Memaparkan catatan dengan label Master Celebration. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Master Celebration. Papar semua catatan

MariaFirdaus Master Celebration - The Most Fantastic Shaklee Team In Malaysia!

Assalamualaikm w.b.t,

Syukur alhamdulillah, selesai sudah majlis gilang gemilang yang dinanti-nanti bagi meraikan kedua orang Masters kesayangan kami di empayar MFMS pada 16 November 2014 yang lalu. 4 hari telah berlalu seperti ianya baru semalam berlaku. Masih segar diingatan apa yang berlaku sepanjang majlis.

Pintu gerbang tersedia untuk Masters MFMS - The Most Fantastic Shaklee Team in Malaysia.

Inilah stage yang menjadi saksi penganugerahan Masters Maria Firdaus sebagai Master Coordinator Shaklee

BERMULANYA HARI BERSEJARAH

Majlis bermula kira-kira jam 10.30 pagi. Waktu di mana saya masih dalam perjalanan ke Pullman Putrajaya Lakeside bagi menjadi saksi hari bersejarah ini. Seboleh-bolehnya saya tidak mahu tertinggal walau sesaat pun majlis ini.

Alhamdulillah, Allah permudahkan perjalanan 40km saya dari Ampang ke Putrajaya. Saya tiba pada jam 11.00 pagi. Waktu itu, Presiden Shaklee Malaysia, Mr. Victor Lim baru sahaja memulakan ucapan beliau.

Legaaa.. Itu bermakna, saya masih belum terlepas detik surprise yang kami telah rancang untuk masters kesayangan kami selama sebulan ini. Apakah surprise itu? Jom.. Sambung baca perkongsian saya ini.

 Mr. Victor Lim memberi ucapan pembukaan.

 Master Maria Firdaus bersama anak sulung mereka, Farees kusyuk mendengar ucapan Mr. Victor

Perkongsian Jutawan Shaklee

Majlis seterusnya diteruskan dengan perkongsian hebat daripada seorang Jutawan Shaklee, Presidential Master Shareeza (Kak Cery).

Kak Cery berkongsi tips untuk menjadi seorang yang hebat