SHAKLEE Sumbang Dana Kepada ISRAEL / ZIONIST! Iye ke???

Assalamualaikum pembaca yang dirahmati Allah sekalian...

Terlalu banyak dan besar ujian Allah kepada hambanya sekarang ini. Lebih-lebih lagi kepada rakyat Malaysia khususnya mengenai tragedi berdarah MH17 yang amat mengejutkan kita 2 hari yang lalu. Sebelum itu, seperti yang kita sedia maklum, serangan ke atas Gaza telah dilancarkan lagi pada Ramadhan kali ini. Betapa besarnya ujianMu ke atas kami Ya Rahman... Allahuakhbar!!!

Kali ini saya terpanggil dengan penuh rasa tanggungjawab kepada seluruh umat Islam diluar sana untuk berkongsi ilmu dan maklumat yang disampaikan kepada saya. 

Ia berkenaan isu BENARKAH SHAKLEE MENYUMBANG DANA KEPADA ISRAEL / ZIONIST?

Itulah persoalan yang sering saya dan ahli keluarga Shaklee saya terima bukan hanya baru-baru ini, tetapi setiap kali Gaza diserang. Setiap kali serangan dilakukan, setiap kali itu juga hal dan isu yang sama akan berbangkit! Akan berulang!

Apa yang berlaku sebenarnya?

Inilah website yang menjadi punca kepada isu ini

Yang sering dijadikan bahan rujukan masyarakat mengenai isu ini adalah SID Keneseth Israel (KI)! Bagi sesiapa yang pernah terdengar, terbaca, ter... ter.. Ya! Inilah SID yang secara terang-terangan mengaku bahawa mereka menyumbang kepada Israel / Zionist. Lebih merumitkan apabila di dalam website / blog Keneseth tersebut, terdapat Logo Shaklee Corporation! Itu sebenarnya yang menjadi kekeliruan kepada masyarakat umum.

Jadi, bila kekeliruan seperti ini berlaku, mulalah fitnah dan buruk sangka berlaku di kalangan masyarakat kita. Habis semua syarikat di dalam senarai nak diboikot. Ada dalam list nak boikot, boikot lah. Terpulang. Tapi ingat.. Boikot dengan ILMU bukan dengan EMOSI. 

Bila boikot dengan emosi, inilah yang terjadi. Shaklee tak ada pun dalam list boikot! Asyik sangat dengar cakap orang, dengar dan percaya fitnah! Bukan ke fitnah lebih kejam dan hukum / dosanya lebih teruk daripada membunuh? Tak ke itu lebih teruk lagi??

NOW, ONCE FOR ALL.. ALL FOR ONCE!

Ya! Memang ada badan atau secara tepatnya Keneseth Israel Congregation sebagai Shaklee Independant Distributor (SID) yang menyumbang kepada Israel Zionist! 

Shaklee Corporation sebagai sebuah syarikat TIDAK menyokong atau menyumbang ke arah kekejaman / politik / konflik yang berlaku di seluruh dunia termasuk Israel / Zionist!


Habis tu, kenapa ada logo Shaklee pada website tu? 

Macam ni... Berdasarkan website tersebut, bila kita klik pada logo shaklee, kita akan dibawa kepada satu page untuk buat order. Ia sebenarnya kemudahan yang disediakan oleh pihak Shaklee kepada independant distributor dalam proses jual beli. Ia menyerupai eSell* yang baru saja diperkenalkan di Malaysia. Perlu diingat itu adalah page individu tersebut, bukannya website rasmi Shaklee. 

Keneseth merupakan individu / non-profit organisation yang merupakan SID seperti saya dan SID lain juga. Keneseth menggunakan duit bonus yang diperolehi daripada bisnes Shaklee untuk disumbangkan kepada Israel / Zionist. Sama seperti kami SID Islam Shaklee di Malaysia secara amnya, dan SID yang berada di bawah Empayar MFMS dan group Jutawan secara khususnya yang menyumbang kepada Gaza Palestin! Kami menggunakan duit bonus hasil bisnes Shaklee untuk menyumbang ke arah Islam.

Kami sebagai SID telah berulang kali memberi pencerahan apabila di'serang' dengan pelbagai soalan mengenai isu ini. Sebelum ini, kami hanya mempunyai verbal explanation daripada pihak atasan Shaklee mengenai isu ini. Alhamdulillah, semalam secara rasminya Shaklee International membuat official announcement / memo berhubung hal ini.

Pengesahan daripada Shaklee

Anda boleh lihat sendiri pencerahan menerusi penerangan rasmi daripada President Shaklee International seperti di bawah....

Message ini kami terima beberapa hari sebelum Shaklee membuat penyataan secara rasmi

Official announcement daripada Shaklee berkenaan isu sumbangan kepada Israel / Zionist

Reply from Shaklee:-

Q: Does Shaklee Corporation contribute in funding Israeli's Military exercise on Palestine?
A: No.

Q: What is your personal stand towards this issue?
A: Because this is a corporate question you and your customers and other distributors have raised now and in the past, we wanted to make it very clear that Shaklee is against violence of any kind anywhere in the world.

Shaklee is a neutral company and is not involved in any conflict, is not affiliated with any religion and is not aligned with any political party or cause.

Q: Is there any link of Shaklee and Israel / Zionist that we need to know?
A: There is none.

Sincerely
Bradford Richardson
President, Shaklee International

Semoga kita semua mendapat pencerahan mulai saat ini. Sudah semestinya saya sendiri secara peribadi tidak menyokong mana-mana individu / badan yang terlibat dalam menyumbang ke arah sebarang bentuk kekejaman lebih-lebih lagi kepada saudara se-Islam sendiri. Saya berbisnes berlandaskan agama dan sangat mementingkan keberkatan dan redha Allah.

Sejak saya menyertai Empayar MFMS ni, banyak perubahan positif yang berlaku di dalam hidup saya. Tidak kira dari aspek kesihatan, kewangan, lifestyle, dan amalan rohani. Saya diajar dan digalakkan untuk beri sedekah, zakat, dan infaq daripada hasil bonus Shaklee yang diperolehi sebelum saya boleh menggunakan bonus tersebut untuk kepentingan peribadi. 

Saya rasa sangat bersyukur dan bertuah kerana Allah memilih saya untuk menjadi sebahagian ahli keluarga Empayar MFMS yang banyak menekankan nilai-nilai Islam di dalam bisnes dan kehidupan sehari-hari.

Shaklee Terjamin

Jadi, bagi sesiapa yang sebelum ini rasa nak boikot Shaklee, nak buang produk Shaklee, sudah-sudahlah. Makan dan gunakan tanpa was-was. Saya pun Islam. Wajib untuk saya memastikan apa yang keluarga saya makan dan pakai adalah halal.

Shaklee sentiasa semulajadi, berkesan, mesra alam, dan HALAL! Saya harap kita semua tidak lagi berprasangka dalam hal ini.

Sekian. Wassalam.

Nota: Secara ringkasnya, eSell merupakan 'new feature' daripada Shaklee bagi memudahkan pembeli untuk membeli secara online melalui Shaklee ID seseorang distributor tersebut tanpa perlu berhubung dengan distributor.

MFMS EMPIRE, THE MOST HAPPENING SHAKLEE TEAM IN MALAYSIA!

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan sebagai pendapatan sampingan?

FREE CONSULTATION 
&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!



Sila 'Share' jika anda rasa entri ini bermanfaat

5 comments :

  1. Assalamualaikum wbt,

    Rata-rata tahu yang CEO Shaklee Roger Barnett ni merupakan ahli lembaga pengarah/ board of director Elie Wiesel Foundation of Humanity yang merupakan yayasan Yahudi yang memperjuangkan kemanusiaan. Tetapi tahukan anda Elie Wiesel ini menyokong pendudukan haram Yahudi di tanah milik Palestine dan sanggup menaja/membayar orang Yahudi yang duduk di tanah haram itu? Selain mengucapkan tahniah atas pendudukan haram itu. Sila rujuk artikel : http://972mag.com/elie-wiesel-and-amos-yadlin-congratulate-east-jerusalem-settlers/97540/

    Sama-sama kita fikirkan.

    ReplyDelete
  2. Betul kah? Mksdnya shaklee ada sumbangkan ke Israel la ni? Mohon penjelasan dari penulis blog mengenai Komen saudara/ saudari di atas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah ja mcm ni, mana2 produk USA tu elakkan lah.
      Amway, Shaklee, Avon. Tapi Avon memang saheh dah.

      Delete
  3. Selling the Hereafter for the Dunya in the Quran
    أُولَـٰئِكَ الَّذِينَ اشْتَرَوُا الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالْآخِرَةِ ۖ فَلَا يُخَفَّفُ عَنْهُمُ الْعَذَابُ وَلَا هُمْ يُنصَرُونَ ﴿2:86

    They are the ones who bought the life of this world for the Hereafter; so their punishment shall not be lightened, nor will they be helped.

    ReplyDelete
  4. Bukan ke tak semua produk luar negara tu sokong dan sumbang ke Isreal?

    ReplyDelete