan bersalin dan melahirkan

Arissa - Lahir pada minggu ke 38 dengan bantuan epidural dan induce
Alina - Lahir pada minggu ke 37 dengan prosedur induce
Ammar - Juga lahir pada minggu ke 37 dengan prosedur induce


Alhamdulillah... Kesemua anak-anak saya lahir secara normal walaupun saiz saya ni kecil. Nama pun mamacilik kan? Hehe...

KELAHIRAN TERISTIMEWA

Kenapa saya kata kelahiran Anas adalah istimewa?

Kalau Arissa, Alina, Ammar lahir dengan bantuan induce, dan boleh kata saya bersedia di dalam labor room lebih awal, seawal bukaan masih 2 cm, tetapi Anas lahir secara lebih semulajadi.

Pada minggu ke 39, seperti kebiasaan setiap hari pulang dari kerja, rutin biasa memenuhi siang dan malam. Siang ke office, balik rumah selepas makan malam terus berehat. Tiada apa pun yang pelik saya rasakan.

Saya ni memang jenis tidur awal seawal jam 10 malam, samalah juga pada hari sebelum kelahiran Anas. Saya terjaga daripada tidur pada jam 2 pagi. Dalam keadaan mamai saya rasa perut tak berapa selesa. Rasa memulas tapi tak kuat. Pinggang pun rasa lenguh, bukan seperti kebiasaan malam-malam sebelumnya. 

Confuse... Bagaikan Mimpi

Dalam keadaan yang masih mengantuk dan penat, saya ke tandas. Masih belum ada tanda-tanda nak bersalin. Jadi saya baring semula, cuba untuk tidur. Kira-kira 10 minit selepas tu saya kejutkan Yusri, sebab saya confuse dengan rasa yang saya alami. Adakah ia tanda-tanda nak bersalin atau saya salah makan.

Kemudian saya ke tandas semula bila rasa tak sedap hati. Masa tu lah ada blood show. Tanpa berlengah, saya ajak Yusri ke hospital. Saya dah mula rasa tak larat nak jalan. Sakit macam senggugut tapi tak berapa kuat. Sebab saya pernah rasa senggugut yang sangat teruk masa sekolah dulu. So saya jalan perlahan-lahan ke tingkat 3 KPJ Kajang.


Sampai je di wad bersalin, selepas saya explain pada nurse tentang apa yang saya rasa dan alami, nurse pun check bukaan. Terkejut jugak saya bila nurse kata dah buka 6cm! Iyerlah kan, anak-anak sebelum ni semua saya tunggu dalam labor room since 2cm. Ini dah 6cm dan ikut pengalaman anak-anak sebelum ni, kalau dah start 6cm ni, bukaan dia akan lagi cepat! Dengan kelam kabut nurse sediakan tempat dan peralatan, juga contact Dr. Rasliza. 


Detik Cemas

Sampai je Dr. Ras, doktor check keadaan dan position baby. Saya antara dengar tak dengar doktor berbisik kata sesuatu tentang baby. Saya tak pasti dan tak ingat apa ayatnya. Tapi lebih kurang maksudnya, kepala baby tak berada dalam position yang normal untuk mudah keluar. Saya nervous juga masa tu. Tiada lain selain dalam hati saya doa, apa pun yang terjadi, saya berserah pada Allah. Sepenuhnya!

Saya juga niat dalam hati seolah-olah bercakap dengan baby, "Ini perjuangan kita bersama. Bantu mama untuk lahirkan kamu yer sayang..."

Seperti biasa, nurse akan galakkan kita untuk mengiring sebelah kiri untuk mempercepatkan bukaan. Entah macam mana.. Bukaan 10cm dicapai sewaktu saya masih mengiring. Dan saya push baby dalam keadaan mengiring! Sangat rare kan? Apa pun syukur alhamdulillah semuanya selamat.

Anas Syahmi sejurus kelahirannya
 
Selesai je proses bersalin, biasanya doktor akan cek dan jahit. Tapi kali ni tak. Dr. Ras asyik sebut. "Intact.. Intact.. Hm.. Intact..". Saya pun tak faham intact tu apa. Huhu.. Tapi apa yang doktor explain, saya tak perlukan 1 jahitan pun. Doktor kata hanya calar. Alhamdulillah..

Saya jadi tertanya-tanya, apalah yang doktor dok sebut intact.. intact.. Dalam buku injection Anas pun ada tulis 'SVD intact' pada column Delivery Mode. Jadi, saya pun google dan banyakkan membaca. Rupa-rupanya, ia adalah Intact Perineum yang menjadi idaman setiap ibu waktu bersalin. Dikategorikan sebagai salah satu natural and gentle-birth. Syukur alhamdulillah. Segalanya dengan izin Allah.

 Ammar Firdaus dah jadi abang. Sayanggg adik Anas Syahmi ^_^

MUDAH TETAP SAKIT. ITULAH PENGORBANAN


Walaupun ia boleh dikategorikan sebagai proses bersalin yang mudah, dalam erti kata lain tiada komplikasi, sakit tak payah cakaplah, semua ibu-ibu mesti tau macam mana sakit bersalin kan? Syukur alhamdulillah juga saya berjaya elakkan daripada give up waktu rasa sakit walaupun nurse banyak kali offer saya untuk ambil pain killer, sama ada gas atau petidine. Saya memang nekad tak nak ambil. Saya nak ianya semulajadi.

Saya juga rasa bersyukur sangat sebab walaupun dalam keadaan bangun dari tidur, masih belum recharge energy sepenuhnya setelah seharian bekerja, saya mampu untuk melahirkan seorang lagi putera permata hati kami. Saya yakin, Allah jadikan supplement Shaklee sebagai asbabnya. 

Memang rutin saya sebelum tidur akan makan vitamins terutamanya Ostematrix dan ESP. Syukur juga pada siang harinya saya tak lupa untuk makan vitamin lainnya dalam Prenatal Set Shaklee. Setiap vitamins yang saya makan ada fungsi tersendiri. Kalau nak tahu boleh baca di 8 Fungsi Prenatal & Posnatal Set Shaklee.
 
Inilah kelahiran semulajadi yang saya alami dan rasai. Sangat lain dari yang sebelum-sebelumnya. Sangat istimewa!     


Selamat ulang tahun yang pertama, anak syurga mama, Anas Syahmi bin Ahmad Yusri. Semoga menjadi anak soleh, khalifah Allah yang berbakti dan berguna kepada alam seisinya. Aamiin. 

MamaCilik
5 November 2016
===============================

INGIN KEMBALI KURUS DAN SLIM SELEPAS BERSALIN?
Nak kurus tapi masih menyusukan anak?
Nak join team Now Everyone Can Kurus (NECK) yang happening?

Hubungi saya di 012-2207966 SEKARANG!
Tempat adalah terhad!


http://www.mamacilik.com/2016/02/neck-support-ibu-menyusu-untuk-kurus.html



Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

4 comments :

  1. Happy birthday Anas Syahmi.
    be a good boy to Mama Papa Kakak2 and abg ammar yerr.

    ReplyDelete
  2. Kalau bersalin senang macam ni...tahun depan Syahmi dapat adik lagi la..
    Alhamdulillah sy pun dapat merasai pengalaman macam Affni 2 tahun yang lalu

    ReplyDelete
  3. Setiap kisah kelahiran itu berbeza. Pengalaman saya melahirkan tiga anak semua berbeza.
    Ini kisah saya dan anak ke-3
    http://yamanaimy.blogspot.my/2015/11/pengalaman-bersalin-2015-uwais-aysar.html

    Saya jual di
    https://www.printcious.com/my/designers/naimyart

    ReplyDelete