Pembunuh Senyap Punca Sahabatku Pergi Selamanya


Perginya seorang sahabat lama saya baru-baru ni membuatkan saya banyak berfikir. Kehilangan pada 18 September 2015 yang lalu masih lagi mengejutkan ahli keluarga dan sahabat handai.

Perginya arwah ke rahmatullah sangat tidak disangka. Sekelip mata jika Allah kata "kun fayakun". Jadi, maka jadilah ia.

Setelah sekian lama tidak mendengar khabar berita, kami di Whatsapp group kelas 5 Usaha (batch 2000) mendapat tahu bahawa arwah telah kembali ke rahmatullah buat selamanya.

Meninggalkan seorang isteri bersama-sama dua orang anak yang masih kecil, 6 tahun dan 2 tahun. Masih terlalu kecil untuk merasai dan memahami erti kehilangan seorang abah. Allah... Tak habis fikir saya dibuatnya. 

APA YANG TERJADI?

Saya difahamkan, arwah tiba-tiba jatuh pengsan sewaktu makan malam dan kemudian pergi buat selamanya 5 minit selepas itu. Ia berlaku dengan sangat pantas!

Hasil post mortem daripada doktor di hospital, menunjukkan terdapat pendarahan pada otak arwah. Allahuakbar! Apa sebenarnya yang menyebabkan pendarahan otak tersebut? Adakah arwah memang sakit sebelum ni? Adakah arwah ada terhantuk atau jatuh di mana-mana?

Jawapannya TIDAK!

Jadi, apakah puncanya? Bagaimana ianya boleh terjadi secara tiba-tiba? 

Menurut adik kepada arwah, telah berlaku Intracranial Bleeding yang menjadi punca kematian.

INTRACRANIAL BLEEDING?

Intracranial Bleeding atau Brain Hemorrhage dalam bahasa mudahnya pendarahan pada otak merupakan sejenis stroke. Ia disebabkan oleh arteri di dalam otak yang pecah dan menyebabkan pendarahan lokal pada jaringan-jaringan sekelilingnya. Pendarahan ini membunuh sel-sel otak.


Banyak faktor dan sebab kepada Intracranial Bleeding ni. Antaranya:
  1. Trauma Kepala
  2. Tekanan Darah Tinggi - Keadaan ini selalunya mengambil waktu yang panjang bagi melemahkan dinding-dinding pembuluh darah. Tekanan darah tinggi yang tidak dirawat adalah penyebab utama yang dapat dicegah dari pendarahan otak (jika disedari lebih awal).
  3. Aneurysm
  4. Kelainan Pembuluh Darah
  5. Amyloid Angiopathy
  6. Penyakit Darah atau Pendarahan
  7. Penyakit Hati
  8. Tumor Otak 

Dalam erti kata lain, rupa-rupanya arwah mengalami tekanan darah tinggi (hypertension) tetapi selama ni tidak menyedarinya. Jadi pada malam kejadian, tekanan darah menjadi sangat tinggi sehingga boleh menyebabkan pendarahan pada otak. 

Innalillahiwainnailairojiun... 

Saya mohon kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah sahabat saya ni. Semoga beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Damailah kamu di alam sana wahai sahabat....


KESEDARAN DAN HEALTH AWARENESS

Selama ni saya sering bercakap dan memberi awareness kepada ramai orang tentang ni. Inilah yang dikatakan silent killer atau pembunuh senyap. Dalam diam dan dalam kita tidak menyedarinya, tekanan darah tinggi boleh membunuh kita! Kini, ia telah pun terjadi terhadap sahabat saya sendiri. Sedih hati ini, hanya Allah yang tahu.

Ya, saya sangat percaya dan setuju bahawa jodoh pertemuan, ajal dan maut terletak ditangan Allah. Ia telahpun tertulis di Loh Mahfuz sejak kita berada di dalam rahim ibu lagi. Tapi, dalam kita mencari redha Allah di atas muka bumi ni, kita seharusnya berusaha untuk menjaga kesihatan. Kita tak sakit sekarang bukan bermaksud kita tidak berisiko mendapat dan menghidap penyakit.

Rutin harian, pemakanan, dan gaya hidup seharian sangat perlu dititik beratkan. Saya menyeru semua sahabat, kenalan, para pembaca blog Mamacilik.com untuk melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala. Medical checkup setahun sekali pun dah memadai bagi mereka yang sihat.

Affni Shahida
Your trusted health and beauty consultant 


Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

No comments :

Post a comment