SUKA DUKA OKTOBER 2013

Assalamualaikum...

Minggu ni dah masuk bulan baru.. NOVEMBER 2013! Closing Oktober yang sangat manis  buat saya dan ahli keluarga Shaklee saya keseluruhannya. Kita nantikan berita gembira di pertengahan bulan ini!

Rasanya dah lama tak update mengenai anak-anak dan keluarga.. Oktober tahun ini banyak peristiwa suka duka yang berlaku. 

SUKA
Bulan yang sangat santai buat saya dan keluarga pada mulanya.. Kami sekeluarga telah pulang ke kampung halaman saya di Kuching, Sarawak. Pulang untuk Hari Raya Aidiladha, meraikan ulangtahun kelahiran saya yang ke 30 di bumi kelahiranku, ziarah nek wan dan kaum keluarga di sana, seterusnya pergi bercuti di Damai Puri Santubong, yang merangkap percutian kami sekeluarga untuk tahun ini. Hehe.. All-In-One!

Aidiladha 2013


Damai Puri Resort Santubong

.: Jalan-jalan Tengok Kawasan :.


 .: Arissa & Alina Menikmati Pemandangan Dari Lobby Hotel :.


 .: Bergembira Dengan Aktiviti Pantai - Jom Main Pasir! :.


 .: Masing-masing Kepenatan Selepas Aktiviti di Pantai ^_^ :.


.: Photographer Cilik In-Action - Bakat Terpendam Alina :. 

Aksi si cilik ini dirakam pada 17 Oktober 2013 yang lalu. Ketika itu kami sekeluarga sedang berjalan-jalan melihat pemandangan pantai Santubong serta keindahan alam semulajadi ciptaan Allah. Dan tika inilah saya mendapat khabar duka dari adik saya!
.: Arissa & Alina Ready to Take-Off! :.

DUKA

Mungkin ada yang dah tahu namun mungkin ada yang masih belum mengetahuinya. Saya telah kehilangan anak buah pertama saya yang baru berusia 3 bulan, Nurzara Insyirah.. Ia merupakan satu tamparan hebat buat kami sekeluarga. Arwah baby Zara telah meninggal dunia di sebuah taska. Semoga ibu ayah bidadari kecil ini tabah dengan ujian Allah ini. Allah ada rencana yang lebih baik untuk mereka... InsyaAllah..

It's really rings me a bell! Saya perlu buat sesuatu supaya suatu hari nanti saya dapat menjaga sendiri anak-anak saya disamping dapat menjana 4-5 angka sebulan. Biar anak-anak saya membesar depan mata seterusnya saya mempunyai lebih masa yang berkualiti bersama mereka dan keluarga keseluruhannya. Itulah impian saya. Dunia hari ini tidak seperti dulu lagi. Tidak seselamat dulu. Jadi, inilah usaha saya. Menyediakan 'RUMAH SHAKLEE' sebagai permulaan.. Semoga Allah beri yang terbaik untuk saya dan keluarga, dunia dan akhirat.. InsyaAllah..


.: MamaCilik :.

Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

No comments :

Post a Comment