Kenapa Bantuan Banjir Lambat Sampai?

Assalamualaikum

Tatkala ramai orang yang sambung cuti sempena cuti cristmas semalam, di kala orang lain dah tak ada mood nak pergi kerja hujung-hujung tahun ni, tidak bagi saya.

Hari ni rasa semangat lain macam nak pergi kerja. Semangat yang entah dari mana yang semestinya datang daripada Allah s.w.t.

Mendengar rintihan dan rayuan sahabat-sahabat pantai timur sejak beberapa hari yang lalu membuatkan saya berfikir dengan lebih mendalam.

Dua perkara yang sememangnya menjadi rutin saya saban hari sangat berkait rapat dengan insiden-insiden banjir yang sedang melanda negara sekarang ni.

1. SISTEM DAN PROSEDUR KESELAMATAN NEGARA

Bila saya perhatikan, sebenarnya bukan negara tidak ambil peduli. Bukan negara sengaja melambat-lambatkan bantuan. Tapi kita dikekang dengan prosedur yang panjang dan lama.

Saya sebagai salah seorang yang mengkaji sistem manual dan pengkomputeran sedia ada sedar tentang hal ini.

Usahlah kita menyalahkan mana-mana pihak dan menuding jari. Ia langsung tidak akan menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Usahlah kita sentiasa negatif. POSITIF lah sahabat-sahabat sekalian. Negara kita sekarang tidak perlu pepecahan rakyat dan kepimpinan. Negara perlukan perpaduan sesama kita tidak kiralah apapun idealogi kita.

Saya datang ke pejabat hari ini dengan semangat untuk menyambung pembinaan sistem keselamatan negara. Menambahbaik lagi apa yang ada. Terlalu banyak di dalam fikiran saya sekarang ini.

Saya mohon doa sahabat sekalian agar urusan ini dipermudahkan.

2. DANA BANTUAN

Sejak beberapa hari yang lalu saya melihat semakin ramai yang turut turun padang untuk memberi bantuan. Begitulah juga dengan salah seorang Master Coordinator, Farah Wahida yang berusaha mengumpul dana bagi menampung kos menyewa helikopter bagi tujuan menyelamat mangsa-mangsa terutamanya mangsa yang kritikal di ICU Hospital Kuala Krai.


Namun, apa yang menyedihkan, seperti biasa keyboard warior sangat suka menggembar-gemburkan berita-berita yang tidak benar. Memang bukan salah mereka 100% kerana Master Farah mungkin tidak melalui saluran yang tepat. Tapi, apa lagi yang harus dilakukan dalam keadaan seperti ini? Mengharapkan bantuan daripada pihak-pihak yang berwajib yang memerlukan proses dan prosedur yang agak lambat dan panjang? 

Terjadinya bencana dan peristiwa seperti ini sepatutnya sedikit sebanyak membuka mata kita untuk turut sama membantu. Pada pandangan peribadi saya, kita sepatutnya mampu untuk membantu untuk menghulurkan bantuan kewangan yang banyak. Contohnya untuk menyewa helikopter, bukan lah kos yang rendah. 


Tapi seperti biasa juga alasan-alasan tipikal akan keluar dari mulut-mulut masyarakat sekitar. Maklumlah, duit saraan untuk diri sendiri dan keluarga pun tidak cukup. Tahun depan nak mula GST pulak tu. Nak kena bersedia dari sekarang (kononnya). 

Inikan pula untuk menyumbang dalam bencana seperti ini. Ya! Mesti ada yang kata, kita pun boleh sumbangkan dan sedekahkan doa. Sesungguhnya doa adalah senjata yang paling kuat buat orang mukmin. Saya tak nafikan itu. Ia ternyata benar! Tapi bukankah lagi bagus kalau kita boleh menyumbang kedua-duanya? Renung-renungkan.

Impian saya supaya suatu hari nanti saya akan dapat menyumbang dengan lebih banyak lagi dana terutamanya bagi kes-kes kecemasan seperti ini. Jika diharapkan gaji kerja hakiki sememangnya saya tidak mampu. Alhamdulillah, saya mempunyai bisnes yang dapat merealisasikan impian saya ini.

DOA SENJATA ORANG MUKMIN

Jom sahabat semua, kita berdoa agar Allah bantu saudara-saudara kita yang sedang dalam musibah ini. Doakan juga saya dan sahabat di office dapat membangunkan sistem keselamatan negara demi masa depan negara Malaysia kita sendiri.

Sedarlah. Setiap orang daripada kita adalah penyumbang kepada negara secara langsung mahupun tidak langsung. Apa yang penting, pastikan sumbangan kita bukan untuk perpecahan tetapi adalah untuk pembangunan dan perpaduan negara!

Salam ukhwah daripada MamaCilik.

MENCARI SESUATU UNTUK MENINGKATKAN EKONOMI KELUARGA?
Sudah bersedia dengan ekonomi yang semakin tidak menentu?

Saya ada eBook persediaan anda menghadapi GST tahun 2015!
Hubungi saya untuk mendapatkannya secara PERCUMA! 

FREE CONSULTATION,
AFFORDABLE PRICE, 
&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!



Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

4 comments :

  1. Yes!! Agree. Sama-sama kita membantu. InsyaAllah.. Rezeki takkan pernah putus selagi kita memberi dan memberi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Sakinah. Sama-sama kita doakan mereka dan usaha sehabis baik membantu.

      Delete
  2. Betul..setuju dgn kinah..bila kita mampu memberi, secara tak langsung membawa maksud kita 'lebih berharta' dari org lain..lama2 mmg kita terpaksa jadi kaya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Dr. Didi. Sangat mendalam maksudnya. Bukan harta dan pangkat dunia mahupun pandangan dunia yang menjadi tujuan. Tapi pandangan Allah yang menjadi ukuran.

      Delete