"4 - FIGURES SIDE INCOME" - Bukan Lagi Mimpi

Assalamualaikum,

Ini adalah status Facebook saya semalam..




Closing Shaklee bulan September, 2 hari lepas merupakan closing pertama saya yang sangat dinantikan. Kenapa? Inilah pertama kali saya merasa bagaimana perasaan itu. Memang tidak keruan, tidak menentu, gelisah.. Hanya kepada Allah saya berserah. Seorang mentor pernah berpesan, "Hati manusia Dia yang pegang. Berdoalah dan teruskan berdoa.. InsyaAllah...". Mana tidaknya, daripada seorang independent distributor biasa, saya berjaya lompat rank terus ke Senior Supervisor!


Dengan tidak semena-mena saya 'terpaksa' terima side-income sebanyak 4 angka bulan ini! Sesuatu yang saya tidak pernah jangka pada mulanya. Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat-Nya. Sangat ramai yang membantu dalam kejayaan 'kecil' ini. Terutamanya mentor-mentor yang sangat memberi inspirasi dan tidak lokek dengan ilmu yang ada dan  suami saya yang sangat memahami dan membantu saya dalam semua perkara. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menyokong. Saya katakan 'kecil' kerana, walau apapun, ini hanyalah permulaan. Banyak lagi tangga yang perlu saya lalui dan kejar. Cabaran yang sangat besar menanti saya. Bukan mudah untuk 'balance'kan di antara keluarga, kerjaya sedia ada, dan bisnes. Kerjaya saya yang memerlukan pengorbanan masa yang sangat banyak dan sentiasa berada di dalam keadaan tertekan. Namun, insyaAllah, jika kita bergantung kepada-Nya, dan hanya kepada-Nya kita meminta, kejayaan akan menjadi milik kita. Masa yang akan menentukan. Yang pasti, DOA, USAHA, dan TAWAKAL dalam setiap perkara..

Sekiranya ada di antara anda yang mahu tahu cara mudah untuk berjaya dalam perniagaan, bacalah ebook ini. Mudah mudahan, akan ada seorang dua di kalangan pembaca ebook ini menjadi seorang jutawan suatu hari nanti. Dan semoga orang itu adalah ANDA!!!


Setebal 148 muka surat. Padat dengan nasihat, motivasi dan pengajaran yang boleh dipelajari oleh kita semua.

Semoga buku ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Dapatkan EBOOK ini secara PERCUMA di :

Jika tidak keberatan, saya mohon agar anda dapat SHARE entry saya ini. Semoga lebih ramai yang mendapat manfaat daripadanya.

Wassalam.

.: Tulus ikhlas daripada MamaCilik :.


Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

No comments :

Post a comment