Pergi untuk Selamanya...

Salam pagi Jumaat..
Dikeheningan pagi subuh hari Jumaat.. Hujan turun dengan lebatnya. Kami dikejutkan dengan pemergian atuk yang selama ini kami jaga.. Bumi juga seperti turut bersedih.
Jam 4.30 pagi, ketika ke dapur untuk membuat susu Alina, arwah masih lagi bernyawa.. Kadang-kadang kedengaran batuk dan nafasnya..
Jam 5.30 pagi, babah pula bangun.. Masanya untuk siapkan dan suapkan susu untuk arwah seperti biasa. Namun, atuk sudah pergi buat selamaNya meninggalkan kami semua..
Saya dan Yusri meluru ke bilik atuk. Terdiam kami seketika. Kelu tidak terkata. Hanya doa yang mampu kami sedekahkan kala itu.
Jam 7.00 pagi, kami kejutkan Arissa daripada tidur. Bagaimana agaknya penerimaan anak kecil ini dengan pemergian Toknyen (gelaran moyang untuk arwah)? Walaupun berbeza 4 generasi, tapi kami tinggal serumah. Arwah sering mengusik dan menyakat Arissa & Alina di waktu sihatnya. Setiap kali mereka bising bermain atau menangis, mesti diusiknya. Hm.. Berat hati ini nak bagitau Arissa. Namun, kami bawa juga Arissa ke bilik arwah dan menerangkan bahawa arwah telah tiada. Kami tidak tahu samada Arissa faham atau tidak. Tapi dia menganggukkan kepala apabila diterangkan dengan situasi arwah. Sungguh pilu rasa hati..
Bagaimana dan bilakah gilirin kita? Hanya Dia yang tahu..
Sempatkah kita bertaubat? Sempatkah kita mohon ampun dan maaf dari kedua orang tua kita? Bersedia atau tidak, semuanya telah tertulis. Wallahualam..
DaripadaNya kita datang.. Dan kepadaNya kita kembali...
Al-Fatihah..
.: MamaCilik :.

Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

No comments :

Post a Comment