Jaga-jaga dengan Konjunktivitis!

Assalamualaikum...

Semoga pembaca mamacilik.com semua berada dalam keadaan sihat walafiat.

Saya nak kongsi sedikit ilmu yang saya baru dapat tengahari tadi ketika di KPJ Kajang. 

Pagi hingga ke tengahari tadi saya ke KPJ Kajang untuk berjumpa dengan pakar mata, Doktor Saira disebabkan setelah seminggu, sakit mata (conjunctivitis) yang saya dan Yusri alami tidak pulih malah menjadi lebih teruk. Kami hanya dapat berjumpa dengan Dr. Saira pada jam 11.30 pagi.

Untuk pengetahuan, baby Ammar Firdaus pun dah terkena conjunctivitis ni 2 minggu yang lalu dan Dr. Saira juga yang merawat baby Ammar.


BERTEMU PAKAR MATA


Saya mengadu pada doktor, mata saya bukan makin membaik malah main teruk. Saya inginkan penjelasan doktor mengapa jadi begitu. Pelbagai persoalan yang saya ajukan kepada doktor seperti:

  1. Adakah disebabkan ubat yang diberikan tidak serasi dengan saya? 
  2. Ubat itu terlalu 'kuat' untuk badan saya terima? 
  3. Sistem pertahanan badan / imun saya lemah?
  4. Kenapa baby Ammar ambil masa seminggu saja dah sembuh tapi saya makin teruk? Bukankah sepatutnya saya yang lagi cepat sembuh sebab imun badan dewasa lagi kuat dari baby?

Nasib baik doktor ni baik hati. Layankan aje segala persoalan saya. Hehe..


Berdasarkan penjelasan Dr. Saira kepada saya, lagi kuat imun sistem atau antibodi kita melawan virus conjunctivitis ni, makin kuat virus tu lawan balik. End up makin teruk mata kita dan makin lambat untuk sembuh. Dalam kes Ammar, disebabkan masih baby, sistem imun masih belum kuat. So virus tu seolah-olah datang.. singgah.. dan pergi (bila di wash-out dengan ubat mata). Virus tu kiranya kurang melawan.

Ohhh... Baru saya tahu macam tu sifatnya bila berkaitan virus sakit mata ni. Saya ingatkan sebaliknya. Bila difikir-fikirkan.. Kuat sangat ke sistem imun saya ni sampai virus tu beria-ia nak lawan balik? Hm.. Ya tak ya.. Sejak sakit mata ni saya ada makan nutriferon untuk boost imun sistem. Yelahkan, logik yang sebelum ni saya tahu, kalau rasa nak demam, kalau sakit, kena boost imun supaya lekas sembuh. Rupa-rupanya lain pulak sifatnya kali ni. Maknanya, berdasarkan apa yang dijelaskan oleh doktor tu dan apa yang saya observe, terbuktilah Nutriferon Shaklee ni dapat boost imun sistem kita!

Lagi satu doktor sarankan untuk double up pengambilan vitamin C. Kalau biasanya saya ambil 500mg Vita-C sehari, jadi sekarang ni, saya perlu ambil 1g Vita-C Sustained Release daripada Shaklee tu. Doktor siap offer nak bagi vitamin C lagi kalau kat rumah tak ada. Tak apalah doktor, saya ada Vita-C kesayangan saya yang dah tentunya SEMULAJADI, bukan sintetik! ^_^

Alhamdulillah, bertambah ilmu walaupun Allah duga dengan kesakitan ni.. Lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan ni kan.

HASIL

Jadi, nak tau apa hasilnya saya jumpa doktor harini? Cuba tengok ni, doktor bagi cuti MC 5 hari! Hm.. 


Cuti sampai raya lah jawabnya. Kesian kawan-kawan kat office termasuklah MommyShahab. Maafkan saya yer kawan-kawan. Doakan saya agar cepat sembuh.

Semoga entry yang ringkas kali ini dapat memberi manfaat kepada semua.

Wassalam.

* Jika anda rasa maklumat ini dapat memberi manfaat kepada rakan-rakan mahupun orang lain, please LIKE & SHARE! Terima kasih.

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Sudah bersedia dengan ekonomi yang semakin tidak menentu? 

MFMS EMPIRE THE MOST HAPPENING SHAKLEE GROUP IN MALAYSIA!

FREE CONSULTATION 
&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!


Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

1 comment :

  1. Great Info!!!

    Mintak kebenaran share kat blog yer

    www.supplementkiosk.blogspot.com

    ReplyDelete