DULU MENGEJI SEKARANG MEMUJI

Assalamualaikum dan salam kejayaan,

Alhamdulillah, rezeki masuk lagi hari ni. Setiap hari ada saja rezeki yang Allah kurniakan kepada saya dan seluruh warga Mamacilik. Syukur Ya Allah di atas segala nikmatMu. Ia sangat bererti buat saya. Dapat membantu lebih ramai orang di luar sana yang perlukan kesihatan yang lebih baik, kewangan yang lebih utuh.

Saya terkenang kembali dari bagaimana saya bermula dalam bisnes Shaklee ni. Bagaimana pahit manis yang saya lalui sepanjang berbisnes. Saya ingat lagi apa yang berlaku Ogos 2013, di mana waktu itu saya jatuh tersungkur, saya gagal, saya kecewa, saya putus harapan! Ya, ia berlaku kira-kira setahun yang lalu.

Kemudian saya berjaya bangkit bulan berikutnya. Saya pernah kongsikannya di entry 
"4-FIGURES SIDE INCOME - Bukan Lagi Mimpi"

NIAT



Sejak mula saya serius ingin berbisnes, saya telah diajar untuk mempunyai niat yang betul dalam berbisnes. Apa niat saya? Niat saya yang paling utama adalah untuk membantu ramai orang. Membantu macam mana?


Saya ingin membantu seramai insan di luar sana tidak kira dari aspek kesihatan, kewangan, taraf hidup, mahupun kehidupan.

Setiap hari tidak pernah tidak, saya akan berdoa kepada Allah supaya Allah datangkan kepada saya orang-orang yang boleh saya bantu, yang mampu saya bantu. Saya juga berdoa agar Allah datangkan kepada saya orang-orang yang akan mendapat manfaat kesihatan dan kewangan daripada bisnes saya ni. 

ALLAH MAKBULKAN

Hari demi hari, Allah makbulkan doa saya, alhamdulillah...

Saya juga tahu dan yakin, ia bukan semata-mata doa saya tapi juga doa suami, mama dan abah, mentor-mentor saya, serta semua orang disekeliling saya yang ingin melihat saya berjaya. Syukur alhamdulillah.

Allah datangkan kepada saya insan-insan yang boleh saya bantu seperti yang saya minta. Mereka yang ingin mengubah kehidupan masing-masing kepada yang lebih baik, yang ingin membantu meningkatkan ekonomi rumahtangga seterusnya memberi yang terbaik untuk ibu bapa, anak-anak, serta orang-orang yang tersayang.

NAK BERJAYA

Saya perhati dan lihat, memang ramai yang ingin meraih kejayaan seperti barisan para leaders di dalam empayar MFMS. Tapi saya lihat masih ramai juga yang usahanya masih belum seperti orang yang sungguh-sungguh nak berjaya. Baru berusaha sebulan dua tapi sudah mengharapkan bulan dan bintang di langit.


Cuba kita tanya diri kita sendiri, apa niat kita dalam menjalankan bisnes? Apa tindakan yang kita dah ambil sebagai usaha? Adakah kita dah follow segala apa yang diajar mentor? 

Kita juga kena ingat, dalam apa juga yang kita impikan mesti ada usaha, mesti doa dan mohon kepada Allah. Kejayaan tidak akan datang bergolek begitu sahaja. Kejayaan perlukan pengorbanan!

DI SANA MENANTI DI SINI MENUNGGU

Inilah tajuk yang telah di amanahkan kepada saya di dalam satu sesi seminar "Online & Offline Marketing Genuis" (OMG), bersama-sama seluruh ahli empayar MFMS beberapa bulan yang lalu. Tajuk ini sangat sesuai untuk dikupas memandangkan ramai yang datang kepada saya mengadu yang mereka tidak cukup masa untuk berbisnes. 


DI SANA tugasan sebagai seseorang yang memegang amanah untuk menjaga keselamatan negara sedang menanti, DI SINI tanggungjawab sebagai mama kepada 3 anak-anak kecil dan sebagai isteri sedang menunggu.

Kononnya, kesibukan rutin harian sudah cukup membuatkan mereka tidak menang tangan untuk menjalankan tanggungjawab yang sudah sedia ada. Jadi saya berkongsi kepada mereka, bagaimana untuk kita atasi perkara ini.

Semua orang kata, "Saya sibuklah..", "Bulan ni sampai bulan depan saya ada banyak kerja di pejabat...", "Saya tiada pembantu rumah, semua saya kena buat sendiri. Saya tiada masa untuk berbisnes...". 

Ini adalah di antara alasan-alasan yang saya dengar daripada mereka yang kononnya nak berjaya. Saya tengok ramai yang bagi alasan SIBUK, tapi nak berjaya seperti mereka-mereka yang dah berjaya. Orang yang dah berjaya tu, hidupnya tak sibuk agaknya yer?

Selagi kita sering beralasan, selagi kita masih duduk di 'pulau alasan', selagi itulah kita tidak akan kemana-mana. Selagi itulah kita sukar untuk berjaya.

Tidak ada masa? Sibuk? Tak cukup masa?


Wahai sahabat sekalian, semua orang diberi jumlah masa yang sama. Semua orang diberi 24 jam sehari. Ia terpulang kepada kita bagaimana untuk kita merancang dan mengurus masa kita. Pesanan yang sering saya ungkapkan kepada anak-anak didik bisnes, jangan cari masa kerana selagi kita cari masa selagi itu kita tak akan jumpa. Sebaliknya, BERI MASA! BERI MASA! BERI MASA! 

Seperti yang saya cakap tadi, untuk berjaya kita perlukan pengorbanan. Saya sangat bersyukur kerana Allah gerakkan hati anak-anak didik saya untuk hadir ke sesi OMG tersebut. Walaupun tinggal di luar KL, dari Kelantan, dari Pahang, dan pelbagai negeri lagi namun mereka tetap berusaha untuk hadir demi ilmu yang ingin disampaikan. Itulah salah satu ciri-ciri orang yang akan berjaya!

Memang tidak dinafikan, banyak ilmu yang kami semua belajar daripada sesi tersebut. Banyak yang boleh dipraktikkan untuk berjaya. Ia bukan janji kosong atau teori tetapi ianya telah terbukti berjaya oleh para leaders dan mentor. 

SYAHID SEBELUM BERJUANG 

Saya ada seorang anak didik bisnes. Seorang guru di Kuantan. Izan nama diberi.

Sebelum ini Izan pernah menjalankan bisnes produk A. Waktu itu Izan tanya saya macam mana saya boleh berjaya konsisten dapat 4 angka secara sampingan walhal agak sukar untuk Izan yang sedang buat bisnes A tu.



Saya kata kat Izan, salah satu benda penting kalau nak berjaya buat bisnes, tak kira la bisnes apa pun, kita kena ada MENTOR yang dah berjaya. Proven track record, yang boleh bimbing. Masa tu satu tips tu je yang saya bagi.


Lebih kurang 2 bulan lepas tu Izan menyatakan hasratnya untuk sertai bisnes dengan saya. Dia minta saya ajar dia macam mana untuk dia boleh kecapi apa yang saya dah dapat hari ini.

Namun, semangat itu hanya sementara. Setelah sebulan Izan menjadi anak didik saya, Izan kata nak mengundur diri. Tak mahu lagi meneruskan bisnes ini. Cuma Izan mohon supaya saya tidak keluarkan dia daripada group Mamacilik di Whatsapp (sekarang dah berpindah ke Telegram). 

Kenapa Mengundur Diri?

Ya! Seperti ramai orang lain diluar sana. Alasan yang paling glamor adalah SIBUK!! Yer, sibuklah sangat! Panjang juga perdebatan saya dengan Izan pada masa itu. Antara lain alasan Izan masa itu adalah "Aku tak ada masa nak study produk. Banyak sangat nak kena baca, nak kena study. Lagipun, apa yang aku ada sekarang dah cukup."

Betul ke dah cukup? Betul ke dah selesa sekarang? Tak perlu bantu mak ayah? Tak perlu bantu adik beradik? Tak perlu bantu orang-orang Islam yang lain? Pentingkan diri sendiri? Fikirkanlah. Sudahkah kita hantar mak ayah pergi haji dan umrah? Berapa banyak yang kita dapat sumbangkan ke jalan Islam?

Saya kata pada Izan lagi, cuba kita bayangkan, seorang doktor pun ambil masa 7 tahun untuk berjaya menjadi doktor yang bertauliah, seorang engineer pun ambil masa bertahun-tahun untuk dapat sekeping ijazah. Untuk apa semua tu? Untuk mendapat pekerjaan yang TERJAMIN, boleh memberi manfaat kepada orang lain disamping menampung kos sara hidup untuk menampung keluarga. Dan semuanya perlu ILMU!

Jadi, dalam bisnes ni Izan harapkan apa? Duduk goyang kaki dan duit masuk tiap-tiap bulan? Sahabat, ini bukan skim cepat kaya. Tapi ini adalah bisnes yang patuh syariah, yang mendapat full support dari para leaders dan mentor, yang dibimbing sehingga berjaya selagi mana diri kita sendiri ingin berjaya! 

Bisnes akan jadi MUDAH bila kita tahu caranya!

Allah dah kata, Man Jadda Wa Jada. Siapa yang berusaha pasti beroleh kejayaan! In shaa Allah..

Adakah Duit Menjadi Ukuran?

Satu ayat Izan yang saya tak boleh lupa adalah, "Aku bisnes bukan ber'kiblat'kan duit.". Allah.. Allah.. Bantulah saya dalam membantu sahabat saya ini. Izan masih tak faham ketika itu kenapa kita perlu berbisnes.

Adakah saya mengajar untuk menjadi mata duitan? TIDAK!
Adakah saya mengajar menjadikan kaya sebagai matlamat utama untuk berbisnes? TIDAK!

Sebulan juga Izan menyepikan diri. Sibuk lah agaknya kan?


Tapi bulan berikutnya iaitu Februari 2014, Izan beritahu pada saya, dia minta maaf. Rupa-rupanya dalam diam dia menjadi silent reader di dalam group Mamacilik. Dia terkesan dengan apa yang saya sampaikan kepada mereka setiap hari. Dia sudah mula faham apa yang saya maksudkan selama ini.

MELOMPAT LEBIH TINGGI



Sejak itu, saya dapati peningkatan yang sangat drastik pada sales Izan bulan tersebut. Saya semak semula aktivitinya. Ya, dalam diam Izan buat apa yang diajar satu demi satu. Saya guide Izan denga terperinci apa yang dia perlu lakukan.

Alhamdulillah, Mac 2014 Izan berjaya terus naik ke rank Supervisor! Izan berjaya menggenggam pendapatan 4 angka sebulan untuk kali yang pertama. Seorang lagi anak didik saya berjaya menggenggam 4 angka SECARA SAMPINGAN. Syukur... Syukur... Syukur...

Saya turut pernah berkongsi kisah kejayaan baru anak-anak didik saya dalam entry 
"Tak Pernah Menjual Hatta Sebatang Pen, Kini Pendapatan 5 Angka Sebulan Tercapai!"

Izan Yang Baru

Itu cerita Mac 2014. Sehingga ke hari ni, Izan konsisten mendapat pendapatan sampingan 4 angka sebulan setiap bulan. Izan hari ini bukanlah Izan yang dulu. Kini Izan semakin berdikari membina empayarnya sendiri.

Sebagai mentor, saya rasa sangat bersyukur, saya suka dan gembira melihat perubahan Izan sekarang. Izan lebih positif. cuba sedaya upayanya untuk tidak beralasan walau sesibuk manapun, walau sesukar manapun jalan yang dilalui setiap hari. 


Bersama-sama anak-anak didik bisnes ketika MegaRaya GLC.
Dari kiri: Izan, Kam Haryatie (MommyShahab), saya, dan Baya

Cermin Diri

Lihat! Semuanya bermula dengan diri sendiri. Selagi kita tidak mahu BANTU DIRI SENDIRI, selagi kita masih kuat beralasan, selagi itu kita sukar nak berjaya. Syukur Ya Allah!

Lihatlah cermin. Siapa yang kita nampak? Orang itulah yang menentukan sama ada kita akan jadi seorang berjaya atau seorang yang gagal. Adakah kita seorang FIGHTER atau loser!



Pilihan ditangan kita sendiri. Sama ada kita ingin menjadi seorang yang berjaya atau hanya menjadi orang yang melihat orang lain berjaya.

Berbalik kepada niat. Saya sangat sangat bersyukur ramai anak didik bisnes yang dah mula nampak kenapa kita perlu berbisnes. Dan saya bersyukur kerana telah dapat membantu mereka menambahbaik dan meningkatkan kesihatan kewangan keluarga masing-masing. Alhamdulillah..

Saya doakan anda yang membaca ini kaya, berjaya, bahagia, di dunia dan di akhirat. Amin..

Wassalam.

BONUS!!!

Inilah eBook yang telah menjadi titik tolak Izan memulakan langkah sehingga berjaya ke tahap sekarang ini.

Hayati kisah benar kejayaan seorang Engineer Terpaksa Berhenti Kerja Selepas 6 bulan menjalankan Online Busines. Ikuti rahsia bagaimana beliau menghasilkan jualan RM1 Juta dalam tempoh 9 bulan At 'Zero Cost Marketing' selepas mengikuti Seminar Dr. Azizan Osman.
Kisah ini telah mendapat sambutan 15,000 orang pembaca. Cepat download sementara ia masih PERCUMA!!!!! Sila klik image ebook di bawah.


Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan?
Ingin sertai 'rumah' kami yang sangat happening dan penuh dengan aura positif? 

MARIAFIRDAUS EMPIRE, THE MOST HAPPENING SHAKLEE TEAM IN MALAYSIA!

FREE CONSULTATION 
&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!



Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

No comments :

Post a Comment