Masih Nak Boikot Shaklee?!! Baik Boikot Rokok!!!

Assalamualaikum w.b.t

Salam Ramadhan, salam ukhwah...

Memang tak dinafikan sekarang ni terlalu banyak isu-isu besar disekeliling kita. Bukan setakat isu negara tapi isu dunia! Salah satunya adalah peperangan yang sedang meletus di Gaza. Apa yang saya lihat, sahabat sekeliling saya tidak kita online atau di alam nyata semuanya mendoakan saudara-saudara Islam ita di Gaza yang sedang berjuang! Allahuakhbar!

Mari kita sama-sama tidak putus mendoakan agar Allah memberi perlindungan kepada mereka dan menghantar bantuan agar mereka dapat mengalahkan musuh-musuh Islam. Sesungguhnya DOA merupakan senjata paling tajam, paling besar dan kuat dan ianya ada pada kita umat Islam. Jadi janganlah kita sia-siakan.

Saya turut difahamkan Malaysia sedang mengumpul lagi para sukarelawan muda yang ingin turun padang untuk ke Palestin selepas Aidilfitri ini. Semoga Allah lindungi kita semua daripada malapetaka dan bencana.

BOIKOT

Berikutan daripada itu, banyak jugalah produk dan jenama yang termasuk di dalam senarai boikot. Apa yang saya perhatikan, aktiviti boikot ini bermusim. Tapi kali ini agak lain daripada pandangan saya. Masyarakat Islam disekeliling saya betul-betul marah dan melakukan boikot secara besar-besaran. Harus diingatkan sekali lagi ye sahabat semua. Boikot biarlah dengan ilmu, bukan dengan emosi.


Tidak dinafikan juga Shaklee turut merasa kesan dan tempiasnya. Namun, sekali lagi saya ingin menyampaikan kepada anda bahawa Shaklee tidak terlibat dengan sebarang bentuk kekejaman / politik / krisis / konflik dan seumpamanya. Anda boleh baca pencerahan daripada pihak Shaklee sendiri berkenaan isu ini dalam perkongsian saya sebelum ini:

Dan untuk kita memboikot sesuatu produk atau jenama, mungkin lebih baik kita rujuk dengan yang lebih arif mengenai perkara ni, DISINI oleh Ustaz Dr. Zaharuddin Abdul Rahman.



Kenyataan ini saya ambil dari sebuah website. Entry ini telah ditulis sejak tahun 2009 lagi!

Apa yang saya perhatikan masyarakat kita hari ini, dalam pada nak memboikot pelbagai bentuk produk dan jenama, saya lihat agak kurang yang ingin memboikot ROKOK yang mana secara terang-terangan HARAM dari segi hukum di dalam Islam, dan juga dah sah-sah membahayakan dan memudaratkan kesihatan diri sendiri dan orang sekeliling! 

Nak boikot benda lain bukan main bising tapi bila kita bercakap bab nak boikot rokok semua menyepi... menikus.. cuba buat-buat tak tahu. Untuk keterangan lanjut mengenai fatwa yang telah dikeluarkan mengenai merokok menurut Islam, anda boleh pergi ke website e-fatwa. Saya pun pernah berkongsi berkenaan hal ini dalam entry ini.

Saya sendiri juga pernah kongsikan dan membicarakan isu rokok ini ketika seluruh negara sibuk dengan isu Cadbury haram beberapa bulan lalu. Anda boleh bacanya di dalam entry ini:
Cadbury Haram?? Biar Betul!

BERHENTI MEROKOK

Apabila kita bercakap bab nak berhenti merokok ni, saya sangat pasti ramai yang akan mengelak. Ada yang cakap, "Iyer la.. Cakap memang senang! Aku yang nak berhenti ni yang seksa!". Ok now, saya nak tanya la.. Nak seksa sekarang atau seksa di akhirat kelak? Tepuk dada tanya iman. Saya hanya ingin membantu.


Salah seorang sahabat baik saya pernah beritahu yang dia pernah cuba untuk berhenti. Tapi dia jadi semakin sakit. Demam berterusan, batuk teruk tak henti-henti. Pergi pula jumpa doktor untuk mendapatkan ubat dan nasihat. Apa yang saya sedih, doktor tu kata, "Tak payah la berhenti merokok. Nanti lagi sakit!". MasyaAllah.. Saya sangat terkejut dengan jawapan doktor tersebut. Sangat mengecewakan!

Revolusi Terbaru dari Shaklee
Vivix® Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. 

Vivix® mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.  

Waktu tu saya belum kenal Shaklee. Saya tidak tahu bahawa ada supplement yang selamat dan halal yang boleh membantu seseorang untuk berhenti merokok. Jadi, sekarang ni selepas saya study vitamin-vitamin Shaklee, ada pula diantara sahabat yang beri testimonial tentang berhento merokok, saya rasa bertanggungjawab untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat semua khususnya dan masyarakat diluar sana tentang alternatif ini.

Saya tak nafikan selain daripada pengambilan vitamin, serta kesungguhan perokok itu sendiri, SOKONGAN keluarga dan orang sekeliling tersangatlah PENTING! Atas sebab itulah di dalam keluarga Shaklee saya, Empayar MFMS ada yang telah berjaya berhenti merokok sepenuhnya dan ada juga yang sedang berusaha dan bertarung dengan nafsu merokok dan kekuatan diri sendiri untuk berhenti. Mereka berusaha untuk berhenti dengan pengambilan VIVIX dan beberapa vitamin lain.

Ini adalah antara perbualan dan sokongan dari keluarga Shaklee kami. 
Salah seorang daripada kami sedang mengalami healing crisis dalam usaha berhenti merokok seperti, sering haus, sakit kepala, dan sebagainya.
Turut memberi nasihat, beberapa orang doktor perubatan yang bertauliah.

Walau apa pun, kami sebagai satu keluarga (empayar MFMS) di dalam Shaklee yang menitik beratkan kejayaan dunia dan akhirat sama-sama memberi sokongan, kata-kata semangat dan panduan. Para doktor turut sama memberi panduan dan pandangan dari aspek perubatan.

ADAKAH ANDA BETUL-BETUL NAK BERHENTI MEROKOK?

Kepada perokok tegar diluar sana, anda nilai sendiri sejauh mana kesungguhan (desire) anda untuk berhenti merokok?
  1. Weak
  2. Strong
  3. Powerful
  4. Extreme!
Anda nilai. Anda pilih. Dalam apa pun yang kita berkehendakan, selagi desire level kita tidak / belum sampai ke tahap EXTREME, peratusan untuk berjaya adalah tipis!

Inilah masanya, sementara kita masih berada di bulan Ramadhan yang mulia ni, saya nasihatkan dan saya menyeru, berhentilah merokok. Ingatlah orang-orang yang kita sayang dan yang menyayangi kita. Bagi yang berhasrat untuk mencuba VIVIX sebagai salah satu usaha, pastikan anda ambil / makan dengan cara yang betul. Ambil peluang ini untuk berubah kepada yang lebih baik. Kita berusaha, selebihnya kita serah kepada Allah.

Let's Do The Best & Let's Allah Do The Rest!

Saya doakan, kita semua sentiasa dirahmati Allah. Semoga kehidupan kita berubah kepada yang lebih baik dari sehari ke sehari.

Jika anda rasa perkongsian saya ini bermanfaat dan akan dapat memberi manfaat kepada lebih ramai orang lain diluar sana, saya mohon anda untuk LIKE dan SHARE entry ini. 

Wassalam.

===================================================================

BONUS!!!

Hayati kisah benar kejayaan seorang Engineer Terpaksa Berhenti Kerja Selepas 6 bulan menjalankan Online Busines. Ikuti rahsia bagaimana beliau menghasilkan jualan RM1 Juta dalam tempoh 9 bulan At 'Zero Cost Marketing' selepas mengikuti Seminar Dr. Azizan Osman.

Kisah ini telah mendapat sambutan 15,000 orang pembaca. Cepat download sementara ia masih PERCUMA!!!!! Sila klik image ebook di bawah.



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan sebagai pendapatan sampingan?

FREE CONSULTATION 
&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!



Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

No comments :

Post a Comment