11 TIPS SELEPAS BERSALIN PEMBEDAHAN YANG ANDA PERLU TAHU!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pembaca setia MamaCilik.com.

Di sini saya ada sedikit bahan bacaan yang saya ingin kongsikan kepada anda semua. Terutamanya para ibu, mama, mommy, umi, bonda, yang bakal melahirkan cahaya mata tak lama lagi. Ya, sememangnya kita berharap untuk melahirkan bayi secara normal. Namun, persediaan mental dan fizikal serta ilmu mesti dilakukan juga.

Jom kita tengok tips-tips mudah yang boleh kita amalkan untuk memastikan luka pembedahan pulih dengan cepat!

1. Bergerak lebih awal

Menurut kajian, sebarang pergerakan yang dilakukan selepas menjalani pembedahan besar boleh membantu percepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan risiko darah beku. Anda tidak seharusnya berfikir bahawa benang jahitan akan terbuka sekiranya anda bergerak kerana ia sangat jarang berlaku. 

Pastikan anda mendapatkan bantuan ahli keluarga atau jururawat ketika anda ingin melakukan sebarang pergerakan yang besar terutama pada beberapa hari awal selepas pembedahan.


2. Makan makanan berzat dan seimbang

Diet yang seimbang sangat penting. Anda kehilangan bendalir tubuh, mineral dan protin dengan banyak selepas bersalin dan anda perlu menggantikannya dengan kadar segera sekiranya anda ingin cepat pulih. 

Makan makanan yang mengandungi banyak protin seperti daging, ayam, ikan dan buah- buahan kerana ia kaya dengan mineral. Manakala sayur- sayuran pula kaya dengan vitamin. 

Jangan terpedaya dengan cakap orang tentang makanan sejuk dan panas, kerana ia tidak ada dalam istilah sains. Sebagai contoh, bayam dan lobak merah mengandungi antioxidant berupaya membuang toksin dalam tubuh. Brokoli dan kangkung mengandungi zat besi yang berupaya meningkatkan tahap hemoglobin anda.

Namun, saya lebih suka untuk mendapatkan sumber antioxidant, zat besi, dan vitamin-vitamin lain daripada supplement semulajadi. So, tak perlu fikir tentang makanan sejuk yang mengandungi banyak zat dan vitamin. Kita punya pilihan.

3. Minum air secukupnya

Air adalah agen pembuang toksin dalam badan dan jangan percaya kepada mitos yang mengatakan minum terlebih air boleh menyebabkan faraj berair dan rahim kembang.

Kekurangan air boleh menyebabkan sembelit dan menyukarkan proses kumuhan. Ini memberikan tekanan pada perut dan tempat luka serta menyebabkan anda menjadi sakit. Kurang air juga boleh mengakibatkan sembelit! Minum sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.

Adalah lebih baik untuk minum 3 liter sehari bagi memastikan anda dapat menyusukan bayi dengan susu ibu sepenuhnya.

4. Berhati-hati ketika mengambil ubat tradisional

Tidak semua ubat tradisional selamat dan ada yang boleh memberikan kesan sampingan seperti mengurangkan kecutan rahim dan menyebabkan pendarahan faraj yang banyak. Ada pula yang mengandungi bahan kimia yang boleh memberikan tekanan kepada buah pinggang anda.

Dapatkan nasihat orang yang berpengalaman dalam bidang ubatan tradisional.

5. Mengambil suplemen zat besi dan multivitamin

Semasa pembedahan, kehilangan darah yang banyak akan berlaku iaitu 2-3 kali lebih tinggi daripada bersalin normal. Kehilangan darah menyebabkan perjalanan oksigen ke sel tubuh menjadi kurang dan ini menyebabkan luka lambat sembuh. Amalan memakan suplemen zat besi dan multivitamin dapat meninggikan tahap hemoglobin dengan lebih cepat seterusnya mempercepatkan tempoh pemulihan.

6. Makan pil penahan sakit

Sakit keterlaluan menyebabkan ketidakselesaan akan mengurangkan keinginan untuk menyusukan bayi dan bergerak. Dapatkan ubat penahan sakit yang secukupnya untuk memastikan anda berasa selesa dan lebih senang untuk bergerak.


Sebagai langkah alternatif, kita juga disarankan mengambil vitamin B (B-Complex) bagi mengawal nervous system badan kita. Secara khususnya vitamin B12 (mecobalamine), membantu saraf-saraf yg tercedera dan ia merupakan komponen penting untuk membina saraf.

7. Menyusu badan secara eksklusif

Menyusu badan sudah terbukti dapat menyembuhkan luka dengan cepat. Setiap kali menyusu, badan akan mengeluarkan hormon oxytocin yang menolong mengecutkan rahim dan mengurangkan risiko tumpah darah. Terdapat teknik-teknik menyusu yang sesuai yang boleh dipelajari dari jururawat dan bidan hospital. Dapatkan juga tips menyusu dari kawan-kawan yang pernah melahirkan secara pembedahan.

8. Pastikan luka kering dan bersih

Biarkan luka terdedah kepada udara atau gunakan alat pengering rambut sekiranya perlu. Jangan menggaru pada luka atau menyapu sebarang ubat tanpa saranan doktor. Ini kerana ia boleh meninggikan risiko jangkitan kuman.


Pengambilan mineral zinc dapat membantu pemulihan luka dengan lebih cepat. Sebab tu selepas pembedahan kita kebiasaannya disarankan untuk makan ikan haruan kerana khasiatnya yang banyak dengan kandungan zinc.

9. Pakai bengkung

Anda boleh menggunakan ‘binder’ atau bengkung sekiranya mahu. Ia selamat dan digalakkan untuk mengurangkan sakit terutamanya semasa batuk dan bersin. Perut anda juga mudah kempis kerana ia bertindak mengurangkan angin di dalam usus. Ia juga membantu mengurangkan sakit belakang dengan memberikan sokongan pada tulang belakang. Pakai bengkung yang lembut dan berasaskan dari kain. Digalakkan pemakaian bengkung satu minggu selepas pembedahan.

10. Elak aktiviti yang boleh mendatangkan kesakitan

Aktiviti seperti menaiki tangga atau membongkok boleh membuatkan anda berasa lebih sakit. Oleh itu, elakkan daripada melakukan aktiviti tersebut sekurang-kurangnya satu minggu selepas pembedahan.

11. Dapatkan bantuan ahli keluarga


Sokongan daripada suami dan ahli keluarga lain sangat penting semasa anda menjalani tempoh berpantang. Mintalah bantuan daripada mereka sama ada dari segi fizikal dan emosi sekiranya perlu kerana anda baru sahaja menjalani pembedahan yang besar. Anda tidak boleh melakukannya sendirian.


TANDA-TANDA SERIUS SELEPAS PEMBEDAHAN

1. Demam berterusan
2. Sakit pada tempat luka
3. Pendarahan yang banyak, berterusan dan berketul dari faraj
4. Keluar nanah dari tempat luka
5. Tanda kemerahan pada sekitar luka
6. Keluar air jernih dari tempat luka
7. Tempat luka nampak berlubang atau bengkak
8. Benang jahitan keluar dari luka atau terbuka

Sekiranya anda mengalami tanda-tanda sebegini, sila berjumpa doktor dengan segera!


Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda. Anda boleh SHARE perkongsian saya ni jika anda rasa ianya bermanfaat untuk anda. Jika bukan anda pun, mungkin untuk isteri, kakak, adik, atau sahabat dan kenalan anda.

Sama-samalah kita membantu lebih ramai insan di luar sana.Terima kasih. ^_^

Anda ada sebarang kemusykilan?
Hubungi saya, AFFNI. 
Your certified Shaklee product consultant:-

FREE CONSULTATION,
AFFORDABLE PRICE, 
&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!

Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

No comments :

Post a Comment