OMEGA 3 PENTING UNTUK PERKEMBANGAN OTAK KANAK-KANAK

Percaya atau tak kalau Kak Aff katakan, perkembangan otak kanak-kanak bermula sejak dari dalam kandungan lagi? Salah satu nutrien yang sangat penting dalam membantu perkembangan otak anak-anak kita adalah khasiat daripada Omega 3.

Kalau dulu, Kak Aff pun sekadar dengar apa orang kata, apa doktor kata, sekadar baca gitu-gitu je dalam artikel berkaitan. Tapi, sejak dah ramai anak ni (5 orang kira ramai la kan? hehe..) lagi-lagi sejak diamanahkan sebagai Shaklee Product Trainer ni, Kak Aff banyak membaca, belajar, dan mengkaji tentang nutrisi. Salah satunya tentang khasiat Omega 3 ni lah.


Alina Sarah, 7 tahun (2018) merupakan anak kedua daripada 5 beradik. Seorang yang sangat SANGAT terperinci dalam segala hal yang dilakukan. Kalau dia bercerita, dari A sampai Z detail tau dia akan cerita. Penat mama & papa dia tunggu apa la dia nak sampaikan sebenarnya. Hehe..

Syukur alhamdulillah

❤️ Kerana Alina, Kak Aff kenal Shaklee
❤️ Kerana Alina, Kak Aff start makan Set Bersalin Shaklee selepas kelahirannya
❤️ Kerana Alina, Kak Aff kenal supplements Shaklee yang lain untuk tenaga
❤️ Kerana Alina, Kak Aff study supplements Shaklee untuk papanya yang ada masalah darah tinggi, kolesterol tinggi, acid uric tinggi
❤️ Kerana Alina, Kak Aff tahu Shaklee ni boleh buat bisnes yang diwarisi oleh anak-anak

Kalau nak disenaraikan, terlalu banyak yang perlu disyukuri.

Anak Kak Aff, Alina ni kalau dikenang semula sejak awal tahun 2018 ni boleh dikatakan hampir tak ada demam yang teruk apatah lagi asthma attack, ataupun masalah kesihatan serius yang lain. Kalau setakat demam sikit, selsema, batuk sikit tu biasa. Kalau dibandingkan dengan rakan sekelas yang lain, boleh kata tiap hari ada saja parents yang inform guru kelas di group whatsapp tentang ketidakhadiran anak masing-masing.

Syukur. Inilah nikmat yang ramai orang lain tak sedar & ambil mudah.

KESEDARAN NUTRISI UNTUK ANAK-ANAK

Syukur dengan ilmu yang Allah pinjamkan pada Kak Aff ni. Dengan sedikit ilmu nutrisi yang dipinjamkan ni lah Kak Aff cuba beri yang terbaik untuk anak-anak dan keluarga.

Kalau diikutkan, Kak Aff sangat sibuk tau lebih-lebih lagi sewaktu anak-anak exam akhir tahun haritu. Masa tu juga aktiviti bisnes Kak Aff sangat padat! Kak Aff ke serata Malaysia untuk projek The Walking Beauty (TWB) tu.

Boleh dikatakan, waktu anak-anak nak exam tu, Kak Aff pantau dalam kadar yang sangat minima. Sekadar ingatkan mereka untuk ulangkaji. Memang tak sempat nak pantau satu satu buku dan ulangkaji bersama. Faham faham je la kalau mama tak duduk sekali, memang tak ada la serius sangat belajarnya. Hehe..

Tapi bila tengok result Alina pada akhir tahun ni, Kak Aff sangat sangat terkejut. Its like, adakah pembelajaran sepanjang tahun sewaktu cikgu ajar dia boleh pick up dengan mudah? Nak kata dia banyak tanya cikgu tak juga sebab malu katanya.



Serius Kak Aff tak percaya bila tengok keputusan akhir tahun Alina ni. Banyak kali Kak Aff refresh website Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).

Di sekolah agama tahfiz ABIM juga Alina merupakan pelajar terbaik tahun 1. Syukur alhamdulillah. Terima kasih semua guru & ustazah.



Ohh.. Tak ketinggalan kakak Arissa juga merupakan pelajar kedua terbaik di tahfiz ABIM. Alhamdulillah ^_^

Bila difikir-fikirkan, Alina mula dapat khasiat Omega 3 dari Omega Guard Shaklee sejak dia masih menyusu lagi. Masa tu Kak Aff yang makan Omega Guard ni. So khasiat dari apa yang Kak Aff makan sampai ke anak melalui susu ibu. Inilah salah satu sebab kenapa kita sedaya upaya mesti beri susu ibu kepada bayi yang baru lahir. Apa yang kita makan, itu yang baby dapat. Kita pun kena lah makan makanan seimbang dan dibantu dengan supplements kan.

Untuk Kakak Arissa, mula makan Omega Guard pada umurnya 3-4 tahun. Masa tu culas la jugak kan. Kadang Kak Aff lupa nak bagi. Hehe.. Tapi sekarang masing-masing dah besar. Dah pandai nak ambil sendiri, makan sendiri semua supplements kanak-kanak yang Kak Aff sediakan khas untuk anak-anak.

Anak-anak Kak Aff penggemar Set kanak-kanak Shaklee

Kak Aff percaya, selain doa seorang ibu, pemakanan & nutrisi yang lengkap sangat sangat penting untuk anak-anak ni. Mak mak zaman sekarang ni siiibuk sangat kan. Mana dan je asalkan anak kenyang. Pernah ke ambil kira:

Apa yang si anak makan? 

Cukupkah nutrisi harian? 

Makan buah & sayur cukup?

 Buah & sayur fresh? 

Sayur tak layu dimasak? 

Makan ikan yang tinggi Omega 3 sekurang-kurangnya sekali seminggu?

Kak Aff bukan menolak pemakanan yang biasa kita makan sejak zaman dulu, cumanya, Kak Aff jamin memang takkan cukup nutrisi yang kita beri pada anak-anak setiap hari hanya dengan pemakanan. TAK CUKUP YE!

That's why perlunya supplements untuk fulfill the nutrition gap. Tampung segala lompong nutrisi yang kita tak dapat sediakan untuk anak-anak.

Bagi anak-anak normal:
Kenapa anak-anak sering sakit? TAK CUKUP NUTRISI.
Kenapa anak-anak lambat pick up? TAK CUKUP NUTRISI.

Jom Kak Aff share sikit tentang Omega 3 ⤵️

BAGAIMANA KHASIAT OMEGA 3 PENTING UNTUK PERKEMBANGAN OTAK KANAK-KANAK?


Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui di dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu:

   🐟 Mengurangkan keradangan
   🐟 Menggalakkan fungsi otak
   🐟 Menggalakkan fungsi system saraf
   🐟 Menggalakkan fungsi mata

Sebab tu ianya sangat penting (very crucial) untuk diambil sewaktu sejak anak dalam kandungan lagi tau.


Omega Guard Shaklee sangat sesuai untuk semua lapisan umur, dari bayi hingga ke warga emas. Kak Aff pernah share juga tentang berapa sebenarnya dos Omega 3 yang sesuai untuk kanak-kanak.

Setakat ni dulu perkongsian Kak Aff untuk kali ni. Rasa macam dah lama tak menulis tentang nutrisi dek kesibukan projek mobile spa TWB yang sedang viral dan trending bukan sahaja di Malaysia tapi serata dunia.

Walau sibuk macam mana pun, bidang nutrisi memang passion Kak Aff dan akan terus berkongsi kebaikannya.

Semoga jumpa lagi di lain entry. 😊


Affni Shahida
Certified Mini Nutritionist
Berkongsi dari hati

Tanya Kak Aff untuk PROMOSI TERKINI ya!

Nak dapatkan Shaklee Omega Guard pada HARGA TERENDAH?
Jom daftar sebagai AHLI SHAKLEE yang sah. Lebih JIMAT, lebih UNTUNG!

MENCARI SUPPLEMENT UNTUK KESIHATAN DIRI & KELUARGA TERSAYANG?

Ingin mencuba alternatif semulajadi untuk kesihatan berpanjangan?



FREE CONSULTATION,

AFFORDABLE PRICE, 

&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!

Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

No comments :

Post a Comment