Kisah 9 September

3 tahun berlalu...

Bila dikenang semula kisah 3 tahun lalu, ia di antara waktu yang penuh ujian dan dugaan buat kami sekeluarga. 2 bulan sebelum kelahiran Alina (ketika saya sedang mengandung 7 bulan), Yusri terpaksa menjalani pembedahan tulang belakang (slip disc) untuk kali kedua. 2 bulan juga Yusri terpaksa cuti dari bekerja. Hanya kepada Allah saya mengadu dan memohon ketenangan. Pada waktu itu, saya hanya ada pilihan untuk kuat semangat! 

Seminggu Yusri terpaksa admit di hospital sebelum pembedahan. Pembedahan terpaksa ditunda disebabkan tekanan darah yang tinggi. Doktor sebenarnya pelik sebab Yusri tiada sejarah tekanan darah tinggi sebelum ini.

Disebabkan itu juga, banyak procedure yang terpaksa dilakukan sebelum pembedahan dijalankan termasuklah untrasound scan. Dugaan demi dugaan singgah dalam kehidupan kami.


 Yusri tengah tunggu giliran untuk detail scan buah pinggang disebabkan oleh doktor dapati Yusri ada darah tinggi. tapi Alhamdulillah, semuanya normal. Syukur Ya Allah..

  
Alahai anak papa yang sorang ni. Rindu dengan papa setelah seminggu papa masuk ward

 
 Yusri dah ready untuk masuk ke Operation Theater (OT)

Pembedahan berjalan selama 5 jam (kalau tak silap saya). Penantian yang sangat seksa bagi saya waktu itu. 

Alhamdulillah. Pembedahan slip disc Yusri berjaya. Sejak daripada itu, Yusri akan menjalani pemeriksaan kesihatan susulan setiap bulan bagi permasalah tekanan darah tinggi, asid urik tinggi dan kolesterol tingginya. Saya pernah berkongsi tentang permasalahan ini di "High Blood Pressure, High Cholesterol - Kill the Silent Killer!"

APA YANG BERLAKU PADA 9 SEPTEMBER?

Pada tarikh 9 September 3 tahun lepas, lahirlah seorang puteri yang sangat comel. Begini rentetan kisahnya.....


Pada pagi 9 September 2011, saya yang sedang sarat mengandungkan Alina menemani Yusri pergi berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut kesihatan. Sebenarnya, pagi tu saya dah rasa tak sedap perut. Rasa macam cramp di bahagian perut, rasa memulas-mulas macam nak ke tandas. 

Teringat pula kisah Kak Kam (MommyShahab) tentang kelahiran anak keduanya yang sangat mudah. Ianya bermula macam tu juga. Huish... Berdebar-debar juga saya. Dah sampai waktu nak melahirkan ke? Masa tu kandungan berada dalam minggu ke 37. Oleh kerana nak sedapkan hati, saya anggap ia adalah false alarm. Lagipun tengahari nanti memang ada appointment dengan gynea (pakar sakit puan) pun.

Selesai sahaja perjumpaan Yusri dengan doktor, giliran saya pula temujanji dengan gynea di Hospital Pantai Ampang. Setibanya di hospital, doktor memeriksa kandungan saya. Saya turut menceritakan kepada doktor apa yang saya rasa sejak pagi tadi.

Doktor pun memeriksa dengan lebih lanjut, termasuk memeriksa bukaan rahim. Terkejut saya bila doktor beritahu saya dinasihatkan terus masuk ke labor room untuk proses bersalin. Bukaan pada masa itu dah 2cm! 

Syukur sangat saya memang tak rasa sakit masa tu. Saya siap boleh ikut Yusri pergi register admission di kaunter. Pegawai di kaunter admission tu pun pelik saya boleh jalan-jalan lagi. Siap tanya saya, "Tak sakit ke?". Alhamdulillah..

Kami yakin Allah tidak akan menguji diluar kemampuan hambaNya. Saya bertarung kesakitan bersalin selama 4 jam dengan bantuan induce melalui drip untuk mempercepatkan bukaan pintu rahim. Doktor ada juga bertanya jika saya nak ambil epidural sebagai bantuan menahan sakit. 

Disebabkan ketika kelahiran Arissa yang dulu saya pernah mengambil epidural atas nasihat doktor, jadi kali ini saya ingin mencuba untuk bersalin dan bersedia menanggung kesakitan tanpa bantuan epidural. Syukur alhamdulillah, Allah kurniakan kemudahan untuk saya melahirkan Alina Sarah. Sakit memang tidak dinafikan tapi ianya lebih mudah berbanding kelahiran kakak Arissa.

PERMATA HATI MAMA & PAPA


 Alina Sarah binti Ahmad Yusri

"Seorang yang sangat berpendirian, petah berbicara, bijak dan sangat penyayang."






Alina bersama Mamacilik - Sepetang di padang permainan

 Alina bersama-sama Raees ketika Aidilfitri 2012. Sama tak muka kami? ^_^

Birthday party Alina yang ke-2 tahun di taska. Turut bersama, kakak Arissa

HAPPY 3rd BIRTHDAY ALINA SARAH!

Birthday tahun ni, Alina beria-ia request nak birthday theme Frozen - Anna ONLY!

Puas mama cari kek yang memang ada Anna sahaja. Nasib baik kawan baker, Yanie (WalnutAlmond) dapat cari edible image Anna ni. Cantik dan comel kan? kek tu pun cantik sangat! Thank you Yanie!



Alina bersama kawan-kawan playschool
 
2 hari sebelum birthday, Alina tolong buat goodie bag untuk kawan-kawan

Goodies - Kek, biskut, ribena, jelly, belon, sticker

Alhamdulillah, Alina nampak happy dengan birthday celebration kat school. Balik tu sekali lagi blow candle kat rumah pulak. Tapi yang tak best nya, papa Alina tak ada bersama dek tuntutan kerja. Yusri terpaksa outstation ke JB.

Again.. Kek Frozen lagi. Tapi kali ni ada Elsa atas permintaan kakak Arissa


Alina sayang, 
Mama, papa, kakak Arissa & adik Ammar sangat sayangkan kamu!

Mama & papa doakan agar Alina menjadi insan yang berguna & berbakti kepada keluarga, bangsa, & Islam.

We loves you so much, si tembam mama!

KERANA ALINA

Alina juga yang menjadi asbab saya kenal Shaklee. Sejak kelahiran Alina saya mengambil Set Bersalin Shaklee. Dari situlah bermulanya kisah saya dan Shaklee. Saya pernah kongsikan tentang perbezaan keadaan selepas bersalin Arissa dan selepas bersalin Alina di dalam entry "Set Bersalin Shaklee Terbaik!"

Berasbabkan Shaklee juga sokongan keluarga dan rakan, alhamdulillah, saya berjaya menyusukan Alina sehingga dia berumur 1 tahun 6 bulan. Saya stopkan penyusuan pun disebabkan saya mengandungkan Ammar.

Jujur saya katakan, vitamin Shaklee sangat banyak membantu saya sepanjang tempoh berpantang dan menyusu. Saya nasihatkan bagi yang masih tercari-cari set bersalin apakah yang terbaik, inilah dia. Set Bersalin Shaklee. Saya sarankan berdasarkan pengalaman sendiri. 

Satu lagi yang saya nak pesan, saya tidak kisah jika anda nak beli dari siapa pun set bersalin ini. Tapi tolonglah dapatkan cara makan, guide dan consultation yang betul dalam pengambilan vitamin ini bagi mendapatkan hasil yang optimum.

Saya doakan, ibu-ibu diluar sana mendapat kesihatan yang berpanjangan kerana seorang ibu adalah tonggak utama dalam keluarga dan perkembangan anak-anak. Seorang ibu/mama/mommy/ummi berhak mendapatkan kesihatan yang baik demi keluarga.

Sekian.


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Sudah bersedia dengan ekonomi yang semakin tidak menentu? 

MFMS EMPIRE THE MOST HAPPENING SHAKLEE GROUP IN MALAYSIA!

FREE CONSULTATION 
&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!



Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

No comments :

Post a Comment