TWB & MoRec Bantu Wanita Selepas Bersalin

By: Affni Shahida Jamaludin

Setinggi-tinggi tahniah kepada semua peserta MoRec, atau nama panjangnya Mother's Recovery (Kursus Penjagaan Ibu Selepas Bersalin) yang telah diadakan pada 18 Ogos yang lalu kerana telah tamat kursus dengan jayanya.

Ini merupakan pelancaran projek Mother's Recovery (MoRec) dengan kerjasama projek The Walking Beauty (TWB) mobile spa.

Peserta Kursus Diberikan Sijil Penyertaan Setelah Tamat Kursus

MoRec merupakan satu projek yang membuka peluang kepada wanita-wanita di luar sana yang berminat untuk belajar tentang penjagaan ibu selepas bersalin. Paling menarik, MoRec menitik beratkan penjagaan ibu selepas bersalin dengan kaedah moden dan tradisional.


Kursus MoRec dimulakan dengan perkongsian ilmu nutrisi daripada Nutritionist bertauliah, Puan Sarah.


Antara topik yang dibincangkan adalah:
1. Nutrisi Ibu Selepas Bersalin
2. Proses Pemulihan Selepas Bersalin
3. Cabaran Ibu Ketika Berpantang

Nutrisi Penting Selepas Bersalin

Proses Pemulihan Selepas Bersalin

Kenapa kita perlu jalani proses pemulihan selepas bersalin?

1. Kehilangan darah semasa bersalin
2. Pengecutan rahim
3. Keseimbangan hormon
4. Ketegangan urat saraf semasa proses bersalin
5. Kehilangan tenaga semasa proses bersalin

Indikasi paling ketara yang boleh kita nampak adalah apabila ibu selepas bersalin ni nampak kusam, pucat, dan tidak bermaya.

Cabaran Ibu Ketika Berpantang

Para peserta kursus turut diajar tentang cabaran-cabaran ibu ketika berpantang dan bagaimana untuk bantu ibu-ibu berpantang agar dapat meneruskan tempoh berpantang dengan lebih tenang, dan senang.

Kursus disambung pula oleh mak bidan muda pengasas MoRec, Puan Anisa Ismail. Beliau merupakan bekas staff nurse di salah sebuah hospital swasta di Selangor yang kini fokus dalam membantu ibu-ibu selepas bersalin untuk pulih dan dapatkan rawatan yang terbaik dengan penjagaan ibu selepas bersalin daripada MoRec.


Berbekalkan pengalaman dan ilmu sebagai nurse, beliau gabungkan modul kursus MoRec dengan penjagaan secara tradisional iaitu; Bertangas, Berbengkung, Urutan tradisional, BertungkuParam, Pilis, dan sebagainya.

Kebaikan Alfalfa Complex Untuk Ibu Selepas Bersalin

Bertungku Cara Selamat

Cara Pemakaian Bengkung Pelbagai Jenis

Puan Anisa menunjukkan cara pemakaian bengkung yang betul dari pelbagai jenis

Juga diajar tentang macam mana nak handle dan bantu ibu-ibu berpantang yang ada masalah bengkak susu agar tidak melarat sampai kena operate

Minyak urut mengikut komposisi yang betul & paling sesuai turut diajar


Latihan Urutan Secara Praktikal

Kami juga mengadakan Vivix Party sempena pelancaran kerjasama di antara TWB & MoRec ni.


Kenapa Vivix? Apa kaitannya dengan kursus MoRec?

Vivix sinonim dengan keupayaannya membaikpulih sel-sel yang rosak sehingga ke tahap DNA, seterusnya membantu para ibu selepas bersalin untuk pulih lebih cepat.


We are about HEALTH
We're living in harmony with NATURE
We're about doing what's right
We're about a better world


Sooo...
It's Vivix Time! Let's Party!!




Sebahagian desserts yang disediakan

Muscadine grapes jelly/jem. Kami panggil jem Vivix!

Itulah sebahagian daripada Vivix Party yang kami selitkan bersama kursus MoRec ni. Tapi tak berhenti kat situ je tau. Kami beri added value lagi kepada yang hadir dengan 2 ilmu tambahan iaitu:

  • Video editing menggunakan phone apps
  • Macam mana nak buat iklan FB (FB ads) dengan betul dan berkesan!


Beruntung sangat sesiapa yang enroll Kursus Mobile Spa TWB & MoRec ni. Ilmu yang diberikan lebih dari yang sepatutnya tau. Siap ILMU MARKETING!


Master Tiera share tips & tricks dalam pembikinan video yang simple tapi sangat menarik!

Terus buat hands-on & praktikal, bukan teori je tau

Master Ainul share tips & tricks untuk run FB ads yang murah dan berkesan. Memang menjadi. Best giler!

Ini antara yang hadir dan sempat bergambar. Peserta MoRec untuk sesi kali ni dan sebahagian daripada TWB Mobile Spa trainers, bersama Shaklee Nutritionist (bertauliah).

Saya bersama alumni TWB, Norakidah dari Perak

Norakidah ni salah seorang anak didik mobile spa yang saya train tahun lepas. Masa tu, cuma belajar 5 kursus spa, tapi kali ni upgrade ilmu penjagaan ibu selepas bersalin pula. Boleh add on servis. Lebih banyak income lagi boleh masuk. Paling best tentang The Walking Beauty Project (TWB) ni adalah, kita ada CAREER GROWTH dalam bisnes ni. TWB bukan sekadar spa biasa-biasa yang banyak kat luar sana.

Bagi mereka yang berminat nak belajar kursus spa, kursus penjagaan ibu selepas bersalin dalam model bisnes yang bersistem & terbukti berjaya, nak jalankan bisnes mobile spa yang sangat trending, mudah, & fun bersama-sama team yang happening, boleh contact Puan Affni di 012-2207966.

Puan Affni Shahida,
TWB Mobile Spa Trainer (since 2015)
012-2207966


Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

1 comment :

  1. Kursus Morec yang sgt best,seronok dpt join n dpt jumpa otai2 Shaklee yg hebat 😍Tak sangka Ada pic nor terselit Kat situ hihi

    ReplyDelete