Selamat Tinggal Cyst!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah... Syukur.. Syukur.. Syukur ke hadrat Ilahi.

Saya terpanggil untuk berkongsi kisah seorang customer saya yang juga merupakan sahabat pena saya waktu di zaman sekolah menengah dulu.

Puan Nor nama diberi. Alhamdulillah beliau dikurniakan seorang anak yang kini sudah pun berusia 3 tahun. Dalam usia anak yang begini, seperti wanita lain juga, sudah tentu beliau menginginkan anak lagi. Namun, setelah berusaha dan mengharap, Allah masih jua belum memberi rezeki anak baru kepada beliau dan suami.


Saban bulan kekecewaan silih berganti setiap kali result UPT test adalah negatif. Puan Nor mengambil keputusan bagi menjalani pemeriksaan lanjut di hospital setelah agak lama percubaan mendapatkan anak kedua gagal. 


Setelah menjalani pemeriksaan kesihatan, puan Nor disahkan mempunyai cyst dalam rahim yang mungkin menjadi sebab mengapa masih belum berjaya untuk mengandung lagi. Allahuakhbar! Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan beliau ketika itu. Sudah tentunya kesedihan dan kekecewaan menyelubungi diri.

Secara kebetulan, dalam pada Puan Nor dirundung duka dan kesedihan, kami 'berjumpa' di dalam Facebook setelah bertahun-tahun kami putus hubungan. Kami saling bertukar cerita mengenai hidup masing-masing. 

Apabila saya mendapat tahu perkhabaran mengenai cyst di dalam rahim tersebut, saya cuba memberi kata-kata semangat. Saya beritahu beliau, Allah hanya menguji kepada hamba-hambanya yang mampu. 

Saya turut bercerita kepada beliau bagaimana seorang kenalan saya, Siti (bukan nama sebenar) yang mempunyai cyst sebesar 7 cm dan telah dijadualkan untuk menjalani pembedahan dalam masa 2 bulan kemudiannya. Siti pernah bercerita beliau mengamalkan pengambilan GLA Complex Shaklee selama 2 bulan sebelum pembedahan. Akhirnya tiba hari pembedahan, doktor menjalankan pemeriksaan semula ke atas Siti dan mendapati cyst sebesar 7 cm itu hilang! Tiada lagi cyst yang menghantui dan menakutkan itu. Doktor turut terkejut dan yang paling menggembirakan adalah, pembedahan dibatalkan! Alhamdulillah dengan izin Allah..


Jadi, saya sarankan kepada Puan Nor untuk ikhtiar sebegitu juga. Kita usaha dan serah kepada Allah. Puan Nor bersetuju untuk mengambil vitamin GLA Complex Shaklee sebagai usaha mengecutkan/menghilangkan cyst tersebut.

Baru-baru ini, setelah hampir 2 bulan, tiba-tiba saya ternampak status yang berbaur rasa gembira pada status facebook Puan Nor. Tapi saya tidak bertanya lebih lanjut. Baru saja saya terfikir tentang beliau, saya terus dapat mesej. Itu lah yang kita namakan Law of Attraction.

Puan Nor dengan rasa penuh syukur dan gembiranya memberitahu saya bahawa cyst yang menghantui diri selama ini telah hilang! Puas sudah doktor tercari-cari tapi tidak jumpa. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana menyembuhkan Puan Nor dan memberi peluang kepada saya untuk menambah nilai hidup orang lain. 

Inilah antara perbualan saya dan Puan Nor 
yang gembira dengan perkembangan kesihatannya.

Saya doakan Puan Nor beroleh cahaya mata kedua seperti yang diimpikan. Amin...

Kepada pembaca semua, hidup kita ni tidak lari daripada masalah. Apa yang penting adalah, bagaimana usaha kita menyelesaikan masalah, bukannya fokus kepada masalah tersebut. Usaha harus selari dengan doa. Allah jua yang menentukan segalanya..

"Ya Allah, aku sesungguhnya bersyukur dengan segala nikmat-Mu. Syukur Ya Allah kerana memberi peluang kepadaku untuk membantu lebih ramai orang di luar sana. Kau datangkanlah kepadaku orang-orang yang boleh aku bantu. Amin..."

Kalau anda nak makan GLA Complex ni, pastikan anda makan dengan cara yang betul. Ia sangat penting!

Sekian dahulu perkongsian untuk kali ini. Diharap testimoni dan perkongsian ini dapat membantu lebih ramai orang di luar sana yang masih tercari-cari jalan keluar kepada cyst selain pembedahan. InsyaAllah..

Sentiasa SEMULAJADI, sentiasa BERKESAN, sentisa SELAMAT!

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?

MFMS EMPIRE THE MOST HAPPENING SHAKLEE GROUP IN MALAYSIA!

FREE CONSULTATION 
&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!



Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

No comments :

Post a Comment