Memaparkan catatan dengan label healing crisis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label healing crisis. Papar semua catatan

Anda Ada Mengalami Healing Crisis Selepas Pengambilan Vitamin Shaklee? Jangan Panik!



Assalamualaikum w.b.t,

Kebelakangan ini ramai yang bertanyakan kepada saya tentang kesan daripada pengambilan vitamin Shaklee. Ada yang mengadu sakit kepala, loya, tidak boleh tidur, dan sebagainya. Jangan risau. Itu adalah tanda-tanda ‘Healing Crisis’.

Apa itu ‘Healing Crisis’?

‘Healing Crisis’ atau lebih difahami sebagai krisis penyembuhan berlaku apabila badan kita yang banyak radikal bebas mula membebaskan toksin dan membina semula sel-sel tubuh.


Proses ini sering disalah erti. Ramai yang beranggapan ia akan memburukkan lagi keadaan individu dan merupakan ketidakserasian terhadap vitamin/supplement. Ia adalah TIDAK BENAR! Apa yang berlaku sebenarnya adalah proses pembuangan toksin dan elemen-elemen tidak sihat dari dalam badan. Proses ini adalah perlu untuk ‘membersihkan’ badan kita daripada elemen-elemen yang merbahaya dan tidak sihat agar kita mendapat kesihatan yang lebih baik.