MamaCilik.com Kini Berwajah Baru!

Assalamualaikum w.b.t,

2-3 hari ni ramai yang tanya.. 

"Affni, kenapa senyap je kebelakangan ni?
Selalunya ada aje posting yang menarik untuk dibaca di blog atau paling tidak pun di Facebook.. Affni dah bersalin ke? Baby dah lahir ke?"

Anda nak tahu tak??

Memang tangan saya ni 'gataaallll' je nak update Facebook dan tambah entry blog ni.. Tapi, memandangkan Mamacilik.Com 2-3 hari ni tengah dalam proses facelifting, jadi kutahan dari mendedahkan sementara blog ni kepada umum. 

Fuhh.. Ingat senang ke nak tahan diri dari menulis? Saya sampai termimpi-mimpi kena 'sound' dengan mentor bisnes Shaklee saya ni sebab menyepi je. Ya, saya ada mentor dalam bisnes. Bak kata Dr Azizan Osman, kalau kita nak berjaya, kita perlu ikut apa yang orang berjaya dah buat. Dan sekarang, inilah yang sedang saya lakukan! FOLLOW & DUPLICATE kejayaan mentor saya.

Jadi, jawapan saya kepada yang tertanya-tanya tu, 

"Baby dalam perut ni belum lahir lagi.. InsyaAllah dalam bulan ni.. Doakan saya yer.. Tapi, 'baby' saya lagi satu yang dah lahir! Inilah dia... 
Memperkenalkan Mamacilik.com yang kini berwajah baru!"


Sebenarnya, saya dok fokus dengan projek design blog ni la.. Kononnya nak launching masa kelahiran anak ketiga saya ni.. Tapi tak menyempat pulak kan.. Terlebih excited! Hehe.. Namun, saya masih lagi memperbaiki serba sedikit yang saya rasa kurang dan perlu di touch up pada design baru ni.. MamaCilik.com akan saya improve dari masa ke semasa.

Jadi, saya alu-alukan sebarang komen membina dari rakan-rakan pembaca mengenai wajah baru MamaCilik.com yang terkini.

SELAMAT DATANG saya ucapkan kepada semua rakan pembaca ke 'rumah' saya ni...


Terima kasih. Wassalam.

.: MamaCilik :.

Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

3 comments :